Khamis, 11 Februari 2016

Ke Langkawi ke kita:Part 1

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ni.. maaf kerana lama sudah tidak mencoret ceritera di kanvas putih ini. 

Alhamdulillah, baru-baru ni aku berkesempatan bercuti di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Menunggu bas yang sepatutnya mengambil aku pukul 6 petang tetapi lewat 30 minit. Kematu punggung duduk dekat hentian bas. Senang cito basah ketiak aku noo.. haha

Sambil-sambil menunggu bas aku melihat sendiri perbuatan tidak bermoral pendatang asing iaitu lelaki indonesia yang selamba duduk mencangkung sambil makan kacang hijau di sebelah aku.. Fuhh, gelagat dia buat aku rasa nak marah saje.. ikut selera dia jer nak buang sampah merata-rata. Padahal tong sampah yang disediakan oleh Pihak Pembandaran tidaklah jauh sangat.. Tiada sivik! Pengotor! itu kata hatiku. Memang geli tahap jijik kot tengok cara diaorang sebegitu.. Psst. dengar khabar Timbalan Perdana Menteri nak bawa masuk warga asing sebanyak 1.5 juta.. aduyaii.. sesaklah malaysia ni dengan warga pendatang.. Silap-silap lelaki melayu dah tak boleh kenal, sebab apa? sebab rupa wajah dah hampir sama dengan warga asing.. haha
Apa yang aku katakan itu betul tau! kenyataan.. sebab aku sendiri pernah menyangka warga asing itu adalah lelaki melayu kita padahal adalah sebaliknya.. huhu
Sedih tau aku dengar.. 

Tunggu punya tunggu akhirnya bas aku selamat tiba dengan jayanya.. letak bag terus dapatkan tempat duduk aku. Fuh! lega mak nak.. why? mesti korang tertanya-tanya kan? hehe.. lega babe sebab dapat legakan badan yang penuh dengan peluh.. hahahaha

Alhamdulillah perjalanan dah bermula dan bas yang dipandu dibawa dengan perlahan dan cermat.. yang tak seronoknya aliran trafik bergerak perlahan. Dah serupa macam kura-kura aku tengok di jalan raya.. Al maklumlah aku gerak hari tu hari sabtu petang. Memang sesaklah jalan raya sebab orang sibuk balik bercuti ke kampung halaman. huhu.. 

Kawasan hentian R&R Pagoh adalah hentian yang pertama kami semua. Berhenti untuk solat maghrib, rehat dan makan malam. Fuhh.. sesak dia di R&R situ usah citolah.. memang padat dengan manusia.. nasiblah aku dapat memesan makanan dengan pantas dan efisien.. hehe
Perut dah berdondang sayang minta diisi perutnya. Yeah! keutamaan perut adalah yang paling utama buat aku. kenapa? kerana aku ada gastrik.. well, korang mesti tau kan orang yang ada gastrik ni tak boleh makan lambat-lambat.. huhu. Huh! tak sanggup rasanya gastrik menyerang.. memang mengaggau aku capai ubat.. Abah aku cakap aku ni cerewet orangnya.. huhu.. sedihnya dengar kan.. kan.. waktu makan nak kena jaga macam baby dah.. haha, clieche jer ayat abah aku tu.. 

Nasi Ayam penyet makanan masakan kelatan menjadi pilihan menu aku untuk menjamu selera bersama dengan minuman air limau ais.. salah satu minuman kegemaran aku bila makan di luar.. entahlah, kalau orang lain akan pesan minuman jus-jus tetapi aku lebih berminat dengan minuman sirap limau ais dengan limau ais. Hehe.. bagi aku minuman ni mampu mempercepatkan 
penghadaman selepas makan. Nasi ni warnanya lain daripada yang biasa.. sebab nasi ni berwarna biru kebiruan cair.. haish susahnya nak kongsikan warnanya bagaimana.. terlupa nak " snap " gambar. Perut dah lapar sangat weyh, hehe.. Sedaplah jugak cumanya sambalnya lain sedikit. Choi bukan sedikit tapi banyak. Memang tak habis aku makan kerna sambalnya adalah sambal nasi lemak. Sedihnyaa.. Nasi ayam adalah makanan kegemaran aku tau! Ok kita ke kisah selanjutnya.. muehehe

Dalam bas aku banyak tidur tetapi sebelum tidur telefon abah dahulu untuk maklumkan padanya yang aku dah gerak dari Johor untuk ke Kedah. Anak abah memang begini. Hihi..
Sumbat earphone terus dengar lagu.. aircond dalam bas sejuk gegila.. kalah aircond dalam hotel tau! Sejuknya sampai ke tulang walaupun dah sarung jaket. huhu.. Tiba-tiba rindu dekat keluarga. Haha..

Sayangnya tidur aku tak lena kerana penumpang di sebelah aku banyak bergerak. Haish, memang sakit badan jugaklah aku.. sabarkan hati sebab aku dah image, sampai saja di hotel aku akan top up tidur sepuas-puasnya.. hahaha.. senget kan aku.. :)

Jam 5.05 pagi kami semua selamat sampai di Hentian rehat R&R kedah. aku tak ingat apa nama hentian tersebut. Kami diberi masa sampai pukul 6.30 pagi. Teruja tahapntak boleh nak cito. Gembira dah sampai kedah. Hehe.. Bayangkanlah awal pagi-pagi begini kena sarapan. Terenjat seketika perut aku. Pasai apa! Ini dalam sejarah kali pertama aku sarapan awal begini.. Pukul 5 pagi noii.. Bihun goreng+telur mata lembu+air teh ais menu srapan pagi.. kira punya kira semuanya RM 3.20. See, murah dan ringkaskan makanan sarapan aku. Aku hulurkan duit RM10.00. Tup-tup juruwang dengan loghrat kedah yang pekat bertanya pada aku.. 

"akak ada 2 kupang aih, tanya juruwang"
reaksi aku memang blur habis noii, hehe.. aku jawab balik 2 kupang tu apa dik, kawan sebelah aku tolong jawabkan 2 kupang tu 0.20 sen aisya.. haha.. kalau 0.20 sen tu memang aku adalah.. hehe.. duit syiling dalam wallet aku banyak. muehehe..

Perjalanan diteruikan sehinggalah jam menginjak ke pukul 8.30 pagi. Selamat sampai di Jeti Kuala Perlis-Kuala kedah ( Langkawi ) Yehah!! Gembira+Suka+Teruja semuanya tak boleh digambarkan. Hahaha.. Inilah saat-saat yang aku impikan.. yepeeeee!

Nantikan sambungannya.. tunggu




Wajah-wajah ceria bila dah tiba di Langkawi dengan selamat..