Khamis, 30 Jun 2011

Kenali Lelaki Dan Ragam Mereka

Salam jom kita kenali sifat2 lelaki..
 
Jangan silap pilih wahai perempuan, jika anda silap pilih, yang bakal merana adalah anda. Lelaki tak apa .. ada kuota lagi yang boleh diisi, jika anda tidak lagi mereka perlukan, anda juga yang akan terkontang-kanting sendiri. Aha .. kalau dilepaskan tak apa, kalau gantung tak bertali? Aha .. tak ke merana giler ... jangan jangan ... meh baca artikel ini; mungkin dapat bantu anda wahai perempuan memilih lelaki yang sebaiknya.

Lelaki bersemangat
Kenali Mereka: 
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh- sungguh.

Maknanya: 
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen
Kenali Mereka: 
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan
Kenali Mereka: 
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy
Kenali Mereka: 
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya: 
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi
Kenali Mereka: 
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya: 
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat
Kenali Mereka: 
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya: 
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Tujuh Perkara Perlu Dalam Berkawan

 
  1. Etika bergurau senda dengan seorang kawan, jangan berlebihan sehingga anda menyakiti, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu; elakkan lawak yang melibatkan peribadi. Pilihlah masa dan situasi apabila ingin bergurau. Kadangkala gurauan kita boleh menghiris hati dan perasaan kawan kita tanpa kita sedar.
  2. Jangan terlalu celupar. Mengkritik boleh tapi awas pertuturan dan tingkah laku. Seorang ciri kawan yang baik adalah dia sentiasa membantu kita untuk menjadi yang terbaik. Yang salah tetap kata salah. Yang betul tetap betul. Jadi, jika ingin mengkritik dan memberi nasihat, lihat diri sendiri dahulu, dan fikirkan pendekatan terbaik.
  3. Elakkan diri dari terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat kawan anda seperti keluarga, suami atau isteri. Terlalu membiarkan diri terbabit dengan hal peribadi boleh membawa diri kita dalam kancah kekecohan dan akan timbul isu 'orang ketiga'.
  4. Simpan rahsia kawan anda, elakkan dirinya diaibkan disebabkan anda. Rahsia tetap rahsia. Jangan dedahkan walaupun sedikit. Ia tanda amanah yang harus anda pegang.
  5. Terima kelebihan dan kekurangan kawan anda. Jangan dengki dengan kelebihannya dan jangan pula mengejek kerana kekurangannya. Malah, anda boleh menjalinkan persahabatan yang kuat dengan membuat sesuatu dengan kelebihannya, dan mengelakkan melakukan sesuatu yang boleh menyentuh kelemahannya.
  6. Beri kebebasan untuk kawan kita berkawan dengan orang lain. Jangan menyekat kebebasan untuk mengenali orang lain, jangan sempitkan dunianya. Hormati hak kawan anda untuk berdamping dengan orang lain.
  7. Jika kawan anda marah. Jangan provokasi kemarahannya. Malah anda patut memberikan sedikit masa dan ruang supaya rakan anda bertenang. Dalam keadaan marah, tiada apa yang akan menjadi positif.

10 Soalan Wanita Penuh Makna Tersirat


 
1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 

Ok .. dah baca semua? faham? Si lelaki .. awas dan ambil pot dengan soalan2 serampang dua mata ni ... halus semulus kulit wanita yang gebu2 ni .... lagi halus perkataan dan ayat2 yang keluar dari mulut mereka ... :) Actually ada banyak lagi soalan2 cam ni ... sapa ada entri pasal ni ehh?
 

Ahad, 26 Jun 2011

carilah hatimu !

Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah. Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan. Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.
Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati.

Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu... Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna... Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.
Ingatlah wahai orang yang bermujadahah... tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

apa khabar jodohku?

alt

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

cinta dalam diam

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)
Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)


Subahanallah, indah sungguh artikel nie..
benar-benar menenangkan hati dan jiwaku nie..
semoga "cinta dalam diam" yang aku alami nie akan ada jawapannya..
insyaAllah..

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Sumber daripada laman web:-www.iluvislam.com

Sabtu, 25 Jun 2011

It has to be you

Cinderella's Stepsister OST Lyrics with translation [Romanization + English]
[LYRICS] It Has To Be You – Yesung (OST Cinderella's Stepsister) [LYRICS] It Has To Be You - Yesung (OST Cinderella's Stepsister)
oneuldo nae gieogeul ttarahemaeda oneuldo nae gieogeul ttarahemaeda
i gil kkeuteseo seoseongineun na i gil kkeuteseo seoseongineun na
dasin bol sudo eomneun niga nareul butjaba dasin bol sudo eomneun niga nareul butjaba
naneun tto i gireul mutneunda naneun tto i gireul mutneunda
neol bogo sipdago neol bogo sipdago
tto ango sipdago tto ango sipdago
jeo haneulbomyeo gidohaneun nal jeo haneulbomyeo gidohaneun nal
niga animyeon andwae niga animyeon andwae
neo eobsin nan andwae neo eobsin nan andwae
na ireoke haru handareul tto illyeoneul na ireoke haru handareul tto illyeoneul
na apado joha na apado joha
nae mam dachyeodo joha nan nae mam dachyeodo joha nan
geurae nan neo hanaman saranghanikka geurae nan neo hanaman saranghanikka
na du beon dasineun na du beon dasineun
bonael su eopdago bonael su eopdago
na neoreul itgo salsun eopdago na neoreul itgo salsun eopdago
niga animyeon andwae niga animyeon andwae
neo eobsin nan andwae neo eobsin nan andwae
na ireoke haru handareul tto illyeoneul na ireoke haru handareul tto illyeoneul
na apado joha na apado joha
nae mam dachyeodo joha nan nae mam dachyeodo joha nan
geurae nan neo hanaman saranghanikka geurae nan neo hanaman saranghanikka
nae meongdeun gaseumi nae meongdeun gaseumi
neol chajaorago neol chajaorago
sorichyeo bureunda sorichyeo bureunda
neon eodinneungeoni neon eodinneungeoni
naui moksori deulliji annni naui moksori deulliji annni
naegeneun naegeneun
na dasi sarado na dasi sarado
myeot beoneul taeeonado myeot beoneul taeeonado
harudo niga eobsi sal su eomneun na harudo niga eobsi sal su eomneun na
naega jikyeojul saram naega jikyeojul saram
naega saranghal saram nan naega saranghal saram nan
geurae nan neo hanamyeon chungbunhanikka geurae nan neo hanamyeon chungbunhanikka
neo hanaman saranghanikka neo hanaman saranghanikka


[LYRICS] It Has To Be You – Yesung (OST Cinderella's Stepsister) English Version [LYRICS] It Has To Be You - Yesung (OST Cinderella's Stepsister) English Version
Even today i wander in my memory Even today i wander in my memory
I'm pasing around on the end of this way I'm pasing around on the end of this way
You're still holding me tightly, even though i can't see you any more You're still holding me tightly, even though i can't see you any more
I'm losing my way again I'm losing my way again
I'm praying to the sky i want see you and hold you more I'm praying to the sky i want see you and hold you more
that i want to see you and hold you more that i want to see you and hold you more
It can't be if it's not you It can't be if it's not you
i can't be without you i can't be without you
it's okay if i'm hurt for a day and a year like this it's okay if i'm hurt for a day and a year like this
it's fine even if my heart's hurts it's fine even if my heart's hurts
yes because i'm just in love with you yes because i'm just in love with you
i cannot send you away one more time i cannot send you away one more time
i can't live without you i can't live without you
it can't be if it's not you it can't be if it's not you
i can't be without you i can't be without you
it's okay if i'm hurt for a day and a year like this it's okay if i'm hurt for a day and a year like this
it's fine even if my heart's hurts it's fine even if my heart's hurts
yes because i'm just in love with you yes because i'm just in love with you
my bruised heart my bruised heart
is screaming to me to find you is screaming to me to find you
where are you? where are you?
can't you hear my voice? can't you hear my voice?
to me to me
if i live my life again if i live my life again
if i'm born over and over again if i'm born over and over again
i can't live without you for a day i can't live without you for a day
You're the one i will keep You're the one i will keep
you're the one i will love you're the one i will love
i'm.. i'm .. yes because i'm happy enough if i could be with you yes because i'm happy enough if i could be with you

It has to be you.. aduhhhhhhh tangkap cintan aku dengan lagu nie..
hati bagai di rantap kuat bila mendengar dan menghayati bait-bati lirik nie..
sungguh indah sekali..
bagaikan membaca sebuah puitis indah gitu.. hehehe
Jom sama-sama kita menghayati lagu nie..


bye..
have fun this song..
O.O




Futuwwah Cinta

Inilah dia cinta
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta.
Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia.
Mentaqarrubkan kita pada Dia.

Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya.

Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia.
Dan Dia semata.
Dan itulah dia cinta.
Bila segalanya dihadapkan pada Dia.
Dan cinta itu mengalunkan kita pada syahadahNya
Menerokai puncak-puncak kekuasaanNya,
dan mengegarkan kita akan azabNya,
akan kelam kelibut hari kebangkitan.
Mengetarkan hati kita pada Hari AkhiratNya.
Dan itulah dakwah ini mengenalkan kita.
Akan hari akhirat yang pasti, tempat terdorongnya kita untuk bertemu dengan Dia.
Dan bila segalanya dipusatkan pada Dia, adakah pilihan lain selain dari bertawakal kepadaNya?
Menyerahkan semua urusan kepadaNya?
Yakin akan janjiNya memberikan sesuatu yang terbaik buat diri kita, hambaNya.
Dan demikianlah itu cinta.
ianya yakin
redha
dan saliim..
Cinta itu menautkan hati kita pada semua hambaNya.
Dalam cinta yang tidak dimengertikan
walau tak pernah bersua
mengenal
mahupun bersentuh
itulah dia cinta
anugerah atas cinta keranaNya
Dan itulah dia cinta,
tidak meresahkan,
tidak mengelisahkan
tidak merisaukan,
apatah lagi menyebabkan putus asa.
Kerana setiap pilihan kita,
tindakan kita
dan langkah kita,
adalah demi cintaNya.
Yakinlah,
Allah akan sentiasa bersama kita,
melukiskan kanvas yang indah buat kita.
Samada di dunia, mahupun di syurga kelak..
Insya-Allah..
Inilah dia sepotong doa baginda buat kita:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Sikap Wanita yang Disenangi Lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW; "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

Rabu, 22 Jun 2011

aku perlu berubah..

Assalamualaikum..

sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa~ rasa macam nak menangis sakan jea..
malu dan bengang tak terkata pada diri aku nie.. nak nanges,, huhu
pointer peperiksaan aku baru-baru nie jatuh teruk gilew.. berbeza dengan pointer periksa aku dua bulan lepas. malu bila tengok keputusan pointer aku kali nie.. bila dapat tau jea akan keputusan pointer aku tu, aku rasa macam nae pengsan jea.. huhuhuhu.. sedih tahap apa pun aku tak tau di kala itu.. tapi memang salah aku pun.. nak tau kenapa ? jawapannya aku da study cara baik punya tapi aku tak mampu nak mengingati semula apa yang aku da baca tu.. rasa macam sia-sia jea usaha aku tu.. :-(  hampeh sungguh..
kadang-kadang macam nak hantok kepala aku nie kat dinding.. macam tak berbaloi pulak, buang karen jea.. hihihi

cikgu aku kata aku nie belajar bagus.. dalam setiap masa pelajaran aku nie sentiasa fokus tetapi cikgu aku cakap aku kena tukar stategik belajar yang aku gunakan tu.. tapi macam mana? aku pun ada terfikir macam tu jugak ? aku perlukan seorang guru untuk membimbing agar aku dapat memperbaharui strategik belajar aku yang baru itu agar lebih berkesan dan kaw-kaw nye.. hehehehehehehe~

AKU PERLU BERUBAH dari sekarang.. lagi beberapa hari lagi akan berakhirnya bulan JunE dan tinggal beberpa bulan lagi aku akan menghadapi peperiksaan BESAR dalam diri aku. aku kena rajin bangun pagi untuk mentelaah ilmu dan rajin ulang kaji subjek-subjek yang aku lemah.. kan da susah sekarang.. tu lah asyik dengar kata nafsu jea penyakit MALAS yang teruk perlu di tinggalkan dan perlu di gantikan dengan penyakit yang baru iaitu penyakit RAJIN dan BERUSAHA LEBIH KERAS LAGI. cikgu aku cakap walaupun cara yang aku gunakan tu tak sesuai sebab suka sangat belajar di saat-saat akhir tapi kita boleh beri perhatian lebih kalau kita tidak panik dengan keadaan kita pada di saat itu. insyaAllah . Usaha tangga kejayaan dan tidak mustahil kalau aku adalah salah satu pelajar yang akan cemerlang dalam peperiksaan BESAR tu nanti. InsyaAllah dan semoga Allah memakbulkan hasrat hati aku itu..

Kejayaan tidak akan datang bergolek pada kita sekiranya kita tidak berusaha keras untuk memperolehinya..

bye..
enjoy your reading..
O.O

Jumaat, 10 Jun 2011

tension..tension..tension..

menyampah betukl aku dengan tugasan perniagaan yang cikgu aku beri nie. tension sakan aku cuti sekolah nie. ingat bolehlah release kan stress selepas habis exam mid year hari tu tapi tak boleh jugak.. waaaaaaa~ panas aku macam nie. kalau kena buat dalam bahasa melayu tak apa ar nie nak dalam bahasa inggeris pulak. kesudahannya aku melongo jea bila dapat risalah tentang tugasan aku kali nie.. cerewet betul ar tugasan kali nie sampaikan aku tak pernah tension tahap cipan macam nie lagi tau. geram sungguh aku dengan tugasan nie. ikutkan hati nak aje aku tak buat tugasan nie biar hantar dengan tangan kosong jea.. hahaha.. biar padan dengan cikgu aku tu biarlah dia tau yang hampir kesemua anak murid dia tension gara-gara tugasan yang diberikan pada kali nie.. bukan aku sorang jea tau yang tension gara2 perkara nie kwan2 aku yang setaraf dengan aku pun tension jugak tau.. huhu :-(

 marketing..marketing oh marketing.. akan aku ingin sampai bila2 bahawa tugasan marketing nie telah membuatkan aku tension hampir 2 minggu tau. rasa nak menangis jea bila tugasan marketing yang aku buat nie tak siap2 lagi. dah lah aku tak suka dengan bahasa inggeris.. nak sebut pun tergagap2 nie kan pula nak kena buat tugasan. habis berterabur grammar aku tu. mesti cikgu bahasa inggeris aku dulu akan marah lah punye sebab  dan berkata mengapalah anak murid aku sorang nie tak pernah2 lulus dalam subjek bahasa inggeris nie.. huhu.. nak buat macam mana cikgu.. anak murid cikgu sorang nie memang tak da feel nak belajar bahasa inggeris secara mendalam.. huhu.. hampeh sungguh aku nie kan.. tetapi insyaallah aku bertekad untuk belajar ilmu nie sehingga aku berani nak membuka mulut serta bercakap menggunakan bahasa inggeris selalu.. hehe











dahsyat sungguh baby nie tension sampai bertukar kulit
warna dengan telingnya.. hahahahahaha..
kelakar betul..













sampai sakit kepala tau..
semuanya gara2 kerana tension dan stress..
huhuhuhu..






da tak comel tau..
muka pun da berkerut seribu..
da tak nampak awet muda lagi..

Khamis, 9 Jun 2011

sUka SukI

Assalamualaikum..

kabare semua.. sehat kah.. hehe
penat bercampur dengan mengantuk yang teramat sangat hari nie. kes pertama penat sebab hari nie aku, farah dengan watie kiteorang ada perjumpaan untuk bincang pasal assigment yang cikgu aku berikan. So, aku bawalah laptop aku nie pergi ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan kawasan perumahan aku itu. dekat situ ada perkhidmatan WIFI tau dan bila aku nak guna wifI kat situ bolah tak dapat pulak. aku apa lagi marah dan bengang ar.. elok-elok 2 hari lepas aku datang situ pakai wIFI punyalah laju siap boleh download lagu lagi.. hehehe.. (ambil kesempatan yang ada ) dan bila aku nak guna untuk cari bahan wifi kat situ tak On pula.. bengang tahap gaban boleh aku cakap.. kalaulah aku tau nak jadi macam nie lebih baik aku duduk rumah siapkan kerja sekolah aku yang berlambak yang tingginya macam gunung ue.. panas wa duduk kat perpustakaan tu. dengan perasaan bengang + marah aku dengan watie turun pergi ke kaunter perpustakaan tu dan aku face to face dengan orang yang jaga perpustakaan tu. aku kata dengan abang kat situ.. dialog nya bunyi macam nie..

aku: abang nak tanya sedikit boleh tak..
abang gatal: boleh. nak tanya apa dik..
aku: WIFI kat sini tak boleh guna ke..
abang gatal: boleh guna tapi tak laju sangat lah..
aku: ouh macam ue.. (dalam hati panas doe bila pandang abg gatal tengok wa semacam jea.. rasa macam nak tampar laju-laju jea kat muka abg gatal uw.. biar padan dengan muka dia.. haha )
abang gatal: boleh senyum pula kat aku.. ( hati wa kata kang aku karate baru tau abg gatal nie.. hehehe)
aku: angkat kaki ar dari tempat tu.. geli aku tengok ulat bulu tu miang keladi..

watie tanya aku pasal WIFI ue then aku kata ar kat dia yang wifi ue boleh guna tapi slow.. huhu..
cuba punya cuba sampai aku da tak tahan nak cuba guna internet kat situ.. geram tau.. da lah kitaorang banyak nak kena cari bahan untuk assigment uw boleh pulak tak da wifi kat sini. hampeh betul ar perpustakaan nie.. nampak macam tak bayar bil elektrik untuk bulan nie kot.. hahahaha..
kesudahannya kiteorang bakil ar.. takkan nak duduk kat situ lama-lama.. bikin aku geram jea.. dah lah tak makan tengahari lagi.. huhu.. kesian kat perut aku nie tau..

aku dibuli oleh fara dengan watie.. haiiisssssshhhh sedih betul aku hari nie.. sepatutnya partner aku kena datang tapi mak dia tak izinkan keluar pulak dan kesudahannya aku di buli oleh mereka berdua itu.. huhu..
rasa macam nak menangis jea bila kena buli denagn usikkan diaorang yang melampau ue.. nasib baik aku tak makan hati tau.. kalau aku makan hati dengan apa yang mereka buat kat aku tu memang diaorang cari bala wo000000000000.. heheheheheh.. dan aku tak kisah sangat di buli oleh mereka itu sebab aku pun buli diaorang balik.. hahahahahahahahahaha~ macam filem arahan afdlin syauki "baik punya cilok" hehehe















aku, farah dan watie..
sempat lagi bergambar kat library..
hehehe..



comel betul ar gadis yang pakai tudung berwarna coklat tu..
hehehehehe..
nak kenal boleh tak..
hahahaha..
perasaan jea lebih..



manis sungguh senyuman cik adik berdua nie..
semanis gula-gula kah..
hehehehehe..