Rabu, 23 Mei 2012

Aku bermohon kepada-Mu

Assalamaualaikum w.b.t


Ya Allah aku sebagai hambamu yang sering alpa ini bermohon kepadaMu agar Engkau berikanlah aku kekuataan agar aku dapat menerima kata-kata yang pedih dan sukar untuk di terima di cupung terlingaku ini. Engkau berikanlah juga aku kesabaran di dalam hati agar aku bisa menerima kata-kata yang menyakitkan hatiku dengan hati terbuka beserta minda yang lapang. sesungguhnya amat sakit hatiku Ya Allah bila mendengar kata-kata yang di dengar bak umpama hirisan pisau yang tajam. sungguh sakit apatah lagi hati hambamu ini adalah sebahagian daripada hati-hati yang mudah terasa dan sensitif. tidak lupa juga Engkau didiklah hatiku agar hatiku tidak berasa lemah bila di asak dengan kata-kata yang memedihkan begitu. amin ya rabbal'alamin.





hati rasa sedih sangat-sangat bila orang sekeliling begitu mudah menilai melalui luaran. memang aku akui aku tidak secantik seperti gadis-gadis yang sama usianya seperti aku.. tetapi aku ada cara tersendiri untuk aku membawa diri, kehidupan, masa depan dan arah tuju aku sendiri. tidak perlu meluahkan kata-kata yang membuatkan jiwa aku tersentap besar dengan kata-kata teguran yang diberi walaupun hakikatnya kaum adam itu adalah pemilik rusuk kiri aku sendiri. usah berkata aku"anti lelaki" kepada aku kerana tiada kaum adam di dunia maka tiada juga lah kaum hawa di sampingnya. 

Rabu, 16 Mei 2012

surat dari hatiku buat dirimu yang bergelar sahabat

Assalamualaikum w.b.t

tiada niat aku mahu menyusahkan dirimu. cukuplah sekadar menemani hidup aku yang makin hari makin kosong dek kerana ingin mencari arah yang benar untuk diriku. bukan juga aku mahu membiarkan dirimu menanggung beban dek di atas kesusahan dan ujian yang menimpa kepadaku. semuanya aku terima dengan hati terbuka. walaupun aku ketahui bertapa berat ujian tersebut . aku bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat sepertimu yang sering ada ketika aku susah, senang, jatuh tersungkur hingga ada kalanya membuatkan air mata di tubir mata deras laju membasahi pipiku. terima kasih juga aku ucapkan kerana menerima kekurangan dan kelebihan diriku di sepanjang kita berkawan. walaupun pada mulanya kita tidak berkenalan dengan rapat ianya akhirnya menjadikan di kau seorang kawan yang akhirnya ada ketika aku memerlukan insan yang bergelar kawan. syukur ke atas Illahi kerana kau sudi dan tidak merungut, mengeluh dan marah dengan sikapku yang mempunyai mood yang sering berubah ubah. berkenalan dengan kau membuatkan hari hari aku berasa seronok kerana kau tidak berasa jemu untuk membuatkan aku tersenyum dan ketawa. pada hakikatnya  kadang kadang membuatkan aku tercuit hati dengan keprihatinan yang di tunjukkan kau kepada aku. sesungguhnya aku bersyukur dengan anugerah Allah kerana menganugerahkan dirimu kepada aku. 


cik miza a.k.a cik adek manis

miza ingin selalu ada di sisi sha tidak kira sha senang, jatuh, marah, kecewa, terluka..
miza akan cuba untuk sentiasa di samping sha..
( dialog miza kepada aku a.k.a cik gadis pemalu )

kata-katanya itu membuatkan jauh di sudut hati aku tidak henti henti mengucapkan alhamdulillah kepada Maha Esa. Aku bersyukur sangat sangat.



cik gadis pemalu yang sempoi..


sejujurnya aku malu mahu berkata yang aku sayang dekat kau sangat sangat. walaupun kadang kadang di bibir kau ada mengeluarkan ayat ayat bermanja seperti " dear ", "darling" dan pada masa yang sama aku akan marah bila mendengar kata kata begitu kerana automatik aku berasa geli gemalan dengan ayat ayat sebegitu.. uisskkkk. *hakikatnya dia hanya bercanda sahaja, ehehe *. aku berharap moga ikatan persabatan kita berdua akan menjadi kukuh hendaknya. amin ya rabbala'lamin


Cik Gadis Pemalu sayang ketat-ketat pada cik adek manis.
:) :) :) :)

Isnin, 14 Mei 2012

special wish only to my beloved mom

Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari ibu aku ucapkan kepada ibu ibu yang berada di luar sana. tidak lupa juga ucapan selamat hari ibu kepada arwah bondaku yang tercinta. selamat hari ibu wahai mak ku tersayang. moga moga ucapan kasihku ini di dengari olehmu di alam sana. 


untukmu wahai bondaku tercinta ketahuilah bahawa kasih, sayang, belaian ,sentuhan, nasihat, dan teguran mak di sepanjang hayat mak hidup insyaallah tidak pernah kakak lupakan. malahan membuatkan kakak rindu dengan semua itu. jauh di sudut hati ini perasaan dan keinginan untuk merasai itu membuak buak. tapi semua itu sudah berlalu pergi dan tidak pernah sesekali kakak lupa dengan apa yang pernah mak curah dan berikan kepada kakak. terima kasih mak kerana mendidik, mengasuh, membimbing dan memberi arah kepada kakak. 


ketahulah wahai makku tersayang bahawa di suatu masa nanti kakak ingin menjadikan segala yang diperkatakan oleh mak pada kakak dahulu akan kakak cuba serapkan di dalam diri kakak bila sampai jodoh kakak untuk berumahtangga kelak. insyaallah. ketiadaan mak di sisiku cukup membuatkan aku jatuh tersungkur dengan dugaan yang berat. juga membuatkan aku lemah tidak berdaya untuk gagah berdiri seperti sedia kala. cukup menguji kesabaran yang tersedia di jaga . tetapi ketiadaan mak membuatkan aku kenal akan erti hidup dan pengorbanan. sungguh ! sungguh aku rindu dengan dirimu wahai bondaku tersayang. harapanku agar jiwaku juga dapat menjadi sebahagian daripada jiwamu yang tabah dan tulus itu wahai bondaku. I LOVE YOU MAK. kakak akan senantiasa menyayangi dan merindui mak. mak selalu di dalam hati kakak.



bonda tercinta yang sentiasa di rindui selalu
^_________^


nie aku.
orang kata muka aku tak sama dengan arwah mak aku.
ceeeiittttttttttttt !!!!!!!!!
sedih sungguh bila mendengarnya.
tapi betul ke ?
apa pendapat korang ??
:( :(



jom layan lagu nie..
special to my beloved mom

Sabtu, 12 Mei 2012

"kureng selesa"

Assalamualaikum w.b.t


perasaan kurang enak mula menerjah dalam diri di saat diri sedang leka dan sibuk dengan pekerjaan yang di lakukan. tanpa sedar diri di perhatikan dari jauh. lebih tepat lagi diperhatikan oleh "boss:. aku rasa macam kurang yakin bila ada pandangan yang kureng menyenangkan itu. semangat untuk melaksanakan tugasan kerja yang sedia banyaknya tiba-tiba sahaja menerawang ke alam lain. pffftttt!!!!! aku tak suka dengan pandangan kureng selesa begitu. amat membuatkan semangat yang ada di hati menjadi lebur seperti bongkah ais di kutub utara itu. ohohohoho.. tak suka.. tak suka.. tak suka.. 





kucing nie pun tak berapa suka bila kucing lain melihat dirinya dengan pandangan yang kureng selesa..
seee.. siap di tutup mata lagi. aku ?
hanya mampu menutup perasaan "kureng selesa" hanya dalam hati aje.. 
huhuhu :(

Khamis, 10 Mei 2012

antibodi lamah.

minggu nie badan tak sihat. jiwa raga pun lemah semacam jekk.. huhu.. semangat pun berkurangan. otak pula macam lemau jek dek kerana suhu badan yang panas. jari jemari pula nampak mengigil. bibir pula kering tak sudah sudah. nafas tersekat sekat.. susah pulak tu nak bernafas lama lama bila hidung tersumbat.. hailaaaaa.. bila mahu baik demam meyh. antibodi semakin lemah bila di serang dengan 3 sekawan yang gamaknya biasanya akan sembuh selama seminggu. uissshhhhh :(







Ahad, 6 Mei 2012

tawar hati.

Assalamualaikum w.b.t

 salam berhujung minggu aku ucapkan kepada korang yang mungkin kini sedang bergembira dengan insan-insan tersayang. 


sejak kebelakang nie kerap aku di asak dengan soalan soalan yang aku "kureng selesa" nak mendengarnya di cuping telinga aku yang nipis nie.. huhu. tak lain tak bukan adalah soalan "bila sha nak kahwin ".. "bila sha nak ada boypriend".. bila sha...... hissshhhhh.. umur aku muda lagi kot nak pikir benda tu. duit dalam bank tak penuh lagi. ilmu yang ada pun tak banyak mana pun. orang di sekeling sibuk menyakat dan menyoal aku tentang perkara nie. tension! tension! aku tahu tak. ce cuba tanya soalan yang buat aku tak stress. menci..menci..mencilah macam nie. asyik muka aku aje yang kena asak dengan soalan macam nie. ce cuba tanya soalan nie pada adik aku. hehehehe.. konpem dia nak punyer.. hehehe.. *kesian adik aku.. tak pasal-pasal dia tersangkut dalam dilema aku nie* dilema ke ? entahlah.. yang aku tahu hati aku tak fikir langsung akan hal hal begini. aku nak cari kehidupan yang dapat menjadikan hari hari aku penuh dengan nikmat gembira dan bahagia. InsyaAllah.


bila di asak dengan soalan soalan yang membekukan otak kau nie.. automatik aku merasa tawar hati untuk mengenal erti cinta. pada erti kata lain ialah cinta. yang ada dalam hati aku sekarang adalah perasaan cinta pada  keluarga, diri dan sahabat shabat yang sentiasa ada di samping aku susah, senang, jatuh, bangun, dan sebagainya


 



perasaan untuk kenal dengan cinta belum hadir dalam hati aku. biarlah Allah sahaja yang menentukan yang terbaik untuk aku. kerana aku tahu sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.