Ahad, 15 Februari 2015

Tahniah Kawanku

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya ni entri lama yang tersimpan lama dekat draft. nak tulis pun tak ada masa dekat blog putih ni.. huu..
Nie entri khas aku buat sempena sahabat karibku yang sudah bertukar statusnya kepada " Puan ". Ahakz, rasa macam nak kahwin pun ado.. haha. gatainya anak che mat ni, lol..

Hari Jumaat , 13.9.2014 yang indah dan nyaman. Jiwa berasa tenang dengan kehadiran harinya. Lagi bertambah tenang bila melihat sahabatku selamat diijab kabul pada hari ini. Allah..Allah..Allah.. sejuk hati. Terharu bila dapat diberi peluang sebegini di hari majlis sahabatku. Bertemakan warna putih dan biru untuk pelamin akad nikah. Aku yang berbaju songket ikut tema.. ( katanya, hehe ). 

Alhamdulillah, sahabatku selamat diijab dan qabul. Allah Ya Allah, tersayu bila melihat sendiri pernikahan di depan mata.. syukur padaNya kerana majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan sempurna. Semoga dirimu mampu menjadi isteri yang solehah serta ibu yang penyayang kepada bakal mujahidmu nanti, sahabatku.. Majlis yang sederhana tidak mewah. Bahkan itu cukup memadai untukku mengelarkan majlis tersebut nampak mewah di mataku kerana aku juga berimpian mahukan majlis yang sederhana seperti itu. Insyaallah, moga tercapai doaku.. Amin, hehe.. 




berselfie sebelum balik rumah..
cantik anak dara berdua ni kan ?
lol, masuk bakul angkat sediri..



cantikkan warna gabungan warna tu..
berkenan hati bila tengok warna tu.. kenapa ?
sebab warna biru itu, adalah warna kesukaan aku..
muehehe.. 

Masih ingat satu enti yang aku ceritakan kawan aku sakit disebabkan kemalangan ? dialah gerangannya.. Alhamdulillah, berkat kesabarannya semasa terlantar sakit, dia kuat hadapai ujian yang Allah berikan padanya.. terharu dengan kekentalan jiwanya yang tabah terima dugaan tersebut. Syukur padaNya kerana memberi peluang untuk aku bersama-sama dengan sahabatku ketika beliau sakit sehinggalah dia kembali sihat. Terharu dengan rasa dan pengalaman yang Allah berikan padakau. Walaupun aku tahu dia mempunyai keluarga dan bakal mentua yang mampu menjaganya.. 


Kalau dahulu sebelum bergelar bujang bolehlah aku ajak dia keluar lepak-lepak,gurau dengan gosip mak jemah.. hehe.. sekarang dah tak boleh. Suasana dah tak macam dahulu.. menangis weyh aku bila teringat kenangan lama bersama dengan sahabat aku ni.. Persekitaran dah berubah dan aku wajib terima hakikat yang kawan aku ni dah ada sang suami.. kena lebihkan suami berbanding kawan.. huarghh.. rindunya dekat dia. sebab dia sahabat yang fahami aku. ada ketika aku susah, jatuh, bangun, marah, sedih, kecewa, berduka, dan sewaktu dengannya.. 

Bila agaknya kita dapat bersua lagi ? lepas majlis nikah dia, aku dah tak jumpa sempailah ke hari ni.. jarak rumah sewa dia duduk dengan rumah aku pun tak jauh mana.. dekatlah juga.. kadang-kadang kalau berbual dekat telefon, ada juga dia ajak aku datang ke rumah sewanya.. siap boleh ajak aku kenal-kenal dengan suaminya lagi. Adesh, ramah pulak kawan aku sorang ni. tetapi sebolehnya aku beri jawapan tak mahu. kenapa ? segan weyh, aku ni stock-stock yang tak biasa dengan kaum adam kecuali dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan lelaki yang aku kenal. Itu pun kalau nak kawan kena tapis dari aku. Bukan memilih, cumanya lebih mementingkan keselamatan diri.. Mahu menjaga maruah diri, keluarga serta agama. Itu prinsip yang aku pegang. Insyaallah, semoga aku sentiasa di bawah pemeliharaan dan jagaanNya. 

Tak mengapalah, tak boleh jumpa tak apa.. aku kirimkan doa padaNya sudah.. honestly, aku memang terasalah bila tak dapat jumpa dia.. tetapi aku pujuk hati.. sebab abah aku kata dengan aku

" akak, orang yang dah kahwin ni tak sama macam akak..
akak bujang nak buat apa bebas, dia lain sebab dah           bersuami, kalau keluar dari rumah kena minta izin dengan suami, kalau tak dapat dosa.. kan dah susah nanti. akak kena faham itu.. " 

itu pesanan abah aku. aku faham sebab dekat sekolah aku belajar tentang ilmu munakahat.. ( muka teruja bila belajar ilmu munakahat ni, haha.. bukan aku sorang jer yang teruja semua budak kelas aku pun suka. lebih-lebih lagi kaum adam.. huu ). bukannya aku tak faham, cumanya macam....
( biarlah hati aku saja yang tahu, hehe ). 

aku sentiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga beliau.. semoga kekal ke jannah. walaupun jarak dia dengan suaminya jauh itu tidak menghalang mereka untuk bersama, muehehe.. 

tak sedar, ramai dikalangan sahabat terdekat dah berkahwin. hehehe.. aku ? masih menunggu sang adam a.k.a bakal imamku. hehe.. insyaallah, aku percaya dengan janji Allah. akan hadirnya "si dia " padaku suatu masa dan waktunya nanti. berdoa, berdoa, tawakal, dan istiqarah padaNya sudah memadai untuk menyatakan jodohku kepadaNya..



layan lagu ni, 
sigma:- kupu-kupu cinta
one of my favourite song..
the sweet lyrics..
wanna fell fall in love.. 
ahahakz, just kidding..