Rabu, 25 April 2012

lenyap sudah

kalau dahulu nombor telefon kau , aku asyik fikir dua, tiga, empat kali nak di buang dalam telefon kesayangan aku.. tetapi sekarang tanpa berfikir panjang jejari aku yang comel nie laju sahaja mencari nombor kau untuk di buang terus untuk selama-lamanya. bukan sekadar nombor kau sahaja aku buang tahu.. malah dengan nama kau sekali aku lempar jauh jauh dalam diri aku. malas dah aku nak kenang lagi pasal diri kau itu. buat hati aku sakit adalah.. 


maaf kalau enrti nie agak beremosi. hakikatnya memang beremosi tahap gaban. ada ke macam tu emosi tahap begitu ? ahh.. lantaklah. aku kisah apa.. hehe

Isnin, 23 April 2012

Pendam



Aku yang mengejar bayang cinta

Kian terbiar

Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta


abang shahir menangislah dalam klip vedio nie..
huahuahua.. tak percaya ? tengoklah sendiri
n____n

Jumaat, 20 April 2012

aku di block ?

sampai hati kau block aku dalam laman sosial kan. kalau lah aku tahu akan perangai kau yang sebenarnya pasti aku tak akan berkenalan dengan kau dengan lebih rapat lagi. masih tergiang giang lagi ucapan perkenalan yang kau '' ikhlas berkawan '' dengan aku. akhirnya apa yang aku dapat di atas kata-kata kau itu. hanya sebuah kejutan besar yang amat mengamamkan buat aku. bukan sekadar tekejut biasa tahu.. nie terkejut babun. pergggggghhhhh memang terbaiklah kau block aku kan ? sungguh aku tak percaya akan sikap kau itu. 



di ataskan tindakan kau mem"block'' aku dalam laman sosial itu mood aku hari ini tak ceria seperti selalu. nak buat kerja mengeditan gambar pun tak fokus. kau membuatkan aku sebal tahu tak ? kau buat hati aku tak tenteram. kau juga membuatkan jiwa aku keceramuk. haisshhh.. geram sungguh aku orang seperti kau nie tau. kalau 10 orang macam kau memang hari hari makan hati berulamkan jantung. sungguh aku tak percaya yang itu diri kau.  I do not like people say there's no use thinking


belajar memasak+ rindu dengan masakan daripada air tangan seorang mak

Assalamualaikum w.b.t


sedap lauk sya masak nie. puji miza yang merupakan kawan baik + rakan sekerja aku sekarang. *dalam hati kembang setaman bila mendengar pujian ikhlas dari sahabat tersayang .. hehehe * untuk pengetahuan korang kan aku kalau bab bab nak menyuruh memasak aku masih boleh laksanakan lagi. aku juga bukanlah seorang wanita yang mahir bebenor dalam dunia memasak. tak macam kakak sulung aku yang mahir dan cekap dengan dunia memasak. itu kerana kakak sulung aku merupakan bekas chef di salah sebuah hotel terkenal di johor bahru pada suatu ketika dahulu. kini sekarang dia menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak, suami dan rumahtangga. hehehehe.. :) pada masa yang sama kecenderungan untuk belajar memasak dengan lebih mantop dan hebat memang ada dalam jiwa aku. apa yang membuatkan aku minat gila dengan masak memasak nie ekkk ? keterujaan nak belajar memasak datang dengan sendiri dalam jiwa aku ketika aku masih di sekolah rendah lagi iaitu semasa darjah 3 . ketika itu aku sekolah pada sesi petang. masa yang terluang di waktu pagi banyak aku peruntukkan untuk membantu arwah mak aku di dapur dan ke kedai untuk membeli barang basah atau kering untuk di masak. 



bila sahaja umur memasuki ke 12 tahun *sudah jadi anak dara pulok :) * aku mula serius dalam bab masak memasak ini. perasaan nak belajar ilmu baru nie semakin membuak buak dan penuh dengan keterujaan yang melampau. syookkkkkk ueeee dapat belajar main api, pisau, papan pemotong, dsd. :B
dengan penuh beraninya aku suarakan hasrat aku itu pada arwah mak aku yang tercinta. alhamdulillah arwah mak aku gembira bila mengetahui akan niat aku yang satu itu. akhirnya yang mengajar aku memasak tidak lain tidak bukan adalah abah aku. mesti korang pelik kan.. bukan ke aku suarakan hasrat nak belajar masak tu pada arwah mak aku ? kenapa abah aku pulak yang jadi cikgu aku kan ? hahahaha.. memang betul aku ada suarakan hasrat nak belajar masak bagai nie pada arwah mak aku tetapi pada masa yang sama arwah mak aku meminta pertolongan abah aku untuk ajar aku belajar memasak. kata arwah mak aku senang kalau abah  yang ajarkan. aku yang mendengar hanya muncungkan bibir aje. huhu.. * dalam hati takut.. takut kena marah dengan abah.. :( *



menu masakan yang paling di gemari oleh keluarga aku..
udang masak sambal beserta petai..



peristiwa dan kenangan untuk aku belajar memasak itu sudah lama tempohnya berlalu. pejam celik pejam celik hampir dalam 9 tahun peristiwa itu berlalu. Subahanallah, begitu aku merindui akan perasaan dan kenangan aku ketika itu. di sepanjang tempoh aku hidup ini jugalah aku selalu dapat merasai masakan daripada air tangan arwah mak aku. walaupun kehidupan aku dahulu sederhana, rezeki Allah selalu ada untuk keluarga aku. aku masih ingat lagi pesan arwah mak kepada aku iaitu "walaupun kehidupan kita sekeluarga sederhana, gaji abah tak besar, tak kaya macam orang lain.. kita perlu sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita dan kita perlu sentiasa banyakkan bersabar dengan ujian yang Allah duga untuk kita itu ".


InsyaAllah akan aku sentiasa ingat akan pesanan arwah bonda tercinta aku itu. sejak mak aku sakit dan di masukkan ke dalam wad, aku sudah tidak dapat lagi untuk merasai masakan daripada air tangannya itu. segala tugas yang selama ini yang di pegang serta di laksanakan oleh arwah mak aku sudah di ambil alih secara automatik di bahu aku. Subahanallah, begitu berat tanggungjwab yang aku pikul. * tiba-tiba sahaja air mata menitis lebat ketika menulis part nie. hati penuh sayu sekali gus menyebabkan air hingus meleleh keluar.. erkk.. pengotornya aku.. huhu*


alhamdulillah kerinduan untuk merasai masakan daripada air tangan mak akhirnya dapat juga aku merasainya pada hari ini iaitu ketika makan tengahari bersama miza. bekalan makanan daripada masakan maknya sedikit sebanyak dapat menjadi penawar aku yang terlalu merindui air tangan daripada seorang insan yang bergelar 
MAK





Isnin, 16 April 2012

bengang tahu!!!!!!!

hari ini semangat nak bekerja membuak buak bagai. hehehe.. semangat sungguh aku nie kan ? :)
sangat sangat sayang bila kelambatan bas membuatkan mood aku kureng. penat woo aku berdiri menunggu bas. sudahlah pula aku terpacak kat bus stop tu dari pukul 9.35 pagi. aleh aleh boleh pulak bas datang lambat. di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang mula panas.. keadaan bas yang datang lewat sungguh membuatkan aku panas+geram+bengang yang teramat sangat. perghhh!!!!! memang terbaik sungguhlah peristiwa aku di pagi hari isnin nie. menci..menci..menci tau.. :(



see hinggakan domo pun hampir hampir angkat tangan kat dambo..
betul kah ?
hehehe.. jangan percaya meyh..
ngak betul dong.. hanya rekaan semata mata..
peace no war 
n_n


Sabtu, 14 April 2012

merepeksss ajee :P

haisshh... entah angin apa yang merasuk aku pun aku tak tahu lah. semasa dalam perjalanan balik ke rumah * dalam bas* boleh pulak teringat kat abang maybank yang aku "anti" tu. aku "anti" dengan abang tu sebab dia jenis perokok.  bila nampak wajah dia sahaja, hati aku akan berkata- kata" alahai, abang nie lagi".. tiap kali berjumpa dengan abang yang aku "anti" tu mesti otak aku yang nakal nie akan berkata, "ishhhhhh menyampah bebenor aku tengok abang nie. .macam tak ada kat tempat lain nak landing untuk merokok". riak wajah aku usahlah di kata kerana automatik akan mempamerkan riak wajah kureng enak untuk di lihat. haiikkkkkkktuih. memang aku "anti dengan perokok".  tak ada ke abang maybank yang comel + kacak tu. alolo.. nampak manis gitu bila tetiba berkata tentang abang maybank comel+ kacak nie. hakikatnya memang kacak tau. apa tidaknya abang tu pakai cermin mata macam kita jugaklah. hahaha. *pfttt.. ayat macam mintak di lempang aje* tolong abaikan ayat sebentar tadi.

Selasa, 10 April 2012

ikhlas ku ucapkan..

Assalamualaikum w.b.t


terima kasih aku ucapkan kepada jejaka S yang pernah aku kongsi serba sedikit di dalam blog aku dahulu. kedengarannya mungkin nampak pelik tetapi aku sendiri tak tahu mengapa dan sebab apa yang membuatkan aku untuk mengucapkan dua patah perkataan ini hanya untuk dirinya. adakah kerana dia sudah berpunya ? ohh!!! tidak sama sekali. malah aku gembira dengan perkhabaran itu kerana dia sudah menemui insan yang benar-benar memahami dirinya itu. aku juga sentiasa berdoa agar beliau dapat menemui jodoh yang sesuai untuknya. 


kepada jejaka S aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi meminjamkan pendengaraanmu kepada aku pada suatu ketika dahulu iaitu di mana aku hampir tewas dengan perasaan sedih yang pernah aku lalui dahulu. terima kasih kerana sudi menaikkan semula semangat untuk aku terus hidup. walaupun pada hakikatnya ketika itu aku hampir-hampir lemas dan lemah. terima kasih juga kerna tidak berasa jemu melayan kerenahku yang suka bertanya. terima kasih kerana ikhlas berkawan dengan aku. terima kasih kerana sudi memberi kata kata semangat dan nasihat agar aku dapat melalui kehidupanku ini dengan sebaik mungkin. Insya Allah. 





jujur aku katakan bahawa perkenalan singkat yang tidak di sengajakan di laman sosial membuatkan aku berasa bersyukur ke hadrat Illahi di atas perkenalan singkat itu. aku bersyukur kerana di pertemukan dengan seorang teman seperti dirimu. pada masa yang sama juga aku tabik dan hormat akan keperibadian dirimu itu. walaupun sesekali kau ada mempersoalkan mengapa aku tidak membahasakan dirimu "abang". aku hanya mampu tersenyum. tersenyum kerana aku tidak mampu untuk berkongsi jawapan di atas persoalanmu itu. aku ada sebab-sebab tertentu untuk tidak menjawab persoalamu itu. malahan kau hormat dengan pendirianku tanpa terus mempersoalkannya lagi. terima kasih kepada jejaka S kerana dapat memahami diriku. kepada jejaka S, terima kasih ku ucapkan kerana ikhlas berkawan denganku. 


harapan aku agar dirimu akan menemuai kebahagian yang dirimu tercari cari selama ini dan semoga dirimu berada di bawah lindungan rahmat daripada Allah s.w.t.





begitu juga dengan diriku..
segalnya ku serahkan di tangan tuhan yang mengetahui akan apa yang terbaik untuk diriku..
amin.





Khamis, 5 April 2012

cepatnya masa itu berlalu

Assalamualaikum w.b.t


rasa macam tidak percaya sahaja bila hari ini sudah memasuki minggu pertama dalam bulan April. hoaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! serius memang aku tak percaya. busy kerja punya pasal sampaikan aku tak perasaan bahawa kalender yang banyak sangat tergantung kat rumah aku tu sudah berada di bulan april. nak kata aku workaholic tak jugak. tapi yang pasti kepenataan memaksa aku jadi kurang sedar dan peka akan bulan baru ini. huhu.. * lain kali jangan buat lagi.. kalau tak nyaaaaaa cik sya oiiiii*


kejapnya sudah menjelang bulan april. sedikit masa nanti akan masuk bulan mei dan seterusnya. kenapa aku rasa tahun nie macam sekejap aje ekk?  korang tak pelik ke ? cuti sekolah aku tengok kat kelendar bukan main senang nak dapat. betul tak ?  tak macam dulu zaman aku sekolah.. macam harem aje nak tunggu tarikh cuti sekolah. siap berrharap moga-moga dapat cuti sekolah yang panjang dan tidak membosankan.. ceitttttttt... harapanlah sangat.. padahal memang tak akan dapat pun.. wakakakaka.. 


ce tiba cerita tentang cuti sekolah rasa rindu aje nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah di tingkatan lima yang comel-comel dan gila-gila tu. arggg.. rindu yang teramat dengan kesemua kawan- kawanku. moga- moga mereka semua dapat mencapai keinginan yangg mereka impikan. amin ya rabbala'amin.