Isnin, 25 Februari 2013

Dia Sahabatku.. :)

Assalamualaikum semua.

Moga korang sihat hendaknya. Maaf kerana blog aku ni agak kesunyian. Macam hati pemiliknya jugak. heee~ oppss terlebih sudah!! tak mahulah campur adukkan kisah hati dekat sini. Tak seronok tau. huhu.

Bulan februari ni banyak menjadikan emosi aku tidak stabil. Huru-hara menguruskan emosi yang tidak stabil itu menyebabkan aku jatuh sakit. Aduhhhh hai. Apalah nasib badan. Astargfirullahalazim, tak mahulah merungut lebih-lebih cik sya.Ttak baik tau. Allah marah nanti. huhu. Sesungguhnya, sakit itu ubat penghapus dosa. Ingat tu cik sya ! Ingatan untuk diri sendiri yang kerap sangat banyak makan semut. hehehe~ 

Entri aku kali ni khas sedikit. Hanya mahu menyibukkan kisah Cik Ekin iaitu bestie aku semasa di Tingkatan enam dahulu. Hai cik ekin :) senyum sokmo dulu sebelum meneruskan kerja-kerja menaip ni. hahaha.

Norashikin binti hamid itu adalah nama sebenarnya. Gelaran yang di berikan oleh aku kepadanya adalah ....... ?? biarlah rahsia. Hanya aku dan orang di sekelilingnya yang ketahui.  Wakakaka~ rasa macam terkena tak dekat situ ? hihi. Cik ekin ni comel orannya. Serius aku katakan bahawa dalam banyak-banyak kawan aku dia lah seorang kawan aku yang paling comel. Sumpah aku tak tipu. Pengakuan berani mati aku nyatakan dekat sini. Wahai cik ekin, kalau kau baca nie jangan kembang bila dengar pujian aku ni tau. Hahahaha~ Peace yooo~  

Kita berkenalan tak lama. Hanya setahun sahaja tetapi aku rasa macam bertahun-tahun berkawan dengan Cik Ekin comel nie. Nak tahu kenapa ? Salah satu sebabnya dia sekepala dengan aku. Maksud aku dekat situ ialah minat aku dengan dia sama. Apa yang sama ek ? kejap tau sebab aku nak flashback semula kenangan lalu.. hehehe~ Aku dengan dia minat cerita korea. Bukan itu sahaja, lagu korea pun kitaorang minat tapi kitaorang tak adalah sampai fanatik sangat. Wakaka~ Bersahabat dengannya buat aku terhibur dengan keletah dia. Walaupun nampak aja kecil tapi bukan sebarang kecil ok ! kecil yang membuatkan aku kagum dengannya. Heee~ 

Cik ekin, aku rasa macam semalam aje kita berjumpa dekat tempat kerja. Duduk berborak berdua dekat loker dengan keadaan riuh begitu merupakan suasana yang seronok sangat. Haiippp~ jangan fikir bukan-bukan. Dekat loker tu ramai orang ya!. Aku rasa macam baru semalam aja aku mengadu dekat kau tentang apa yang terbuku dekat hati aku yang konkrit ni. Rasa macam semalam aje aku duduk makan sebelah kau di kantin kerja. Rindunya aku dekat kau ekin. Huaaaaagghh!!!!!!!!! rasa macam nak menangis bila menaip ayat ini. Tapi tak menangis pun. huhu~ Sob.. sob.. sob..

Aku harap kau pandai bawa diri dekat tempat orang. Maklumlah sekarang ni kau dah berada di perantauan. Hehehe~ Ceit!! padahal dalam negara aje kot. hihi~ Tapi masih di perantauan jugak kan ? Haiaaa.. apa-apa aja lah. Aku harap kau simpan elok-elok surat cinta aku yang tak seberapa tu. Hahaha~ Kau nak tau tak ekin, sebenarnya selepas aku belikan hadiah untuk kau tu kan aku takut sangat kalau kau tak suka atas pemberian aku tu. Maklumlah hadiahnya tak semahal mana. Huuuu~ Tapi kau jangan salah faham pulak tau. Walaupun tak mahal mana pun hadiah yang aku berikan itu tetapi ianya bermakna untuk aku. Sebab aku suka gila dengan pilihan hadiah aku tu hinggakan semasa mahu surat cinta untuk kau tu tangan aku mengiggil-ngiggil. Haisshh.. teruja kut nak bagi surat cinta dekat kau. Wakakaka~ 

Terima kasih Cik Shikin kerana sudi bersahabat dengan aku. Sentiasalah ingat pesanan penaja aku dekat dalam surat cinta tu. Hehehe~ 




Kami berjumpa kembali :)
Lokasi :- Plaza Angasana




1, 2,3.. Senyum semua..
Wakakak~




Alahai~ Comelnya kamu shikin
:) :)




Senyum tak perlu kata apa-apa.. 
:) :) :)
Gambar kesukaan aku. 
kerana itu aku buat profile picture dekat Facebook aku tu..
heeeee~



P/s: shikin, aku janji tak akan pakai kasut wedjes lagi kalau kita keluar berjumpa kelak. Heeee~ Rahsia kita berdua aje tau ekin. Aku harap kau faham maksud aku tu. Hahahaha~  


Salam sayang dari sahabatmu, 
Cik Sya