Khamis, 9 Ogos 2012

Dua.. Tiga.. sudah cukuplah membebel tu :)

Assalamualaikum w.b.t

Single is simple. Aku setuju dengan tiga ayat itu. kenapa ek ? Mungkin kerana aku dalam kategori itu kot. Mungkin... hehehe. Single is simple itu bagi aku membawa erti yang banyak dan berbeza. Untuk aku pula " single is simple" itu sukar nak di kongsikan. hehehe.. rupanya aku ini jenis yang perahsia. Perahsia yang tegar. hihi. :)

Apa motif aku tiba-tiba macam pemurah gila nak layan perasaan nie ? ok, sila baca laju-laju  dan tolong abaikan akan apa yang aku merepekkan sebentar tadi. Aktiviti aku seperti biasa ialah akan membaca koleksi-koleksi novel dan cerpen yang baru dan mampu membuatkan mata aku tak kelip-kelip.  *tak tidur*.. hehehe.. ianya sudah sebati dalam rutin harian aku.. huhu. sehari tak buka ''my hubby" jiwa resah gelisah aje.. kadang-kadang sudah macam kucing mati anak pun ada jugak.. kuikui. 

Jari- jemari lincah menekan keyboard " my hubby " lantas terus membuka link ini  http://ishaidiaz.blogspot.com. Kemudian aku terjah satu persatu koleksi-koleksi novel dan cerpen di blog tersebut. Terjah punya terjah hati aku tergerak nak baca karya cerpen cik penulis itu. Tanpa membuang masa kau terus meng"klik" link yang terpapar tajuk yang mahu aku baca itu. Cerpen 365 Menanti Cinta itu yang aku baca. Kesimpulan yang dapat aku simpulkan dekat karya itu ialah kesungguhan seseorang dalam mencari cinta yang sebenar hingga sanggup menghitung hari demi hari. Bila sahaja selesai membaca cerpen tersebut aku terjumpa "link" yang di kongsikan oleh cik penulis tersebut iaitu http://365harimenanticinta.blogspot.com.

OMD!!!! terkejut mak jemah tau. Mahu tak terkejut aku bila membaca link "365 menanti cinta" itu. Sama gila kisahnya dengan karya cerpen yang aku baca dekat blog cik penulis itu. Seriusly, kisah percintaan Encik yang memiliki link 365 Menanti Cinta itu sejibik sama. hoho.. terkaku aku sebentar dek kerana terkejut sedikit.  Sungguh aku tidak percaya masih ada juga insan yang bergelar lelaki seperti Encik Daniel Danish itu. Hurm~ apa pun boleh kalau ianya berkaitan dengan cinta. 

Muhasabah diri :- Tidak perlu terlalu taksub dalam mencari cinta kerana cinta itu akan hadir jua dalam diri tanpa kita sedar.  Janganlah mudah mencintai seseorang dengan berlebihan. Cukuplah mencintainya dengan sederhana sahaja. Kerana dengan cara bersederhana itu adalah lebih baik.