Selasa, 31 Julai 2012

kita sudah bertukar tau. :)

Assalamualaikum w.b.t.


meyh jom pakat dengar khabar apa yang aku nak kongsikan kat sini. kalau korang perasaanlah nama blog yang terletak jauh nun di atas sana tu sudah bertukar. hape?? biar betul ? betullah. sejak dua hari lepas aku sudah menukarkan nama daripada " I SURE MISS YOU A LOT " kepada " LIFE MUST GO ON".  nampak macam terlebih matang kan nama baru tu ? hehehehe... tettttttttt!!!! harap maaf kerana persoalan itu tiada jawapannya.. hahahaha ( gelak jahat sebentar, kuikui ) 


ok bye. itu sahaja yang aku nak habaq sekali gus membebel kat sini. 
nak masuk tidur dahulu kerana bantal busuk sudah memanggil-manggil. 
opppsssss... jangan lupa baca niat puasa tau.. hehehe. :) :)

Khamis, 26 Julai 2012

Dugaan puasa..

Sedang elok mendengar alunan zikir " Astarghfirullah " yang di nyayikan oleh Hafiz Hamidun, aku di tegur secara kasar.


Alunan zikir teapi " Astarghfirullah " by Hafiz Hamidun
"Sudah-sudah.. baik kau buka lagu lain. Orang kalau nak berzikir mesti hati nak tenang, jiwa bersih, dan bla~ bla~ bla~. setakat kau nak mendengar begitu aje baik tak payah. itu gayanya nampak macam kau persenda-sendakan aje.. "   Astargfirullahalazim. Salah ke aku mendengar alunan zikir itu ? denyutan di hati bagaikan hampir tidak berdenyut dek kerana terima sebuah teguran yang boleh di kategorikan menyesakkan dada. dalam hati usah di kata.. laju sahaja aku beristirghfar. dek terpana dengan teguran itu aku terkesima. serius.. kata-kata itu membuatkan aku terdiam dan tersentap. Seumur hidup, ini adalah pertama kali aku di tegur gara-gara mendengar alunan zikir. Dalam hati tertanya-tanya dosa besar ke aku mendengar alunan itu ? Hadis mana yang di  guna ? * tiada niat mahu membuat spekulasi tentang ilmu agama tau, so please take note it !! * Padahal di waktu itu penyakit mengantuk mula menerjah diri dan untuk mencegah penyakit itu berlarutan aku terus mendengar alunan zikir yang di nyanyikan oleh Abang Hafiz Hamidun. Tetapi dugaan datang menyergah bila aku di uji dengan kata-kata teguran sebegitu. Ya Allah, limpahkanlah kesabaran di dalam hatiku agar aku mampu menahan amrahku di bulan puasa ini.. amin.  Malahan, bukan aku seorang aje yang terkesima malah kawan aku iaitu miza juga terkejut bukan kepalang. siap boleh marah aku lagi. " Sepatutnya sha kena tegur cara abang emi tadi itu. cara dia salah tau. " tanpa menunggu lama aku bidas balik kata-kata dia.. " bukan sha tak nak tegur tapi kata-kata abang emi tadi itu membuatkan mulut sha terkunci rapat kerana terkejut yang teramat sangat " itulah aku. kalau sudah terima teguran begitu nak-nak lagi ianya berhubung kait dengan hal-hal agama, aku memang tak boleh nak terima. sebagai contoh macam teguran kat atas tu.. huhu.. walaupun ilmu agama aku cetek tapi hukum-hukum tentang sesuatu perkara berkaitan hal agama  memang " care" tau. 

Rabu, 25 Julai 2012

Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 
Oh...


Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah akhirnya kembali juga bulan ramadhan yang di mana menghimpun segala rahmat yang begitu besar kepada kita yang terutama sekali ialah umat Muhammad yang di kasihi serta di sayangi oleh Allah s.w.t ini. sesungguhnya aku berharap agar ramadhan kali dapat memberi seribu manfaat, pahala yang berlipat ganda serta amalan yang setimpal untuk mencari redha dan keberkataan yang terkandung dalam bulan ramadhan kali ini.




Syukur tidak terhingga kerana ini adalah pengalaman ramadhan pertama yang memperlihatkan aku kepada situasi yang baru iaitu di alam perkerjaan. bunyi macam agak mencabar tetapi insyaallah semoga aku dapat melakukannya. 


Salam Ramadhan aku ucapkan kepada umat islam di seluruh dunia dan juga kepada pengunjung blog yang sudi membaca di teratak blog yang agak usang ini.. hehehe.. 



Isnin, 16 Julai 2012

setiap manusia tidak sempurna

Setiap manusia tidak pernah terlepas untuk melakukan sebarang kesilapan. begitu juga dengan aku. walaupun aku nie di kategorikan agak sengal tetapi niat di hati aku untuk melakukan sesuatu itu alhamdulillah masih tetap lagi. aku tak kisah kena marah sekali pun dek kerana gara-gara sikap aku begitu...


 tetapi.. tetapi usahlah sesuka hati aje marah dan menyindir aku depan customer. ingat aku tak ada hati dan perasaan ker. ingat aku tak ada maruah ke ??  kalau nak tahu perasaan aku macam tisu tahu tak !!!! mudah tercalar- balar. riak muka usahlah di katakan. sudah sah-sah menjadi malu yang teramat sangat. rasa nak menangis pun ada bila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh bos aku itu. dalam hati sudah berniat untuk berhenti kerja terus.. hehehe. 
 kecil hati bila bos aku mempunyai sikap begitu. hina sangat ke aku yang baru mengenal dunia pekerjaan ini. 
* ayatku teruk sungguh.. hihi*


sesungguhnya aku bukanlah seorang pekerja yang sempurna. malah aku juga bukanlah seorang manusia yang sempurna.. akan tetapi cuba untuk mencari kesempurnaan dalam diri sendiri,InsyaAllah.
 lagi pun aku baru aje kenal dengan dunia pekerjaan kerana aku memang tiada pengalaman bekerja. habis SPM abah tidak membenarkan aku kerja. sah-sahlah memang ilmu perkerjaan aku masih cetek lagi. ini siap berkata dengan riak lagi. entah kali ke berapalah agak-agaknya bos aku mendabik dada dengan penuh banggan kan ? huhu. Astarghfirullahal'azim, sabar jelah aku dengan perangai bos aku itu. ini sudah kali kedua aku terasa hati dengan kata-kata bos aku. sakitnya susah nak di luahkan. huhu. 


alhamdulillah, perasaan makan hati dengan kata-kata bos aku di dalam "jiwa" aku sudah makin hilang sedikit. semuanya gara-gara abang aku yang rajin menerjah ke bilik aku. dengan muka seselamba alam aje aku terus meluahkan pada abang aku. agak lega sedikit bila dapat meluahkan rasa amarah yang membuak akan sikap bos aku yang sesuka hati mengaibkan aku dengan pekerja lain di hadapan customer. terima kasih kepada abang aku yang rajin gila nak mendengar bebelan adikmu yang "amarah"nya jelas kelihatan di riak wajah. huhuhu. nampak sangatkan aku tak reti nak kawal perasaan marah tu... kuikui

Jumaat, 6 Julai 2012

Doaku di malam nifsu syaaban

Ya Allah..
di malam nifsu syaaban yang di mana merupakan bulan KekasihMu ini,
aku bermohon agar berikan aku sebuah kekuataan walaupun aku sedar diriku tidak sekuat seperti mana sekuatnya saidatina fatimah dan saidatina khadijah..
bahkan aku juga tidak secekal seperti saidatina aisyah iaitu isteri kesayangan yang di cintai oleh Rasulullah..

Ya Allah..
tetapkanlah iman di hatiku agar aku tidak terpesong jauh dari landasanMu...
tetapkanlah juga iman di hatiku agar aku senantiasa mengingatiMu..

Ya Allah..
limpahilah rezekiMu yang luas kepadaku..
didiklah isi hatiku untuk terus berpegang dengan ajaranMu..
kerana hambamu ini selalu alpa dan khilaf dalam menguruskan sebuah kehidupan yang diaturkan olehMu ini..
tabahkan juga hatiku dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan kepada diriku..
sering kali juga di bibirku mengeluh, juga tidak henti-henti menanagis dengan ujian yang diterima itu..
tetapi jauh di sudut hatiku, aku berasa tidak mampu untuk menghadapinya..
kadang-kadang membuatkan aku tidak redha dengan ujian kecil yang Engkau duga kepada diriku.. 
juga kadang-kadang membuatkan aku sukar menerima qada dan qadarMu..

Ya Allah..
tetapkan istiqamah dan naiwaitu di dalam hatiku,
agar aku dapat memperbaiki kelemahan diriku..
agar aku dapat menguatkan ibadahku
agar aku dapat mendidik diriku untuk menjadi seorang anak yang solehah
agar aku dapat terus berbakti kepada abahku serta insan-insan yang aku sayang..

Ya Allah..
Engkau tunjukkanlah jalan yang benar di dalam hatiku ini agar mudah untuk aku membuat sebarang keputusan yang melibatkan diriku dan juga masa depanku..
lindungilah diriku dan keluargaku daripada anasir-anasir jahat.

Ya Allah..
ampunilah dosaku yang tidak terhimpun itu..
maafkanlah diriku di atas kealpaanku sebagai umatMu ini..
berikanlah jodoh yang benar dan ikhlas menerima diriku seandanya..
amin ya rabbal'alamin

salam nifsu syaaban di ucapkan.
:)

Rabu, 4 Julai 2012

selamat pengantin baru :)


sama cantik, sama padan


Gambar Pernikahan Irma Hasmie

pandang-pandang, jeling-jeling




nampak tenang sahaja pengantin lelaki..
ohh, jatuh cinta aku tengok.. kuikui




irma hasmie nampak sungguh cantik..
she look so awesome.. 
dalam banyak-banyak gambar perkahwinan yang aku tengok, 
gambar inilah yang nampak cantik di mata aku.. hehehe..
kenyit mata sikit, @_@




bagaikan bidadari.
subahanallah, indah sungguh kecantikan yang di miliki oleh irma hasmie



Semua resah hati manusiamu
untuk membagi kisah atas nama cinta
Derai air mata di setiap sujudmu
seperti tak pernah cukup untuk menjagaku

Jangan butakan hati
menjadi cinta yang semu… cinta yang semu
Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di sela doa dalam malam-malam yang sunyi

Ampuni engkau pinta dalam semua keraguan
yang telah meliputi jiwamu
Semoga akan membawa cintamu
pada diriku dalam jalan dan ridhloNya
Jangan butakan hati menjadi cinta yang semu
Oo.. cinta yang semu

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam

Kau panjatkan ayat-ayat cinta padaNya
melindungi dan menjaga kisah cinta kita

Kau hembuskan ayat-ayat cinta untukku
di tengah terik matahari dan dinginnya malam
selamat pengantin baru di ucapkan kepada irma hasmie. salah seorang artis yang aku minati. hehehe. semoga masjid yang di bina akan kekal hendaknya. Amin ya rabbal 'alamin.
p/s: mahu cari pasangan hidup macam suami irma hasmie ler.. tenang aje riak wajahnya.
       pada masa yg sama nak cari juga ciri-ciri lelaki seperti abah aku. hehehe..
       aisey, tak semena-mena aku dah tersebut nama "abah" dalam entri kali nie. kuikui. 

Isnin, 2 Julai 2012

Kau bila lagi ?

Assalamualaikum w.b.t. hai-hai korang. aku harap korang semua sihat walafiat.


bila sahaja kaki melangkah ke jalan raya. hati berasa seram sejuk. perasaan gelisah sudah berperang dalam hati tanpa sedar. huhu. mata pula terpana melihat khemah yang di hiasi dengan warna yang cantik. apa yang seronoknya sebab tema majlis kahwin yang aku pergi nie temanya warna biru. this is my favourite colour. auuwww.. suka, suka, suka. OMK, penyakit gediks sudah sampai meyh. hehehehe. senyum sikit. 


seperti sudah menjadi adat, para tetamu mestilah kena berjumpa dengan keluarga pengantin. meskipun aku sudah kenal dengan keluarga pengantin sendiri. kuikui. bak kata orang.. ambil berkat dalam majlis sebegini. hahahaha.. mengarut sudah aku nie.. macam bengong aje kan ? lalalala~


setelah siap mengambil makanan. aku bersama dengan kawan aku iaitu nabila a.k.a bella pun carilah tempat duduk. paling tak boleh blah bila kawan aku itu menyuarakan kata iaitu " kau bila lagi sha". membulat mata aku bila kena usik sebegitu. Hello kawan, aku tak bersedia lagi ok! nasib baik aku belum makan lagi ketika itu, kalau dah makan memang tersedak+terbatuk-batuk aku kat situ. panas punggung aku bila di utarakan soalan begitu. huhu. mahu tak mahu aku buat muka seselamba alam dekat dia. nak-nak lagi bila aku sindir dia dalam senyap. "kau kahwin dulu baru aku akan menyusul dari belakang". kuikui.. bila aku kata begitu padanya dia boleh cover gelak depan aku. hahahahaha.. kelakar sungguh kawan aku sorang nie. aku pun apa lagi gelak bantailah tapi cover jugak sebab malu kalau-kalau mak cik-mak cik tengok. hehehehe..


seriously aku katakan bahawa majlis kahwin nie merupakan kali pertama aku pergi tanpa keluarga. sebelum nie aku kerap bertempek dengan keluarga. nak- nak lagi bila pergi bersama dengan arwah mak dengan abah tersayang. anak siapalah yang manja nie kan ? hehehehe. kenyit mata sikit. @_@

Ahad, 1 Julai 2012

sunyi

hari ini sudah 2 hari aku makan tengahari sorang-sorang dekat pejabat. pada asalnya memang aku ada "partner" seperti biasa bila tibanya waktu lunch tetapi sejak 2 hari nie aku menjadi sangat layu. bila tiba waktu lunch aje, muka aku mesti akan jauh termenung dok fikirkan benda-benda yang sememangnya suka sangat bertenggek dekat minda aku yang agak serabut. buat kerja sorang-sorang sungguh membosankan bagi aku. nak ajak berbual pun tiada teman. " partner" aku itu sedang cuti kerana sibuk membantu menguruskan majlis perkahwinan abangnya yang sulung. kesian aku tengok kawan aku tu, kelam kabut sungguh hendak menguruskan majlis tersebut. kalau aku berada di tempatnya lagilah bertambah kelam kabut. nak tahu kenapa ?? sebab aku juga di kategorikan salah seorang insan yang kelam kabut.. kuikui

lagilah bertambah berserabut bila boss aku kerap nak marah aje. haisshh, haru biru aku dekat pejebat tu. lagi bertambah pening bila boss aku mencampurkan urusan keluarga dalam pekerjaaan. sungguh tidak professional. aku yang mendengar kemarahan yang di lontarkan oleh boss aku .. hanya membatukan diri. aku ambil langkah begitu kerana malas nak mendengar masalah kepincangan yang berlaku dalam keluarga boss aku itu. yang mampu aku katakan kepada boss aku ialah " sabar. semuanya ujian Allah pada boss sekeluarga". 

aku berdoa agar ujian yang Allah berikan kepada keluarga boss aku itu akan di permudahkan olehNya. InsyaAllah. 

p/s: dear my friend bila nak makan sama-sama bila waktu lunch tiba. rindu nak makan sama-sama dengan kamu. lagilah bertambah rindu bila tidak mendengar awak pot-pet.. pot-pet dekat telinga saya nie. hehehe.. kenyit mata sikit. @_@