Jumaat, 20 Disember 2013

Masa lamamu berakhir

Ucapan bismillah sebagai permulaan kata yang ingin di coretkan di dinding putih kanvas ini. Tarik nafas dan hembus nafas dengan perlahan-lahan. Minda yang tenang, insyaallah mampu membuatkan hati berasa lapang. 

Alhamdulillah kerana di beri kesempatan oleh-Nya untuk menulis di blog ini. Mempunyai masa yang minimum untuk melangut depan komputer tersayang. Choiiiih.. gaya kerja macam sibuk sangat-sangat kan ? hehehe.. sebenarnya kan aku dah tak sabar nak membebel dekat sini. hee~
Pejam celik, pejam celik sekejap saja dah 20 hari berlalu pergi meninggalkan tarikh lahir aku. Alahai, rasa macam umur dah makin ke depan pula. Aiseyyy, macam tua dah pulokss.. huu. Oppss.. bukan tua tapi matang yae.. hihi~  
Tiada sambutan di raikan kerana memang itu yang aku inginkan. Bunyi macam sadis kan ? itu kenyataan babe. Memang aku tak sambut pun. Buat apa nak di sambutnya, dah besaq panjang . Hari lahir yang di sambut seperti tak ada apa-apa yang berlaku jer. Cumanya, aku banyak meminta pada-Nya saja. Isi hati ini milik-Nya dan Dia juga pemilik hati ini.  Ceit.. padahal dalam hati berdebar sakan sebab umoq dah bortingkek-tingkek. Dah macam lagu w.a.r.i.s pulokss..  mahu aku tak berdebar, banyak yang kena di fikirkan tau. 
Tak lain tak bukan ialah tanggungjawab. Kata abang aku, kamu tu perempuan tak sama macam lelaki. Lelaki ini tanggungjawab dia besar. Tak sama macam perempuan. Aku faham maksud yang diperkatakan oleh abang aku tu. Sangat-sangat faham. Mestilah faham kan? aku adiknya , kenalah faham tak gitu ? kihkih..  tapi selagi aku masih di anggap sebagai anak aku punya juga tanggungjawab. Tak kiralah ianya besar atau kecil, asalkan diri tahu dari mana asal usulnya. Bukan nak bangga diri dengan apa yang di katakan itu cuma ingin mengingati siapa sebenarnya diri ini. Kembali kepada fitrah kejadian manusia.

Apa kehal pulak aku membebel tentang kembali ke fitrah kejadiaan manusia ni. Okey, macam ni lah citonya.. manusia di dilahirkan untuk menjadi khalifah di bumi. Amalan baik serta mempunyai Ilmu yang bermanfaat yang di ajarkan atau didik dengan cara yang betul mampu menjadikan seseorang manusia itu sebagai seorang pemimpin. So, untuk menjadi pemimpin mestilah kena pegang tanggungjawabkan.  kan.. kan.. ? Begitu juga juga dengan aku, kito, awok, dan kamu-kamu semua kan ? sebabnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dengan tanggungjawab. tak gitu ? 





Bagi aku tanggungjawab itu besar definisinya. Berfikiran positif serta banyakkan meminta pada-Nya , insyaallah mampu menjadikan beban tanggungjawab yang di pikul itu akan berkurang. Sedar tak sedar banyak sudah yang aku membebel dekat sini. Masa untuk mengundurkan diri pulakss, kerana esok kerja. Kena bangun seawal mungkin.. hee~ 

Selamat tinggal umur di masa lalu, kini umur akan datang mula menjengah. Harapannya, mahu yang baik-baik saja.