Rabu, 31 Oktober 2012

AdaMu


AdaMu..
Aku tahu Engkau selalu ada untuk hamba-hambamu ini..
AdaMu..
Aku tahu bahawa Engkau Maha Adil dan Maha Esa..
AdaMu..
Kerana itu Engkau tidak putus-putus menduga hamba-hambamu..



AdaMu..
Jiwa yang rapuh kembali bernyawa semula..
AdaMu..
Semangat yang hilang kembali menerjah diri..
AdaMu..
Aku istiqamahkan iman untuk terus mencari keredhaanMu..
AdaMu..
Aku iltizamkan minda untuk mencari cinta hakikiMu



AdaMu..
Aku tahu bahwa Engkau mengasihi umatmu ini..
AdaMu..
Aku tahu bahwa aku tidak keseorangan lagi..
AdaMu..
Aku tahu kerana Engkau tahu akan rahsia di dalam hatiku..

AdaMu..
aku mahu mengapai kasih abadiMu..

Insyaallah



AdaMu :- najwa latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mesyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuataan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit keranaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit keranaMu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela


Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu tuhan




Selasa, 30 Oktober 2012

Berkampung di melaka

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog yang di kenali sebagai " silent readaer ". Kerana kamu-kamu sudi membaca entri aku yang merepek nie. hehehe. Okay, berbalik kembali tajuk di atas sana.. hehehe.. 

Sambutan raya haji kali nie aku bersama kelurga berkampung di melaka selama 3 hari 2 malam. saja jer nak tukar angin. kuikui.malas nak cerita banyak-banyak dekat sini. jom layan sedikit gambar yang aku ambil. bakat serba boleh untuk menjadi fotografi terhandal tak tercapai lagi. tapi sekadar biasa-biasa adalah.. hahahaha.. 



konon-kononnya merenung masa hadapan..
hahahaha..



pekenaq steamboat untuk makan malam
tak payah makan nasi, makan steamboat pun dah kekenyangan..



jalan-jalan di bandar hilir
makin cantik bandar hilir sekarang.. banyak dah berubah..
naik poning kepala pergi sini.. :)



apakah itu ?
inilah kapal selam perancis yang pernah masuk dalam rancangan majalah 3 tu..
akhirnya, dapat juga melihatnya secara dekat.. hehehe
kawasan ini di namakan sebagai Submarine Muzium



pemandangan dari pintu hadapan
cantikkan ?



sekali lagi gambar kapal selam dari bahagian sisi..




pekenanq ais batu campur, cendol dan buah sukun goreng dekat pantai klebang..
syok tu.. makan sambil menghadap pantai klebang dengan angin yang sempoi-sempoi bahasa..
hewhewhew..




kapal nie berhadapan dengan pusat membeli-belah samudera
apatah nama kapal nie pun aku tak tahu.. tak sempat nak masuk sebab ramai sangat pengunjung..



selipar nie comel jer..
beli satu untuk kenangan.. :)



gambar terakhir
ketika nie dalam perjalanan pulang ke johor





Jumaat, 19 Oktober 2012

Renungan bersama :-)

Assalamualaikum dan salam jumaat semua.

♥ walau tak ada ORANG sayang kita ==► TAPI ALLAH ada dekat di hati kita .. ♥

♥ walau tak ada ORANG cinta kita ==► TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita .. ♥

♥ walau tak ada ORANG tolong kita==► TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita .. ♥

♥ walau tak ada ORANG rindu kita==► TAPI ALLAH tetap tunggu kita .. ♥

♥ walau tak ada ORANG jaga kita==► TAPI ALLAH perhatikan kita .. ♥

♥ walau tak ada ORANG dengan kita==► TAPI ALLAH ada temankan kita .. ♥


sekadar perkongsian dan sama-samalah kita mempraktikannya dalam makanan jiwa kita iaitu hati.
ianya juga salah satu cara bermuhasabah diri.




Khamis, 18 Oktober 2012

Bangkitlah

Jika mendung di kaitkan dengan hujan,
Jika indahnya pelangi itu di kaitkan dengan warna-warna pelangi,
Jika menjerit mampu melepaskan amarah yang terbuku,
Jika ketawa di kaitkan rasa bahagia,
Jika kenangan di kaitkan dengan sebuah perjalanan hidup,


Adakah masih adanya sinar di sebalik mendung dan hujan itu,
Adakah masih adanya indah di sebalik warna-warna pelangi itu,
Adakah masih adanya sinar di sebalik perasaan amarah yang terbuku itu,
Adakah masih adanya ketawa di sebalik rasa bahagia itu,
Dan adakah masih adanya kenangan di dalam sebuah perjalanan hidup itu,


kalau kerana terluka engkau menangis,
jangan sesekali lupa menyeka air mata yang mengalir itu,
kalau kerana engkau jatuh tersungkur, 
jangan sesekali untuk bangun sendiri,
kalau bahumu rebeh sebelum tiba masanya,
jangan sesekali lupa mengurutnya perlahan untuk membetulkannya semula,
kalau amarahmu menguasai diri,
jangan sesekali lupa meredakannya dengan basahan air wudhu serta zikir,







Rabu, 10 Oktober 2012

Kalau Memang Harus Begitu

Assalamualaikum semua.

kali nie aku nak kongsi sedikit akan satu karya yang aku suka membacanya. karya-karya yang di hasilkan oleh penulis nie cukup santai dan bagi aku setiap ayat yang di gunakan dalam karya-karyanya adalah mudah untuk di fahami. bahkan membuatkan mood mengantuk yang ada terus terasa segar-bugar. novel karya Acik Lana iaitu Kalau Memang Harus Begitu merupakan salah satu koleksi terbaru yang ada dalam koleksi novel kesukaanku. 

SINOPSIS

Zidan Adiputra... seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan menjadi buruan gadis-gadis yang menggilainya. Kerana itu, dia merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang "Tuan Putera". Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Tetapi dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun, hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra.

Umpama air dengan minyak, mana mungkin dua hati yang saling membenci bisa bersatu. Namun, kemunculan Riyad yang berjaya melakukan make over kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Adra sehingga dia sanggup berebut menghantar pinangan ke ru mah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan di simpul erat dengan ikatan perkahwinna. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika perlu memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?




perjalanan hubungan yang di bina membawa pelbagai kisah di antara Zidan dengan Adara. sama cantik sama padan bila di ikat dalam sebuah ikatan perkahwinan yang sah dan halal. di situ cinta mereka mekar dan kasih yang ada di antara mereka berdua kembang bagai di semai dengan baja.. kalau begitu, apa lagi dapatkan buku ini di pasaran. terhangat di kedai buku lagi. alhamdulilllah buku nie sebenarnya baru di beli tetapi dapat di habiskan dengan satu hari sahaja. kalau dah minat dengan novel memang tak boleh kata apa ler.. hihi :)

Selasa, 2 Oktober 2012

empat.. lima.. cukuplah membebel tu :)

Assalamualaikum..

Agak bersawang rasanya blog ni kan ? hehehe.. tetapi ianya masih tetap cool.. miehehe
Sebenarnya mood aku nak menulis ada cuma ianya tidak berapa nak kena kerana tiba-tiba sahaja sakit kepala mula menyeringai.. Allahu Akhbar.. sakitnya susah nak di kongsikan..

Entah mengapa sejak kebelakangan nie sakit kepala aku makin kerap aje datang.. niat hati untuk mendapatkan pemeriksaan doktor ada cuma aku nie jenis yang boleh di kategorikan penakut. penakut ? macam kelakar aje kan ? hehehe.. tetapi itulah aku.. huhu.. sebagai contoh ialah petang tadi bila nak menyucuk jarum di jari sendiri untuk memeriksa kandungan gula dalam darah pun tangan dah terketar-ketar tengok darah  *terlalu pekat, berpinar-pinar mata.. huhu* ..  bila di lihat macam budak-budak kan ? hehehehe.. ada aku kisah.. miehehe.. dalam pada masa yang sama siap kena usik dengan abah lagi.. eiii,, dah besar pun takut tengok darah.. buat malu jer.. ( dialog abah ). hanya sengihan macam kerang busuk aku pamerkan pada abah.. kuikui..

Insyaallah, kalau tiada aral esok aku nak pergi jumpa doktor.. ya allah berdebar-debar pulak.. huhu