Sabtu, 26 Mac 2011

Bosannya..

Pagi- pagi lagi abah sudah serbu bilik aku.. kononya nak kejutkan anak daranya yang sedang tidur lena.. semangat betul abah aku nie... hehehe~~  aku nie kalau sudah penat sangat akan tidur macam orang yang belum pasti akan bangun untuk selama-lamanya.. hehehe..   sebenarnya hari nie aku sepatutnya kena ikut abah aku balik kampung sementara itu singgah ke tanah perkuburan sekejap kerana ingin menziarah pusara emakku.. selepas itu akan terus ke rumah arwah tok aku.. di rumah itu hanya mak saudara dan keluarganya yang tinggal di rumah pusaka arwah tok aku.. kerana kakak sepupuku bertunang.. haishh.. tiba-tiba pulak rasa macam tak sabar nak menempuhi alam pertunangan seperti kakak sepupuku itu.. hehehe.. gatai sungguh aku nie.. padahal belajar pun belum habis lagi.. huhu~ tetapi aku tak mahu ikut abah.. kerana hari nie aku penat sangat-sangat.. huhuhu~ penat sebab banyak sangat tugasan yang cikgu aku berikan.. hurm~ hailaaaaaaa... sepatutnya aku tak boleh terlalu mengeluh sangat.. kerana itu bukan prinsip hidup aku.. heeeee~
tetapi disebalik kebosananku nie, aku mendapat berita gembira iaitu abang aku yang berkerja di terengganu sudah pulang ke rumahku.. waaaaaaaaaaaa~ bestnye.. suke..suke..suke..
rindu sangat dengan abang aku yang sorang nie sebab dia jarang balik JB nie..
lepas nie nak buli dia habis-habis.. hahahaha~  jahat betullah aku nie suka sakat orang.. hehehe~... tetapi sebenarnya aku memang suka menyakat orang.. hahaha...

Salam Perkenalan

Hari ini telah bermulanya sebuah blog yang sudah lama saya ingin membuatnya..
nampak macam  kelakar bunyinya kan.. hihi~  padahal blog ini sudah lama wujudnya.. dan sekarang baru saya hendak membuatnya.. hehehe..


Tentang saya..
  1.  berserdahana dalam setiap perkara..
  2.  kuat menyakat, terutamanya adik saya iaitu Diana
  3.  pemalu, tetapi  suka bercakap..
  4. rabun jauh.. tetapi masih tidak selesa lagi pabila memakai cermin mata..
  5. gemar akan warna biru,hijau pucuk pisang ( warna cantik) dan ungu..
  6. suka akan masakan mak dan abah saya..
  7. tidak gemar akan permusuhan..
  8. sayang akan keluarga ..
  9. sempoi, low profile..
  10. gemar termenung, membaca, menyanyi..
  11. aktiviti kegemaran bermain badminton dan melayari internet..
  12. rindu akan zaman persekolahan di SMKTUN yang banyak kenangan..
  13. rindu akan arwah mak saya..
  14. jatuh cinta dengan karya novelis Habiburahman el-shaziry..
  15. penceramah motivasi yang dikagumi Dato Dr. Haji Fadzilah Kamsah, Prof. Sharifah Hayati, Dato' Siti Norbahyah..
  16. ketinggian 178 cm
  17. takut bila malam dan bersendirian..
  18. Kagumi tokoh Syeikh Yusuf al-Qardawi, Nabi Muhammad, Saidatina Aisyah..
  19. sentiasa bermuhasabah diri..
  20. penyabar dan ikhlas..
  21. yang penting saya sayang iman, taqwa, akidah, agama dan diri saya..