Sabtu, 17 September 2011

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA.. MANA SATU NAK PILIH ?

Assalamualaikum..


hari aku rasa bosan yang teramat sangat. sebenarnya mood aku agak kebengangan.. bengang sebab blog aku untuk menulis karya-karya novel yang aku buat tak dapat dibuka pulak.. huhu.. bila aku letak nombor password aku masih juga tak boleh bukak.. haissssshhh! geram tau!!!!!! =.=


okeyh! berbalik pada tajuk.. rasa macam sengal aje bila idea gila aku datang dan secara automatik keluarlah tajuk entri yang dekat atas nie.. hahahaha.. :) disebabkan kerana kebosanan yang melampau maka aku bukalah fb aku dan bila aku baca status yang dipaparkan pada news feed , aku terkejut. hoho.. benda apakah yang membuatkan aku terkejut ? ce teka.. ce teka.. hehehe..  terkejut kerana aku tidak menyangka yang kawan aku berpunjangga tentang cinta.. wow.. hehehe.. terkejut boboy.. copy and paste tagline sepah jap :P


"Kejar CITA-CITA dahulu baru kejar CINTA. Untuk menyelami CITA-CITA dan CINTA, anggap dahulu itu penderitaan dan CITA-CITA itu CAHAYA. Sebelum mendekati CINTA, kenalilah dahulu CITA-CITA, sebelum mengenali CINTA, mengertilah dahulu erti CITA-CITA..  kata-kata daripada watie.. 


bagi aku ayat nie cukup mendalam ertinya.. huhu.. (bunyi macam merepek aje) hoho.. apa aku kesah ? nie blog aku.. hahahaha.. ketawa jap.. :B da tak mau gelak-gelak da.. kita nak serius nie tau!
apa yang dikatakan oleh kawan aku tu memag betul.. kalau dahulu perasaan CINTA menyegah secara tiba-tiba dalam hati aku kini perasaan itu makin jauh.. jauh dan jauh.. semuanya kerana aku ingin menumpukan tumpuan 100% terhadap study aku! ya, memang aku tidak nafikan perasaan itu sering kali menyebuk dalam hati aku.. kini aku berazam untuk menjauhinya.. perasaan itu membuatkan aku takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku tak tau kenapa aku rasa takut dengan perasaan CINTA itu.. Ya Allah bantulah aku agar perasaan yang hadir di hatiku di saat ini adalah perasaan yang akan memberikan aku kebahagiaan dan kegembiraan kepada diriku ini. Amin. 


antara CINTA dan CITA-CITA bagaikan tidak boleh dipisahkan.. hurm~ kadang-kadang aku terfikir jua dengan dua perkataan yang hampir sama nie.. haishhhhhhh~ kalau korang pandai korang jawablah.. hehehe =) untuk aku kedua-duanya penting. sekiranya kedua-dua nie tiada dalam hidup kita maka hidup kita tidak akan lengkap dan sempurna.. maka tiada juga cabaran dan rintangan dalam hidup kita.. ini juga bergantung pada cara pemikiran kita untuk menilainya.. sekiranya cinta itu adalah pilihan yang kita letakkan sebagai utama, kita kena jadikan cinta kepada Allah adalah aras yang terutama sebelum kita memilih cinta manusia agar cinta manusia yang kita inginkan diberkati oleh Allah s.w.t.


bagi seorang pelajar seperti aku, perasaan seperti ini acapkali kita dengar dan bagi korang perkara ini agaknya sudah lali dan basi.. hehehe.. (ayat merepek lebih) kuikui 


so, untuk membuat pilihannya kita minta dan berdoa agar pilihan yang kita buat adalah yang terbaik untuk masa depn kita..