Ahad, 3 Julai 2011

penat+bosan+lepak+terbaik dari ladang

salam..

tajuk entri aku kali nie agak sengal-sengal ubi sedikit.. hehehe
padahal memang sesengal pun.. =)

jumaat lepas kat sekolah aku ada anjurkan hari keusahawanan dan hari terbuka. seronok uww.. macam-macam yang aku beli tetapi kesemua barangan yang aku beli hanyalah makanan jea.. hehehe..
mestilah makanan sebab lapar tau.. sejak pukul 8.00 pagi hingga pukul 11.30 pagi aku dengan kawan-kawan aku lepak saja2 kat sekolah tu.. hehehe.. buat semak aje kan ? kihkih..
of couse ler, budak senior mestilah nak buat sesemak aje.. hehehe
tidakk ketinggalan juga aku ada tujukan sebuah lagu kegemaran aku kepada kawan2 aku tu.. tajuk lagu nya ialah "kisah hati by alyah" hehe.. terkeju tdan suka dia orang bila aku nak tujukan lagu tu pada diorang dan dia orang juga terharu dengan ucapan aku yang berbunyi bergini " semoga ceria dan semoga mendapat keputusan STPM yang gempak" . ketawa girang dia orang bila lagu yang aku minta itu bakal di kumandangkan.. hahahhaa.. kelakar pulak masa tu.. hehehe..

perkhemahan kemuncak kokurikulum 2 hari 1 malam.
aku dan kawan-kawanku mengikuti perkhemahan nie.. bosan siot.. datang untuk pendaftaran jea kita orang budak-budak KAPA da kena sound dengan cikgu-cikgu yang handlle aktiviti nie..salah seorang cikgu perempuan petang tu mulutnya macam nak kena penampor jea.. kurang ajar betul bahasa yang dia gunakan kat budak-budak perempuan KAPA nie.. aku yang turut dengar ketika tu rasa macam nak bagi flaying kick jea kat cikgu tu. biar dia rasa macam mana kita orang budak-budak perempuan ketika itu rasa.. biar padan dengan muka dia. ingat kau cikgu boleh ar berlagak dengan kita orang nie. ingat sikit ar sebelum kau jadi cikgu kau pun kena amik form 6 sebelum kau layak masuk UPSI. bangang betul cikgu tu.. menyampah betul aku dengan cikgu tu.. geram siotttttttt.. panas hati aku masa tu.

pada waktu malamnya pulak adalah acara malam kebudayaan yang akan diadakan di pentas sekolah. aku pula di lantik sebagai MC atau pengerusi majlis.. perghhhhhh bengang tau. pertama kali dalam sejarah hidup aku ue aku menjadi MC. gementar+seram+ nebessssssss tau.. huhuhu..
sepanjang acara malam kebudayaan tu aku laksanakan tugas aku selaku MC dengan lancarnya walaupun ada cacat celanya dan sepanjang acara malam kebudayaan tu. aku dapat menonton acara persembahan yang di sembahkan oleh badan unit beruniform yang mengikuti aktiviti perkhemahan nie termasuklah juga unit beruniform KAPA nie. kelakar dan senak perut aku tengok aksi persembahan yang dipersembahan budak-budak unit beruniform tu.. pecah perut aku tengok.. hahahahaha.. aku ketawa tak lah melampau sangat masih boleh terkawal lagi sebab acara malam kebudayaan tu turut di tontoni oleh para guru-guru dan pengetua sekolah.. hehehehe..
setelah aje habis acara malam kebudayaan nie aku berpeluang untuk mengucapkan ucapan pengunduran diri sebagai MC majlis malam kebudayaan tu dan kawan aku kata bahawa dia suka tengok aku jadi MC tu dan gaya percakapan aku pula macam seorang guru. hehehe.. kembang pulak bila aku dengar pujian kawan aku tu.. hahahahaha.. bukan senang aku nak terima pujian orang tau.. hihihi..

hari sabtu..
tepat jam 4.15 pagi aku dikejutkan oleh suara-suara kawan-kawan aku untuk bangun. mengeliat sungguh aku nak bangun pada waktu tu.. huhu.. setelah sampai ke tandas aku masih boleh lelapkan mata untuk sambung tido lagi.. hahahaha.. menyempat lagi tu.. hehehe.. kawan aku yang datang bersama aku untuk mandi tu hanya memandang aku aje.. hehehe.. mungkin pelik tengok gelagat aku yang lena tido sambil menyandarkan badan di dinding tandas tu.. kihkih..
tepat jam 7.00 pagi pula kat sekolah aku ada acara larian 1 murid 1 sukan 1 malaysia yang juga diadakan larian serentak semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara tu.. siap masuk book of records segala.. hehehehe.. excited ooooooo siap kita orang tak join acara kawad formasi unit berunirom ue.. hehehehe.. seruan perdana menteri mesti di dahulukan dahulu tau!!!!!!!! hehehe..

lepas acara larian tu aku dan kawan-kawan aku lepak kat dewan sekolah. apalagi kita orang tido ar.. penat dan mengantuk tahap gaban tau.. da lah waktu malamnya kita orang tido lewat sebab tak selesa dan gatal-gatal.. dah tu pula kita orang tak sarapan lagi.. apa seyh dengan sekolah aku nie. buat anjuran perkhemahan tapi tak pandai nak aturkan perancangan dengan betul-betul sampai tak beri kami budak2 unit beruniform yang terlibat dalam akitiviti perkhemahan nie sarapan pagi dan makan tengahari.. kebulur kita orang tau.. terpaksalah makan roti gardenia ikan bilis sebagai alas perut.. huhu.. sedih sungguh.. hampaeh betul perkhemahan nie.. kalau kat sekolah lama aku, perkhemahan kokurikulum tip top tau. segala tempat tido, keperluan murid, makanan dan barang-barang akitiviti cukup di sediakan siap dapat baju perkhemahan percuma lagi..

aku rasa menyesal bila mengikuti aktiviti perkhemahan kokurikulm nie..
geram dan bosan tau..
bertambah geram bila tengok ragam budak-budak dan gelagat sesetengah guru yang memperkecilkan budak-budak lower six dan upper six..
=(

bye..
adious..
enjoy your reading..
O.O