Rabu, 23 Mei 2012

Aku bermohon kepada-Mu

Assalamaualaikum w.b.t


Ya Allah aku sebagai hambamu yang sering alpa ini bermohon kepadaMu agar Engkau berikanlah aku kekuataan agar aku dapat menerima kata-kata yang pedih dan sukar untuk di terima di cupung terlingaku ini. Engkau berikanlah juga aku kesabaran di dalam hati agar aku bisa menerima kata-kata yang menyakitkan hatiku dengan hati terbuka beserta minda yang lapang. sesungguhnya amat sakit hatiku Ya Allah bila mendengar kata-kata yang di dengar bak umpama hirisan pisau yang tajam. sungguh sakit apatah lagi hati hambamu ini adalah sebahagian daripada hati-hati yang mudah terasa dan sensitif. tidak lupa juga Engkau didiklah hatiku agar hatiku tidak berasa lemah bila di asak dengan kata-kata yang memedihkan begitu. amin ya rabbal'alamin.





hati rasa sedih sangat-sangat bila orang sekeliling begitu mudah menilai melalui luaran. memang aku akui aku tidak secantik seperti gadis-gadis yang sama usianya seperti aku.. tetapi aku ada cara tersendiri untuk aku membawa diri, kehidupan, masa depan dan arah tuju aku sendiri. tidak perlu meluahkan kata-kata yang membuatkan jiwa aku tersentap besar dengan kata-kata teguran yang diberi walaupun hakikatnya kaum adam itu adalah pemilik rusuk kiri aku sendiri. usah berkata aku"anti lelaki" kepada aku kerana tiada kaum adam di dunia maka tiada juga lah kaum hawa di sampingnya.