Khamis, 30 Jun 2011

Kenali Lelaki Dan Ragam Mereka

Salam jom kita kenali sifat2 lelaki..
 
Jangan silap pilih wahai perempuan, jika anda silap pilih, yang bakal merana adalah anda. Lelaki tak apa .. ada kuota lagi yang boleh diisi, jika anda tidak lagi mereka perlukan, anda juga yang akan terkontang-kanting sendiri. Aha .. kalau dilepaskan tak apa, kalau gantung tak bertali? Aha .. tak ke merana giler ... jangan jangan ... meh baca artikel ini; mungkin dapat bantu anda wahai perempuan memilih lelaki yang sebaiknya.

Lelaki bersemangat
Kenali Mereka: 
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh- sungguh.

Maknanya: 
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen
Kenali Mereka: 
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan
Kenali Mereka: 
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy
Kenali Mereka: 
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya: 
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi
Kenali Mereka: 
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya: 
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat
Kenali Mereka: 
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya: 
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Tujuh Perkara Perlu Dalam Berkawan

 
  1. Etika bergurau senda dengan seorang kawan, jangan berlebihan sehingga anda menyakiti, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu; elakkan lawak yang melibatkan peribadi. Pilihlah masa dan situasi apabila ingin bergurau. Kadangkala gurauan kita boleh menghiris hati dan perasaan kawan kita tanpa kita sedar.
  2. Jangan terlalu celupar. Mengkritik boleh tapi awas pertuturan dan tingkah laku. Seorang ciri kawan yang baik adalah dia sentiasa membantu kita untuk menjadi yang terbaik. Yang salah tetap kata salah. Yang betul tetap betul. Jadi, jika ingin mengkritik dan memberi nasihat, lihat diri sendiri dahulu, dan fikirkan pendekatan terbaik.
  3. Elakkan diri dari terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat kawan anda seperti keluarga, suami atau isteri. Terlalu membiarkan diri terbabit dengan hal peribadi boleh membawa diri kita dalam kancah kekecohan dan akan timbul isu 'orang ketiga'.
  4. Simpan rahsia kawan anda, elakkan dirinya diaibkan disebabkan anda. Rahsia tetap rahsia. Jangan dedahkan walaupun sedikit. Ia tanda amanah yang harus anda pegang.
  5. Terima kelebihan dan kekurangan kawan anda. Jangan dengki dengan kelebihannya dan jangan pula mengejek kerana kekurangannya. Malah, anda boleh menjalinkan persahabatan yang kuat dengan membuat sesuatu dengan kelebihannya, dan mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh kelemahannya.
  6. Beri kebebasan untuk kawan kita berkawan dengan orang lain. Jangan menyekat kebebasan untuk mengenali orang lain, jangan sempitkan dunianya. Hormati hak kawan anda untuk berdamping dengan orang lain.
  7. Jika kawan anda marah. Jangan provokasi kemarahannya. Malah anda patut memberikan sedikit masa dan ruang supaya rakan anda bertenang. Dalam keadaan marah, tiada apa yang akan menjadi positif.

10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat


 
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 

Ok .. dah baca semua? faham? Si lelaki .. awas dan ambil pot dengan soalan2 serampang dua mata ni ... halus semulus kulit wanita yang gebu2 ni .... lagi halus perkataan dan ayat2 yang keluar dari mulut mereka ... :) Actually ada banyak lagi soalan2 cam ni ... sapa ada entri pasal ni ehh?