Isnin, 3 September 2012

:-( :-(

erkkkk... bingung kepala..
otak bagaikan sudah tidak mampu nak mencerna akan apa yang di dengari..
lidah pula bagaikan di gam..
hati pula tak mampu nak memberi pertolongan..
semuanya berlaku tanpa di pinta..
Ya Allah, mengapa kau menduga aku untuk sekali ini.. tahukah Engkau Ya Allah bahawa hambamu yang sedang Engkau duga ini lemah jiwanya.. 

Subahanallah, bertapa besarnya kebesaranMu itu Ya Allah.. Sesungguhnya ianya merupakan hikmah di atas ujian yang Engkau duga kepada diriku selama ini..tanpa aku sedar benda yang aku tidak mahu berlaku akhirnya terjadi jua.. 
kenapa aku berasa kerdil yang teramat sangat bila berhadapan dengan dia..
kenapa aku berdiam diri sahaja ketika itu..
padahal, hati aku meronta-ronta mahu melepaskan apa yang terbuku di dalam hati..
tetapi hanya kebisuan yang melandai diri ini..
 
Maafkan aku kerana tidak mampu meminjamkan bahu di kala kau menangis.. maafkan aku kerana tidak mampu berada di sisi kau di saat kau terjatuh.. maafkan aku kerana membiarkan kau keseorangan.. sesungguhnya, aku bukanlah teman yang terbaik untuk dirimu.. andai mendiamkan diri itu adalah jalan terbaik daripada bergurau senda,, aku terima dengan hati terbuka.. andai perpisahan berlaku suatu hari nanti tanpa ku pinta, aku reda serta berharap setulus ikhlas agar carilah diri kau yang sebenarnya. 



di sini aku ingin katakan bahawa aku meminta maaf secara mulus dan tulus kepada insan yang pernah membuat aku menangis pada suatu ketika dahulu. mulai kini aku mahu tekadkan iltizam bahawa memaafkan seseorang adalah jalan terbaik dalam sesebuah permasalahan yang berlaku serta meminta maaf pula adalah jalan yang membawa kepada "kebebasan hati".