Ahad, 17 Jun 2012

Atokku kaptenku.. :)

Assalamualaikum w.b.t


aku harap korang semua sihat-sihat sahaja. 
salam israk mikraj aku ucapkan kepada umat yang beragama islam. Alhamdulillah kerana ada khabar gembira yang menyambut di cuping telinga aku yang nipis nie syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana meringankan beban yang keluarga aku hadapi. selamat hari bapa aku ucapkan kepada bapa-bapa di malaysia. tidak lupa juga untuk abah aku yang tercinta a.k.a merangkap bodyguard untuk aku. hehehehe.. nampak macam manja kan aku ? kihkih :) tak mahu cerita bab manja-manja bagai kat sini.. malu dong.. kuikui.

Jumaat lepas iaitu di pagi hari. kira-kira dalam pukul 10 pagi gitu. aku terima satu mesej dari anak saudara kesayangan aku. jari-jemari bukan main lincah untuk membaca mesej tersebut. gaya macam dapat mesej menang RM 1 JUTA jer.. kehkehkeh. kelakar bila baca mesej yang di terima itu. hahaha.. mahu tak semena-mena aku tersenyum meleret samapai ke tempat kerja. nasib baik tak nampak dek orang. kalau tak mesti mereka ingat aku kureng sihat. hohoho. bila balik kerja aku terus siapkan diri. kemudian lepak berbual dengan abah aku. sungguh sempoi kan aku ? hihi. bila tiba angin mulut becok aku pot-pet..pot-pet segera aku khabarkan kepada abah aku yang keluarga kak long aku berserta anak saudara kesayangan aku itu suruh aku sampaikan ucapan istimewa untuk ayah aku. bila aku luahkan ucapan yang hendak di pesan itu reaksi wajah abah aku terus bertukar. bertukar kepada senyuman meleret. haishh.. anak dengan bapa memang pemurah dengan senyuman kan ? hehehehe.. mungkin aku manja sedikit je kot dengan abah aku. sebab tu kot aku suka senyum. apa aku merepek ler.. ok, lupakan terus akan benda yang aku merepekkan tadi itu. @_@.


korang nak tahu ke ucapan yang di berikan oleh kerluarga kak long aku kepada abah tersayang aku.. hehehe.. bagi aku ucapan tu nampak comel.. tapi tak tahu pulak bagi pendapat korang.. kuikui..


" SELAMAT HARI BAPA UNTUK ATOKKU KAPTENKU".


ce ingat ce ingat ada rupa-rupa macam tagline iklan  kat tv tak ? kalau ada lebih kurang begitulah.. cuma ianya di ubah dan di tambahkan sedikit ayatnya.. hehehe.. aku yang mendengarnya bukan sahaja meleret senyuman di bibir malah gelak bantai sakan dengan abah aku. hahahaha. pertama kali kot aku mendengar ucapak sebegini.. tetapi sungguh ikhlas aku katakan ucapan itu sungguh-sungguh comel bunyinya. sedikit sebanyak hati berasa lapang bila melihat senyuman di wajah abah tersayang. 


kepada En. Ahmad Bin Hassan , 
di sini saya ingin menjelaskan bahawa anakmu yang diberikan nama timangan "kakak" ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada abah kerana tidak jemu-jemu melayan kerenah anakmu yang nakal serta degil dan suka muncungkan mulut sedepa ( macam mulut itik ler, hehe ) bila kena marah dan suka tarik muka empat belas bila kena tegur ( mimik muka tak rela, huhu ), suka membentak ( sikit-sikit aje.. kuikui ) dan sebagainya. Anakmu ini amat-amat menyanjungi serta menyayangi dirimu. walaupun abah tak kuat macam dulu-dulo.. kasih sayang sya pada abah tetap sama dan tidak akan sesekali berubah walaupun kelak sya tahu yang sya akan ada seseorang yang akan menggantikan kasih sayang  abah. Abah tetap "raja" di hati sya. 


:- rindu nak keluar jalan-jalan dengan abah. semoga sakit abah akan beransur sembuh kelak. amin ya rabbal ala'min.