Selasa, 31 Mei 2011

Di Mana Dia Di Hatimu?

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, "Jangan takut, ALLAH bersama kita."
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.
Ketika di ambang maut?
Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?"
Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH."
Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda.
Ketika tiada siapa mengetahui?
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?"
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."
"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kau jualkan seekor kepadaku dan kau katakan kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya," desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
"Kalau begitu, di mana ALLAH?" ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisiALLAH. Jelas ada DIA di hatinya.
Ketika kamu tiada jawatan?
Satu ketika yang lain, Saidina Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Saidina Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa, Saidina Khalid menjawab, "Aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Saidina Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.
Lalu, di mana Dia dihati kita?
Melihat anekdot-anekdot itu, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk serta membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku!
Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidupku, kata mereka (dan aku amat yakin dengan kata itu);
"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki."
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA?
Bila bertembung antara kehendak-NYA dengan kehendakku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegakah aku membenci juga kerana-NYA?
Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH.
Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri
Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"
Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak..."
Maksudnya, jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina dan berdosa ini.
Di hatiku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua.
Dan kita akan terus mengemis kasih...

Isnin, 30 Mei 2011

faham..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari nie kita masih bernafas lagi dan ucap syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih membenarkan degupan jantung di hati kita masih berdegup lagi..

Faham?? apa yang ada sebenarnya dengan erti faham nie..

bagi sya erti faham nie sukar untuk dimengertikan?
kenapa sya berkata begitu? mesti korang pelik dan musykil kan?

maksud sya begini sebenarnya..
erti FAHAM kalau nak diterangkan bagi sya agak rumit sekali tetapi di dalam blog nie sya ingin sekali mengupas erti FAHAM yang sering menjadi isu dalam setiap kali menjalin hubungan persahabatan atau berkawan dan sebagainya. Itu tak termasuk lagi dalam hubungan percintaan dan pekahwinan.
hurmmmmmm~  kalo korang nak lebih faham apa yang sya nak kupaskan erti Faham nie sya dengan berbesar hati menjadikan diri sya untuk dikongsi bersama untuk anda memahami erti FAHAM sedikit sebanyak??

FAHAM..  acapkali juga kita sering mendengar dengusan kawan-kawan kita apabila mereka sedang menimpa masalah. Tidak kiralah masalah itu besar atau kecil. Istilah FAHAM itu akan timbul dengan serta merta tanpa ada rasa sedikit pun kekesalan di hati.. Terlalu mudah untuk mulut kita nie menuturkan istilah FAHAM nie.. kadang-kadang sya berfikir sejenak juga.. tidakkah mulut yang menuturkan ayat itu tidak berfikir sebelum ianya berkata sebegitu?? begitu laju saja mulut itu mengeluarkan perkataan sebegitu.. kenapa harus perlu katakan sebegitu andai diri kita sendiri agak sukar untuk memahami akan hal-hal dan masalah-masalah yang sedang dilandai oleh seseorang itu, tidak kiralah orang jauh, dekat atau tersayang.

Kenapa sya berkata erti FAHAM sukar untuk dimengertikan? apa yang mampu sya katakan di sini erti FAHAM mempunyai maksud dan maknanya yang tersendiri. Begitu juga dengan aura dalam diri kita nie.. tapi sya tak berapa percaya sangat dengan aura-aura nie.. sya percaya hanya dengan izin Allah s.w.t sahaja yang akan menonjolkan aura diri kita yang sebenar.


FAHAM.. Fahamkah kita andai diri kita sendiri ingin memahami diri seseorang itu? Fahamkah kita andai kita sendiri tidak faham akan diri kita yang sebenarnya? Fahamkah kita erti FAHAM yang sebenarnya?

Jawapan sya mudah sahaja untuk persoalan itu. InsyaAllah dengan hati terbuka sya akan berkongsi dengan anda apa erti FAHAM itu sebenarnya dan dengan izin Allah jua lah yang membuatkan hati sya terdetik untuk berkongsi di sini walaupun agak sukar untuk dikongsikan bersama sebenarnya dan sya sangat teruja untuk mengupas jawapan akan persoalan dan tajuk nie yang bermain di kotak fikiran sya nie..

1) bersediakah kita untuk menjadikan diri kita sebagai tempat untuk memahami diri seseorang itu?   

sebenarnya agak sukar untuk kita memahami diri seseorang itu. lebih-lebih lagi apabila berjumpa dengan sahabat yang baru kita kenal itu pun ketika di alam sekolah rendah, menengah, matrikulasi, pra-universiti, kolej mahupun daripada Universiti sekalipun adalah menjadi suatu perkara yang sukar untuk seseorang itu memahami sahabat yang dikenali olehnya itu. Perkara nie juga pernah sya alami hinggalah di saat sekarang nie. Malahan ianya juga tidak mustahil sekiranya diri kita nie jenis yang mudah untuk memahami diri seseorang itu yang dalam erti kata lain seorang yang peramah dan senang di ajak berbual yang boleh dikatakan  juga memberikan keselesaan kepada sahabat kita itu pada setiap kali berjumpa dan berborak. Dengan kepakaran yang kita ada itu juga dapat memjadikan hubungan sahabat kita akan rapat dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa ada perasaan hasad dengki di dalam sebuah persahabatan yang di bina kukuh itu yang pada asalnya ianya diperbuat atas dasar keikhlasan itu.

2) fahamkah kita andai kita sendiri tidak faham akan diri kita sendiri secara keseluruhan?
persoalan nie agak rumit untuk sya mengupaskannya tetapi itu tidak bermakna yang sya tidak memberi jawapan di atas persoalan sya itu. Bila difikir semula persoalan yang kedua nie macam tak logik pula kan dan disebabkan persoalan nie jua lah kawan sya mengalami masalah hati yang teruk.. sukar juga sya nak memujuk hatia kawan sya itu untuk menceritakan apa yang terbuku di dalam htinya itu dan apabila dia menceritakan masalahnya itu ianya sedikit sebanyak menjadikan sya berfikir untuk mendapat jawapan yang pasti. Bukan niat sya nak berfikir di luar kuasa Allah nie tetapi Allah jua mengalakkan kita untuk berfikir asalkan kita tidak berfikir di luar kemampuan dan batasan kita sebagai umat Nabi Muhammad nie. Alhamdulillah akhirnya sya dapat jua jawapan di sebalik persoalan kedua yang agak merunsingkan sya nie. Nak tau tak jawapannya ape?? cuba korang teka? teka dan fikirlah sendiri kalau ingin mengetahuinya dengan lebih tepat lagi tetapi di sini sya hanya bercerita dan membuat entri berdasarkan kisah hidup sya sahaja.. tiada kaitan di antara masih hidu ataupun sudah meninggal dunia.. da macam nak buat filem pulak,, hehehe :-) apa yang sya cakap nie serius tau.. tak main-main..  Jawapannya adalah bila kita membenarkan diri kita untuk memahami diri seseorang itu dalam pada masa yang sama kita juga akan lupa untuk memahami diri kita sendiri. Betul tak? nie cuma pandangan sya sahaja.. Kalau dengan orang kita ingin lakukan apa sahaja asalkan kita benar-benar diberi kepercayaan untuk fahami diri seseorang itu tetapi mengapa kita tidak mengambil peluang yang sedia ada untuk kita fahami diri kita sendiri. Banyak hikmah dan pengalaman yang dapat kita jadikan sebagai contoh dan teladan untuk diri kita sendiri. Di samping kita diberikan amanah dalam kepercayaan fahami diri seseorang itu pada masa yang sama kita juga dapat mentazkirahkan juga diri kita itu agar kita tidak pernah lupa akan diri kita yang sebenarnya dan kita bukanlah juga insan yang sempurna untuk melakukan semuanya.

3) fahamkah kita erti FAHAM yang sebenarnya?

rumit sangat lah persoalan ketiga nie untuk dijawab. apa-apa pun sya berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan segala persoalan nie terjawab dengan jawapan yang dapat memberikan anda selesa untuk membacanya. erti FAHAM dalam konteks pemahaman sya mudah saje.. kalau kita ikhlas untuk membenarkan diri kita sebagai tempat untuk seseorang ingin meluahkan sesuatu masalah tidak kiralah berat atau senang kita mestilah sentiasa membuka sedikit ruang di hati kita nie untuk menilai sejauh manakah masalah yang sedang dilami oleh insan itu dan tidak lupa kita mestilah memberikan kata-kata peransang dan motivasi sebagai "hadiah" untuk mereka meneruskan kehidupan seharian mereka dengan seceria mungkin. InsyaAllah.

secara kesimpulannya, apa yang dapat sya simpulkan dalam tajuk entri kali adalah semata-mata mahu korang berfikir? berfikir adakah kita FAHAM ertinya yang sebenarnya?
 dan jawapan yang paling tepat untuk sya katakan di sini adalah gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t nie sebaik-baik mungkin, ini kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna di muka bumi nie.
erti faham adalah luas maksudnya dan apa yang sya luahkan di entri nie mengenai FAHAM adalah dalam konteks pemahaman diri sya sahaja..
maaf kalau ada yang terasa, marah, geram dan benci ketika membaca enti sya kali nie..

enjoy you reading okay!!!!!!!! =)

Jumaat, 27 Mei 2011

enta apa-apa aje

Assalamualaikum..

salam jumaat diucapkan sekalian..

hari nie tajuk pembelajaran kita pada hari nie adalah "entah apa-apa jea".
baiklah murid-murid di sini cikgu sya akan menjelaskan serba sedikit tentang tajuk perbincangan kita nie... ada gaya macam seorang cikgu tak? hehehe..
perasaan sangat lah uw.. =)

okey ler, hari nie agak bosan sebenarnya. tiada aktiviti yang menarik untuk di buat. lepas balik sekolah terus makan sebab hari nie lapar sangat-sangat.. huhu.. kemudian sembahyang dan terus tidur.. disebabkan agak kepenatan hari nie sya terlajak tidur sampai pukul 7.00 petang..
ambil kau terlalu lena sangat tidurnya sampai tak sedar waktu nak berganjak ke malam.. agak huru- hara sedikit.. :(


alhamdulillah hari nie peperiksaan pertengahan tahun da habis. lega rasanya tapi tak boleh berpuas hati sangat sebab keputusan markah untuk keseluruhan kertas peperiksaan belum diketahui lagi.. adussssshhhh.. takut seyyyyhh.. harap-harap pointer tak jatuh teruk.. ameen


esok, isnin dan selasa nanti akan ada kelas tambahan..
haiillaaaaaa~ malas benar lah nak pergi.. ingatkan da cuti sekolah nie boleh lah rehat puas-puas sambil menyiapkan segala tugasan yang tak siap itu.. tapi hampeh!!!
geram tau.. mengenangkan lagi beberapa bulan lagi sya akan meninggalkan sekolah itu maka terpaksalah sya tekadkan azam untuk pergi ke kelas tambahan itu.. tak sabar sungguh nak habis belajar.. kihkihkih.. 

hanya di sini aje catatan untuk kali nie..
okey bye..
selamat bercuti ea..
ingat-ingatlah orang yang tersayang sentiasa..

Rabu, 18 Mei 2011

adakah ini yang kau inginkan sebenarnya..

Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus

Apa arti setetes embun dibandingkan lautan yg luas...

I've just know the pain of needing something i don't have by having something i don't need

Masa lalu untuk dikenang
Masa kini untuk dihadapi
Dan masa depan untuk dinanti

Musuh itu untuk disyukuri
Tapi teman untuk dilawan

Apa kau ingin bahagia???
Tanyalah pada penderitaan

Yang terburuk dari smua tipuan
Adalah menipu diri sendiri

Jenius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat. Tidak ada yang dapat menggantikan kerja keras. Keberuntungan adalah sesuatu yang terjadi ketika kesempatan bertemu dengan kesiapan.

Tahun pertama pernikahan : hadirin yang berbahagia yang mendengar kata2 janji terucap sepasang pengantin
Tahun kedua pernikahan : Suami yang berbicara , Istri yang mendengar
Tahun ketiga perkawinan :Istri yang berbicara, Suami yang mendengar
Tahun keempat pernikahan dan tahun2 berikut nya : Suami Istri sama2 berbicara, tetangga yang mendengar.

'Living is like licking honey off a thorn.'

segaLa sesuatu itu mungkin karna aku adaLah segaLanya
dan tuhan sebagai media penyeimbang terhadap Langkahku.

Kepercayaan ... Sesuatu yang sulit kita dapat akan tetapi lebih sulit lagi untuk menjaganya !
Pernikahan ... Ladang amal paling besar yang Tuhan sediakan tetapi tanpa kita sadari !
Kematian ... Hal yang menakutkan walau sebetulnya indah untuk dihadapi !

Hidup adalah sekolah.....dan tentu saja...
bila kau semakin arif...
semakin banyak kelas yg akan kau hadapi....
dan ingat.... tanpa ujian.

ketika kau ada menemaniku
aku kehilangan sebuah diriku

Ada tanah bagi yang hidup
Ada tanah bagi yang mati
Dan cinta adalah jembatannya

Katakanlah cinta mu terhadap orang yang kau cinta
Hingga engkau sadar bahwa cinta mu memang untuk berbagi

Banggalah dengan smua pilihanmu
Karna mungkin kau tak tahu, bahwa itu adalah yg terbaik

Jika kita hanya melihat yang disinari cahaya dan mendengar segala yang bersuara maka kita belum melihat dan mendengar apa-apa

Hanya mereka yang mampu mengalahkan pekatnya gelap malam yang akan menyambut pagi

Orang-orang dapat selalu berharap, karena kematian tak dapat diramalkan

Sebelum menjadi guru, jadilah guru bagi dirimu sendiri,Dan biarlah kau mengajar dengan contoh tindakan sebelum mengajar dengan kata-kata, karena hanya mereka yang mengajar dirinya sendiri dan meralat kesalahannya sendiri lebih dihormati dan lebih bisa menjadi pegangan dibanding mereka yang mengajar orang lain dan dibetulkan kesalahannya oleh orang lain

Jangan bermimpi menyentuh langit dengan anak panah jika merentangkan busurnya saja tidak sanggup

Hati manusia seperti kendi tidak ada yang bisa melihat isinya sehingga kejernihannya hanya dapat dilihat dari apa yang dikeluarkannya

Memberikan kesenangan pada sebuah hati dengan sebuah tindakan lebih baik daripada seribu kepala yang menunduk berdoa

Cinta adalah halimun tipis yang membutakan mata kita dari pahitnya suka dan manisnya duka

Tertawa dan menangis itu terletak di bibir manusia yang paling permukanan, keduanya bisa dijadikan piranti untuk menipu, keduanya merupakan bagian manusia yang paling picisan

Kalau aku tidak memegang pedang, aku tidak dapat melindungimu. Kalau aku memegang pedang, aku tidak dapat memelukmu

Jika engkau mencintai dan menyayangi seseorang dengan sangat....
Maka lepaskanlah dia,
bila itu yang terbaik untuknya....
Dan jika dia kembali lagi,
maka dia akan menjadi milikmu untuk selamanya....

hal paling berat didunia adalah memegang amanah
hal paling ringan didunia adalah meninggalkan sholat
hal paling jauh didunia adalah masa lalu
hal paling dekat didunia adalah mati
hal paling besar didunia adalah hawa nafsu
hal paling tajam didunia adalah lidah manusia

Kita tak pernah kalah
karena mencintai seseorang
Tapi kita selalu kalah
karena tidak berterus terang
bahwa kita memang mencintainya

Kegagalan bukanlah hal yang paling buruk...
yang paling buruk adalah Tidak Mencoba ...

cinta berawal dari mata
mengalir seperti air
berakhir dengan air mata

jangan terlalu membenci musuhmu, kelak nanti ia bisa jadi sekutumu
jangan terlalu menyayangi sekutumu, nanti ia bisa jadi musuhmu

cinta yang sebenarnya adalah ketika kamu menitikkan air mata dan masih peduli terhadapnya....
cinta yang sebenarnya adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih tetap menunggunya dengan setia....
cinta yang sebenarnya adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum dan berkata "aku turut berbahagia untukmu"

laut yang tenang tidak akan melahirkan nahkoda yang tangguh
ketika badai mulai mendatangimu, bersiaplah dan hadapi, karena itu lah yang akan membuatmu semakin tangguh.

"Bukan titik yang menyebabkan tinta, tetapi tinta yang menyebabkan titik...
...Bukan cantik yang menyebabkan cinta, tetapi cinta yang menyebabkan cantik."

kenapa sya suka bunga dan teddy bear..

Asalamnualaikum..

sejak beberapa hari nie sya tidak berkesempatan untuk membuat entri kat blog nie..
macam-macam masalah yang sedang sya hadapi ketika nie.. bagaikan batu menghempap dada sya nie.. tetapai insyaallah sya pasti akan dapat harungi masalah yang menimpa sya di kala nie. sya tau Allah sedang menguji keluarga dan diri sya sendiri.. Insyaallah dugaan yang sya terima nie akan sya terima dengan hati yang ikhlas dan reda.. mungkin ada hikmah di sebalik dugaan yang sya terima nie. Insyaallah.. semoga ada sinar dan cahaya yang bakal menyinari kehidupan sya selepas nie. ameen..

tajuk pada hari nie kenapa sya suka bunga dan teddy bear??
nak tau sebab apa?? hehehe.. sebab yang ialah:-
  • Bunga.
Bunga akan memberikan ketenangan pada diri sya.. lebih-lebih lagi mawar putih atau "white rose". Sya suka akan warna pada white rose itu.. nak tau jawapannya?? jawapannya mudah aje.. bagi sya warna yang ada pada white rose itu kelihatan lembut sangat-sangat.. hehehe =) selain dari warna putih sya gemar akan warna rose seperti pic, ungu, merah jambu dan warna yang lembut-lembut asalkan ianya rose ea.. hahaha..
 di sini sya sediakan gambar rose untuk tatapan jea.. hehe
warna rose nie cantik kan??
hehe

warna nie pun menarik juga kan??
hihihi..
  • Teddy bear
sya suka teddy bear tapi tak berpeluang nak memilikinya..
sebabnya abah sya tak berapa suka sangat kalau anak perempuannya terlampau suka akan teddy bear..
tak apa lah abah, sya pun suka teddy bear dalam hati jea..  hehe
insyaallah kalau da masa sya akan beli sendiri guna duit kerja sya ea abah.. kihkihkih










nie hanya gambar hiasan sahaja :)
hehehehe..

sampai disini sahajalah coretan sya buat kali ini ea..
okay.. semoga anda enjoy ea.. =)

o.0~







inilah saya..

nie lah sya..
gambar nie diambil pada tahun lepas..
waktu nie sya sedang bergaya sakan dengan selendang baru..
selendang yang sya beli bersama-sama dengan abah sya..
selendang nie simple aje tapi sya suka..
nak tau sebab apa sya suka??
sebab warnanya menarik dan corak pada selendang ue cantik..
hehehe..



amboi.. ayu betul awek berdua nie kan..
hehehehehe..
sya nie sempoi jea kan..
hahahaha..
itulah prinsip hidup sya..
masa nie sedang SPORT DAY kat sekolah sya..
sempat lagi sya bergambar ea..
dahlah kat pokok.. hehehe
apa pun sya suka kan gambar nie..
sweet sangat-sangat..
terima kasihlah kepada kawan sya yang mengambil gambar nie..
sayang korang.. muaaaaaahhhhh :)

korang mesti pelikkan??
pelik sebab kenapa gambar pertama dan yang kedua itu nampak berbeza kan..
hehehe,,
biasalah bila seseorang itu selalu bercermin mata akan nampak lain di pandangan setiap insan yang akan melihatnya..
tetapi bila seseorang yang bercermin mata itu menanggalkan cermin mata itu pasti orang yang melihatnya akan terkejut..
terkejut??
sebab apa ea??
hehehe..
nak tau sebab apa nye.. jeng..jeng..jeng..
sebab orang yang menanggalkan cermin mata akan nampak lebih matang dan cantik..
hehehehe..
perasaan betul ar sya nie kan..
sya bergurau aje lah..
jangan percaya sangat ea dengan apa yang sya kata kan ue..
sebab sya nie kuat perasaan juga orang nye..
hahahahaha.. 



Khamis, 12 Mei 2011

rindu dengan anak saudara kesayangan..

Assalamualaikum..

Bulan nie keluarga sya di timpa dugaan yang berat oleh Allah s.w.t. Hanya kesabaran dan ketabahan sentiasa di hati ini. Alhamudulillah, walaupaun dugaan dan ujian yang menimpa nie sedikit sebanyak meningkatkan lagi kekuataan dalam diri sya untuk meneruskan matlamat sya..

rindu sangat-sangat dengan anak saudara sya sorang nie..
anak saudara sya nie lelaki dan umur pun tak jauh beza dengan sya.. hanya jarak 4 tahun aje..
korang mesti pelik kan.. umur sya masih muda lagi tapi dah da anak buah yang hampir sebaya dengan sya kan.. hehehe.. anak buah sya nie merupakan anak kak long sya..
anak buah sya memang rapat dan agak manja dengan sya.. tengok ar sape auntie dia.. hehehe~

nie gambar sya bersama dengan anak buah dan adik bongsu sya di majlis pertunangan kakak sya pada bulan lepas

biarlah kesudahan kita dan dia di syurga

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)
Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

Isnin, 9 Mei 2011

wanita dan wangian

Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.
Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.
Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.
Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.
Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu'alam.
Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.
Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.
Haram
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Ahad, 8 Mei 2011

Dua For Exams



Alhamdulilah secara tidak sengaja sya terjumpa video klip nie. Semoga ianya dapat membantu sya di dalam peperiksaan pertengahan tahun nie. Semoga sya berjaya memperolehi pointer yang terbaik. Amin  

Hari yang menyeronokkan..

Assalamualalikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.Hari nie sya seronok sangat-sangat kerana berkesempatan untuk keluar bersama -sama dengan hamizah a.k.a my beloved friend. Rindu tahap cipanlah kiteorang nie. Apabila miza memberitahu bahawa dia akan datang dan mahu keluar dengan sya, sya macam tak percaya akan percakapannya itu  yang dia mahu jumpa sya. Maklumlah miza nie sanggup mengasingkan dirinya disebabkan kekangan masalah yang melaindai dirinya sejak kebelakangan nie. Banyak sungguh perkara yang diborakkan antara kitaorang dan di situ sya menyatakan bahawa sya ingin dan hanya nak mendengar cerita dan sebab-sebab mengapa dia mengasingkan dirinya pada sya dan niena. Setelah sya mendengar cerita miza barulah sya faham akan masalah yang dilandainya itu. Semoga kau akan menjadi seorang wanita yang sabar dan tabah. Itu doa sya di dalam hati pada ketika itu.  Sya marah akan tindakan miza. Apa salahnya masalah yang dilandai olehnya itu berkongsi bersama dengan sya. Niat sya hanya nak meringankan bebenan masalah dia sahaja. Bukannya mahu lagi menambahkan bebanan di bahunya itu. Malahan sya berasa kecewa sedikit dengan sikap miza itu. Kenapa mesti dia menangis hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu sah milik dia sepenuhnya. Saat itu hati sya geram sangat-sangat dengan tindakan BODOH miza itu. Paling geram lagi sekarang nie miza da makin cun dan sweet. Cemburu betul sya apabila melihat senyuman itu hehehe, gurau jea.. Senyuman dia mampu menggetarkan naluri lelaki.. hahahaha.. =)
Lama betul kami di kawasan Hutan Bandar Mutiara Rini. apa taknya dari pukul 8.00 hingga 12.45 barulah kami balik ke rumah masing-masing. Kitaorang duduk kat Hutan Bandar dari pukul 8.00-11.20 jea. Masa yang selebihnya kiteorang ronda-ronda kawasan taman universiti.. seronoknya kiteorang naik motosikal sambil menghirup udara segar. Memang seronok sangat. Rasa macam tak mahu berengangg pun ada. Tetapi apakan daya kitaorang kena bailk juga sebab ada tugasan masing-masing yang perlu disiapkan. Di Hutan Bandar itu miza telah berjaya membuat sya menangis tanpa rela. Kenapa sya cakap begitu eakh?? Sebabnya sya sudah berjanji akan diri sya sendiri yang sya tidak akan menengis lagi selepas pemergian arwah ibu sya itu. Segala masalah di dalam dan di kotak fikiran sya telah sya beritahu kepada miza. Mula-mula sya tak nak menceritakan apa masalah sya itu tetapi keinginan miza untuk mengetahuinya memaksa sya untuk bercerita akan masalah sya itu. Perasaan pedih, rindu, dan sebagainya yang bermain di dalam hati sya selama ini. MasyaAllah begitu banyak masalah yang sya pendam dalam hati nie. Saya tidak bersedia untuk berkongsi cerita dengan miza lagi tetapi hari nie memaksa sya untuk meluahkan segala-galanya. Sesungguhnya butir-butir mutiara mengalir deras laju di pipiku nie. Aduh, malu sungguh bila sya melihat miza memerhatikan wajah sya yang basah itu. :(
Malu yang teramat sangat. Malahan miza mengatakan muka sya nampak comel bila sya menangis. Ia-ia jea miza nie.. entah-entah dia hanya nak menyedapkan hati sya aje..:) sempat lagi miza mengusik sya dengan menyatakan lagi-lagi miza suka tengok bulu mata sya yang lentik itu.. hahahaha. Kelakar betul lah miza nie.. pada masa yang sama hati sya kembang dengan pujian dan usikan miza itu. hehehe
 Dalam kegembiraan mesti ada kesulitan serta masalahnya. Tiba-tiba sya dan miza menjadi runsing dengan kata-kata niena yang menyatakan bahawa kitaorang tipu dirinya. Sya menjadi marah akan tindakan dan percakapan niena itu. Sesuka hati sahaja dia menuduh sya dan miza menipunya. Apa buktinya kitaorang menipunya?? pelik dengan sikap niena yang kadang-kadang senang difahami dan kadang-ladang sukar untuk difahami. Bagaikan sya hampir tak mengerti akan diri niena yang sebenarnya. Apakah puncanya hingga niena berani mengatakan sebegitu pada sya? apa salah sya pada niena pun sya tak tau. Semoga Allah melembutkan hati niena nie. Amin.
sya akui sya tak sanggup nak melihat persahabatan yang terjalin lama diantara kawan-kawan sya itu menjadi sebuahnya perengakhiran. Begitu sebak sya mengenagkan persahabatan kami yang di ikat dengan dasar keikhlasan dan ketulusan nie. Semoga akan ada juga jalan penyelesaian di antara kami ini. amin..

CATATAN NIE SYA TUJUKAN KHAS BUAT CIK HAMIZAH A.K.A MIEZA YANG SUDI KELUAR BERJALAN DENGAN SYA TANPA RASA JEMU.. HEHEHE :)
SYA NAK MIEZA TAU SEPANJANG MIEZA MENGHILANGKAN DIRI DARI SYA, SYA MENJADI TAKUT??TAKUT KERANA MUNGKINKAH SYA AKAN KEHILANGAN SEORANG SAHABAT YANG BAIK, AYU DAN MANIS SERTA JUJUR SEPERTI MIEZA DI DALAM  DIRI SYA NIE. HUHU :(

Sabtu, 7 Mei 2011

Super Junior - She's Gone FMV (Rom / Eng Subs)

Buat Mu Ibu-Aeman

penat dan bosan tahap melampau

Assalamualaikum..

Hai-hai, diharapakan anda sedang bergembira di samping insan-insan yang tersayang..
Hari nie ada sekolah ganti untuk raya deepavali.. penatnya tak terkata.. dah ue pulak ramai budak-budak kelasa sya tak datang.. kadang-kadang pelik juga dengan sikap mereka nie, kalau sekolah ganti aje mesti ramai yang tidak hadir. Benda nie macam dah jadi kebiasaan pula, tak kisah dari sya sekolah menengah dari tingkatan satu hingga lima dan sampailah sekarang di taingkatan enam nie..
Lepas habis sahaja waktu persekolahan sya ada program dekat Sunyaw Collage untuk Program Writing Marketing Proposal. Di sepanjang perjalanan nak menuju ke kolej itu hati sya tiba-tiba aje berdebar-debar. Berdebar sebab apa ea?? Sya berdebar sebab kolej yang akan sya pergi itu adalah kolej kawan sya.. hehehe.. dalam hati nie, sya tak berhenti-henti berdoa agar sya tak akan menjumpai kawan sya itu dan alhamdulillah setelah tamat sahaja program itu, sya tidak menjumpai kawan sya ue. Syukur sangat-sangat sebab Allah da memakbulkan doa sya itu.
Suasana di dalam Lecture Theather ue membuatkan sya mula bosan tahap gaban. Setakat ini sya tak pernah rasa bosan macam itu sekali dan ternyata suasana di dalam itu berjaya membuatkan bosan sya sebegitu.. huhu..
Di dalam program ini pengacara program membuat aktiviti LTK di mana kami di suruh memberi jawapan dan merancang  produk yang kami tawarkan agar dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya. Apabila tiba giliran kumpulan sya untuk membuat perbentangan, kami berempat berasa sungguh takut, cemas, gementar dan gabra tahap cipan dan dalam perbentang itu Shikin yang merangkap ketua secara tidak rasmi telah memulakan perbentangannya dan hanya dia seorang sahaja yang boleh diharapkan kerana kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris bagi pendapat sya amat baik dan bagus sekali.. Kalau shikin tau lah yang sya sedang cerita pasal dia kat sisi mesti dia bangga habis.. hehehe.. sepanjang perbentangan itu sya dapat melihat kegemuruhan dan kegementaran kawan sya seperti mayou prieya, shikin dan farah syazwani. Sya tau diaorang sedang berperang dengan perasaan sebegitu dan sya hanya berlagak tenang sahaja, padahal sya pun pada ketika itu takut juga tapi sya tak tunjujkkan sangat akan kegemuruhan dan kegementara dalam diri sya ue. Sebagai menutup penyakit takut sya itu, sya hanya tersenyum sahaja dan pada ketika itu jugalah sya melihat untuk pertama kalinya kawan sya iaitu shikin tangannya mengiggil-giggil ketika memegang kertas yang diperbentangkannya itu, sekali gus sya mengambil kertsa yang dipegang oleh shikin itu.. kesian sya tengok keadaan sikin pada ketika itu dan perasaan itu hanya terluah di dlam hati sya sahaja sebenarnya.
  
Hri nie hari ibu kah?? sya tak sedar akan tarikh Hari Ibu nie. Bagaikan menjadi kebiasaan sya setiap tahun mesti sya akan lupa akan tarikh Hari Ibu nie. Korang mesti seronaok gila kan sebab dapat luahkan apa yang terbuku di hati terhadap insa yang tersayang iaitu Ibu,Umi,Mama,Mak dan Mummy kan. Tetapi tidak bagi sya, perasaan untuk meluahkan kata-kata sayang pada seorang insan yang bergelar Ibu tidak dapat dilafazkan. Perasaan itu sya simpan rapi dalam hati sya untuk selama-lamanya walaupun hanya Allah sahaja yang tau akan keperitan sya di atas kehilangan Ibu yang tersayang ketika sya berumur 18 tahun lagi. Tak sempat sya nak menyambut hari lahir sya yang ke- 18 tahun lagi, ibu telah pergi menghadap seruan Illahi di usia yang muda. Jiwa ketika itu bagaikan direntap kuat setelah sya kehilangan arwah ibu. Ibu segala-galnya pada sya.Sya sangat menyanyangi ibu sya. Banyak kenangan sya bersama arwah ibu tetapi kenagan itu hanya tinggal kenangan dan sya reda akan kepergiannya. Hati sya sebak bila mendengar perkataan Ibu. Perasaan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sya rindukan akan belaian dan kasih sayang arwah ibu sya itu.. sya rindu segala-galanya yang berkaitan dengan arwah ibu sya.. Ibu kalaulah di saat ini kamu berada sisiku, pasti tidak akan sya lepaskan peluang itu.. akan sya peluk sepuas-puasnya. Kepermergian ibu telah menjadikan sya tabah untuk mengharungi kehidupan seterusnya walaupun banyak halangan yang bakal dan akan sya tempuhi. Selagi ada kudrat dikandung badan, sya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang sya inginkan dalam hidup sya ini. Adik sya ada berkata dengan sya bahawa sebelum arwah ibu sya meninggal, ibu menyatakan bahawa ibu sangat menganggumi akan sifat sabar dan tabah yang berada di dalam diri sya ini. Setelah sya mendengar apa yang diperkatakan oleh adik sya itu sedikit sebanyak membuatka sya tersentak dengan apa yang didengari sya pada ketika itu. Walaupun perasaan agak terkejut tetapi sya gembira kerana ibu begitu bangga akan sikap sy itu.

Nak cite apalagi ea.. air mata sya dan berguguran lebat sekali ketika membuat catatan nie.. rasanya mungkin sudah bengkak agaknya kelompak mata sya nie.. apa pun sya berkeras untuk menamatkan catatan sya nie kerana sya nak menyampaikan mesej sempena Hari Ibu nie..

MESEJ SYA SEMPENA HARI IBU NIE IALAH:- HARGAILAH PENGORBANAN IBU DI SETIAP WAKTU. BANYAK YANG DIA TELAH KORBANKAN UNTUK KITA HINGGAKAN SANGGUP MENYERAH KEPADA TAKDIR SEKIRANYA NYAWANYA DI AMBIL DAHULU ASALKAN ANAK YANG DIKANDUNG SELAMA 9 BULAN 10 HARI NIE AKAN DAPAT MELIHAT DUNIA DAN MENJADI ANAK YANG TAAT AKAN SURUHAN DAN PERINTAH IBU BAPA, MENJADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH. SAYANGI MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYANYANGI KITA DI WAKTU KECIL, REMAJA, HINGGALAH DEWASA.

Salam sayang sya untuk wanita yang bergelar IBU..
SELAMAT HARI IBU KEPADA INSAN YANG BERGELAR  IBU.