Sabtu, 7 Mei 2011

Super Junior - She's Gone FMV (Rom / Eng Subs)

Buat Mu Ibu-Aeman

penat dan bosan tahap melampau

Assalamualaikum..

Hai-hai, diharapakan anda sedang bergembira di samping insan-insan yang tersayang..
Hari nie ada sekolah ganti untuk raya deepavali.. penatnya tak terkata.. dah ue pulak ramai budak-budak kelasa sya tak datang.. kadang-kadang pelik juga dengan sikap mereka nie, kalau sekolah ganti aje mesti ramai yang tidak hadir. Benda nie macam dah jadi kebiasaan pula, tak kisah dari sya sekolah menengah dari tingkatan satu hingga lima dan sampailah sekarang di taingkatan enam nie..
Lepas habis sahaja waktu persekolahan sya ada program dekat Sunyaw Collage untuk Program Writing Marketing Proposal. Di sepanjang perjalanan nak menuju ke kolej itu hati sya tiba-tiba aje berdebar-debar. Berdebar sebab apa ea?? Sya berdebar sebab kolej yang akan sya pergi itu adalah kolej kawan sya.. hehehe.. dalam hati nie, sya tak berhenti-henti berdoa agar sya tak akan menjumpai kawan sya itu dan alhamdulillah setelah tamat sahaja program itu, sya tidak menjumpai kawan sya ue. Syukur sangat-sangat sebab Allah da memakbulkan doa sya itu.
Suasana di dalam Lecture Theather ue membuatkan sya mula bosan tahap gaban. Setakat ini sya tak pernah rasa bosan macam itu sekali dan ternyata suasana di dalam itu berjaya membuatkan bosan sya sebegitu.. huhu..
Di dalam program ini pengacara program membuat aktiviti LTK di mana kami di suruh memberi jawapan dan merancang  produk yang kami tawarkan agar dapat menarik minat pelanggan untuk membelinya. Apabila tiba giliran kumpulan sya untuk membuat perbentangan, kami berempat berasa sungguh takut, cemas, gementar dan gabra tahap cipan dan dalam perbentang itu Shikin yang merangkap ketua secara tidak rasmi telah memulakan perbentangannya dan hanya dia seorang sahaja yang boleh diharapkan kerana kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris bagi pendapat sya amat baik dan bagus sekali.. Kalau shikin tau lah yang sya sedang cerita pasal dia kat sisi mesti dia bangga habis.. hehehe.. sepanjang perbentangan itu sya dapat melihat kegemuruhan dan kegementaran kawan sya seperti mayou prieya, shikin dan farah syazwani. Sya tau diaorang sedang berperang dengan perasaan sebegitu dan sya hanya berlagak tenang sahaja, padahal sya pun pada ketika itu takut juga tapi sya tak tunjujkkan sangat akan kegemuruhan dan kegementara dalam diri sya ue. Sebagai menutup penyakit takut sya itu, sya hanya tersenyum sahaja dan pada ketika itu jugalah sya melihat untuk pertama kalinya kawan sya iaitu shikin tangannya mengiggil-giggil ketika memegang kertas yang diperbentangkannya itu, sekali gus sya mengambil kertsa yang dipegang oleh shikin itu.. kesian sya tengok keadaan sikin pada ketika itu dan perasaan itu hanya terluah di dlam hati sya sahaja sebenarnya.
  
Hri nie hari ibu kah?? sya tak sedar akan tarikh Hari Ibu nie. Bagaikan menjadi kebiasaan sya setiap tahun mesti sya akan lupa akan tarikh Hari Ibu nie. Korang mesti seronaok gila kan sebab dapat luahkan apa yang terbuku di hati terhadap insa yang tersayang iaitu Ibu,Umi,Mama,Mak dan Mummy kan. Tetapi tidak bagi sya, perasaan untuk meluahkan kata-kata sayang pada seorang insan yang bergelar Ibu tidak dapat dilafazkan. Perasaan itu sya simpan rapi dalam hati sya untuk selama-lamanya walaupun hanya Allah sahaja yang tau akan keperitan sya di atas kehilangan Ibu yang tersayang ketika sya berumur 18 tahun lagi. Tak sempat sya nak menyambut hari lahir sya yang ke- 18 tahun lagi, ibu telah pergi menghadap seruan Illahi di usia yang muda. Jiwa ketika itu bagaikan direntap kuat setelah sya kehilangan arwah ibu. Ibu segala-galnya pada sya.Sya sangat menyanyangi ibu sya. Banyak kenangan sya bersama arwah ibu tetapi kenagan itu hanya tinggal kenangan dan sya reda akan kepergiannya. Hati sya sebak bila mendengar perkataan Ibu. Perasaan itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Sya rindukan akan belaian dan kasih sayang arwah ibu sya itu.. sya rindu segala-galanya yang berkaitan dengan arwah ibu sya.. Ibu kalaulah di saat ini kamu berada sisiku, pasti tidak akan sya lepaskan peluang itu.. akan sya peluk sepuas-puasnya. Kepermergian ibu telah menjadikan sya tabah untuk mengharungi kehidupan seterusnya walaupun banyak halangan yang bakal dan akan sya tempuhi. Selagi ada kudrat dikandung badan, sya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang sya inginkan dalam hidup sya ini. Adik sya ada berkata dengan sya bahawa sebelum arwah ibu sya meninggal, ibu menyatakan bahawa ibu sangat menganggumi akan sifat sabar dan tabah yang berada di dalam diri sya ini. Setelah sya mendengar apa yang diperkatakan oleh adik sya itu sedikit sebanyak membuatka sya tersentak dengan apa yang didengari sya pada ketika itu. Walaupun perasaan agak terkejut tetapi sya gembira kerana ibu begitu bangga akan sikap sy itu.

Nak cite apalagi ea.. air mata sya dan berguguran lebat sekali ketika membuat catatan nie.. rasanya mungkin sudah bengkak agaknya kelompak mata sya nie.. apa pun sya berkeras untuk menamatkan catatan sya nie kerana sya nak menyampaikan mesej sempena Hari Ibu nie..

MESEJ SYA SEMPENA HARI IBU NIE IALAH:- HARGAILAH PENGORBANAN IBU DI SETIAP WAKTU. BANYAK YANG DIA TELAH KORBANKAN UNTUK KITA HINGGAKAN SANGGUP MENYERAH KEPADA TAKDIR SEKIRANYA NYAWANYA DI AMBIL DAHULU ASALKAN ANAK YANG DIKANDUNG SELAMA 9 BULAN 10 HARI NIE AKAN DAPAT MELIHAT DUNIA DAN MENJADI ANAK YANG TAAT AKAN SURUHAN DAN PERINTAH IBU BAPA, MENJADI ANAK SOLEH DAN SOLEHAH. SAYANGI MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYANYANGI KITA DI WAKTU KECIL, REMAJA, HINGGALAH DEWASA.

Salam sayang sya untuk wanita yang bergelar IBU..
SELAMAT HARI IBU KEPADA INSAN YANG BERGELAR  IBU.