Sabtu, 30 April 2011

suka sangat-sangat

Assalamualaikum..

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w junjungan kekasih Allah s.w.t. dan sahabat-sahabat baginda.
Alhamdulillah minggu nie sya sering mendapat khabar gembira. Tidak kira daripada kawan-kawan, guru-guru mahupun daripada keluarga sendiri.. selepas berhempas pulas dalam peperiksaan PK2 hari itu akhinya pointer peperiksaan sya hari itu naik dengan mendadak berbanding dengan pointer PK1 pada dua bulan lepas.. amin..  sebenarnya sya tak percaya yang pointer sya akan naik sebegitu tetapi apa yang boleh sya katakan di sini sya hanya memberi fokus dalam pengajaran cikgu di dalam kelas. Apa yang dikatakan oleh guru akan sya catat dalam kertas kerana amalan mencatat ini sudah sebati dalam diri sya sejak di sekolah rendah lagi iaitu di waktu darjah 6 lagi. Amalan mencatat sya teruskan hingga sekarang kerana apabila sya mencatat sedikit sebanyak telah mengingatkan sya akan guru sya yang menggalakkan amalan mencatat nie iaitu teacher Hajah Mariamah yang merupakan guru bahasa inggeris semasa sy di darjah 6. Teacher hajah mariamah nie baik dan rapat dengan sya.. hurmm.. tiba-tiba rindu pulak zaman persekolahan di sekolah rendah dan di sekolah menengah kesayangan sya itu.
tentang akan khabar gembira itu apa yang boleh sya kongsikan di sini hanya kenaikan pointer sya itu jea yang lain-lain tak boleh.. hehehe..
Apa-apa pun sya bersyukr ke hadrat Allah keran memberikan sya di atas kejayaan dalam peperiksaan kali ini..  

Khamis, 28 April 2011

perasaan yang direndum pilu dan sepi

Assalamualaikum..

sejak akhir-akhir ini sya sering direndum perasaan pilu dan sepi?? nak tau kenapa?? sya sendiri tak tau akan jawapannya.. kerap juga sya bermimpi akan seseorang kawan saya yang juga merangkap abang angkat sya nie.. sya tak tau akan maksud tersirat disebalik mimpi nie.. apa yang mampu sya katakan ialah diharapkan apa yang sya mimpi nie akan terungkai pada suatu hari nanti.. dan sya tidak terlalu memikirkan sangat akan mainan mimpi sya itu tetapi bila sahaja sya melayari laman sosial sya sering membuka laman sosial kawan sya nie.. entahlah bagaikan ianya perkara wajib dan mesti sya buka untuk melihat gambar nye.. adakah sya dilamun cinta pada kawan sya nie?? ohhh tidak.. ianya tidak boleh terjadi kerana sya masih berpegang dan setia dengan prinsip yang sya amalkan dalam diri sya sendiri.. apakah sya mendapat penyakit rindu?? mungkin betul dan mungkin tidak.. kalau benar pun sya apa salahnye eakh.. hehehe.. dan kaluu tidak pun sya reda dengan takdir yang ditentukan nie.. tetapi yang menjadi persoalannya kenapa mesti dia yang sering menganggu tidur malam sya dan kenapa tidak orang lain.. kadang-kadang sya rimas akan kedatangan dirinya dalam mimpi sya.. mungkin sya syok sendiri kot.. hehe.. memang benar kata-kata orang tua mimpi itu hanyalah mainan tidur jea dan ianya juga merupakan mainan syaitan untuk kita leka seketika dengan mimpi yang dialami kita itu.. apa yang penting sekarang buat sya ialah sya akan tunggu akan maksud yang tesirat dalam mimpi sya nie.. :)

Isnin, 25 April 2011

kelakar sangat-sangat..

Assalamualaikum..

Hari nie sya penat sangat-sangat.. Sepatutnya lepas balik sekolah tadi ada kelas tutorial tetapi dibatalkan pulak dan akhirnya sya dengan kwan-kawan sya pergi lepak dekat perpustakaan sekolah. Kitaorang masuk situ bukannya nak membaca atau study tapi saja jea nak rehat-rehat sekejap.. hehe
Dalam perjalanan hendak tunggu bas, kawn sekelas sya iaitu hafawati (bersama sya di dalam gambar blog) ue ada kata pada sya yang kawan sya nie cemburukan sya gara-gara kerana sya rapat dengan kawan lelaki sya yang hanya dikenali sebagai ridzuan.. kami berdua memang rapat sejak dari kelas lower six lagi.. kawan sya yang hanya dikenali sebagai baby nie lah yang cemburukan sya.. sya pon tak sangka dalam diam dia tak suka sya rapat dengan ridzuan nie. Padahal hubungan sya dengan ridzuan sekarang semakin renggang kerana kami sudah berlainan kelas. Apabila kawan sya ceritakan tentang perasaan cemburu baby ue sya terus gelak besar. Masa ue sya masih di perhentian bas bersama kawan sha untuk mendapatkan bas.. hehehe~ nak tau kenapa sya gelak besar?? sebabnya sya dengan ridzuan ue memang rapat dan kami memang tiada perasaan untuk lebih dalam hubungan ini.. yang keduanya buat apa sya nak cemburukan ridzuan ue sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang ridzuan ue seorang lelaki yang fokus pada matlamatnye.. sedangkan sya apa aje yang ada.. setakat rupa paras yang biasa dan berkulit sawo matang jea.. hehehe.. kalau nak dibandingkan dengan baby ue dia memang comel dan berkulit putih sawo matang.. hehe.. ada ke istilah putih sawo matang dalam bahasa melayu?? hehehe, memandai aje sya nie buat istilah bahasa melayu sendiri.. mentang-mentanglah budak sastera sesuka hati jea nak cipta istilah bahasa melayu sendiri ea.. hahaha..
Berbalik pada kisah cemburu tadi, apa yang diceritakan oleh kawan sya ue memang menarik difikiran sya kerana soal cemburu memang tak pernah wujud dalam diri sya untuk masa terdekat ini dan sya juga hormat akan persahabatan yang terjalin antara kawan-kawan sya yang lain.. Kawan sya yang cerita nie ada beritahu sya yang baby nie memang tak suka dengan cara jawapan yang diberikan oleh sya pada suatu masa dulu iaitu ketika kami bermesej dan dia menganggap segala jawapan yang sya berikan hanyalah semata-mata ingin menyokong sikap ridzuan itu.. selepas sya berfikir maka apa yang dapat disimpulkan ialah kawan sya yang baby ue memang ada perasaan pada ridzuan.. hehehe..
bagi sya kalau nak dicemburukan sangat tentang rapat berkawan ue merupakan perkara biasa aje.. lagi pun buat apa kita nak cemburu sangat.. kata berkawan jadi mestilah sentiasa bersikap profesional dalam berkawan agar kawan yang lain tak berfikir yang bukan-bukan tentang diri kita.. dan bagi pendapat sya perasaan cemburu ue tak perlu ada dalam berkawan kerana ianya akan mendatangkan musibah di suatu masa nanti..

Ahad, 24 April 2011

Ya Allah..

Ya Allah..
Tangan ini tangan-Mu
Kaki ini kaki-Mu
Jasad ini milik-Mu.

Tapi mengapa.
Tergamak aku mengotorinya!
Tergamak aku menodainya!
Tergamak aku mengingkari suruhan-Mu!
Tergamak aku melakukan kemaksiatan!

Ya Rabbi..
Akal ini milik-Mu,
Rasa ini milik-Mu,
Segalanya milik-Mu

Tapi mengapa.
Tegar aku mengkhianati-Mu.
Tegar aku melupai janjiku pada-Mu.
Tegar aku berpaling dari-Mu.
Sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri Ya Rabbi..
Masihkah ada ruang ampunan buatku Ya Tuhan..
Sudikah Kau menerima taubatku..
Aku hamba-Mu yang hina dina.
Sering lupa dan alpa.
Terjatuh kemudian bangkit lalu jatuh semula.
sampai bila ianya akan berakhir.

Ampunkan dosaku Ya Tuhan. Terimalah taubatku Ya Allah.
Sesungguhnya, aku hanyalah hamba-Mu.
Hanya milik-Mu.

ratib cinta

Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

pergilah kekasih


uKulewati pantai ini kekasih
Seperti sebelumnya diri seakan tersisih
Di pantai indah inilah kenangan masih tersisip
Naluri meronta lalu tercuit
Bak ombak menghempas ke persisir 
Pantai dilambung gelora membadai
Dengan rakus angin menyingkir
Sapaan bayu lembut berdesir
Pepohonan meliuk melambailambai
Guruh berdentum juga petir
Kebasahan kuditimpa hujan melanda
Derita di kala dini hari takkan terungkai
Disaat bahagia kauberi kutuba
Lalu kubawa diri merawat nestapa
Di hujung lorongkan tercipta suatu sirna ceria
Sekujur tubuhkau kuusir
Hati kian tipis
Jiwa nan terhakis
Hanya menanti kata-kata bakalan terucap meniti di bibir

selamat tinggal kekasih

Kekasih
Pertamakali perjumpaan
Kuhulur kusambut perkenalan
Kucium kuberi kucupan
Yang tulus dan luhur kuhulurkan
Buatkau, kekasihku harapkan
Semoga selamanya perhubungan
Biar mekar dan segarkan terjalin aman
Badai yang datang tidak terdugakan
Berulangkali kau persiakan harapan
Tercela sungguh perasaan
Aku hanyalah insan
Punya jiwa sering berantakkan
Biarku layangkan
Berkelana membawa derita tanpa haluan
Tanpa berpalingku buat keputusan
Selamat tinggal kekasih yangku cintakan

Khamis, 21 April 2011

kepenatan melandai diri nie..

Minggu nie penat sungguh.. apa tak nye minggu lepas baru sahaja tamat peperiksaan penilaian kurikulum 2 dan minggu nie pulak ada acara latihan sukan tara sekolah aku yang ke-24 tahun.. pergh.. lama jugak sukan tara sekolah aku nie eakh.. hehe.. padahal aku sekolah kat sekolah tu baru aje 1 tahun setengah.. hehe.. apa lah aku nie nmpak benar tak ambil kisah tentang perkembangan sekolah ue.. huhu..
Minggu nie aku ada 2 bahagian dalam sukan tara sekolah aku ue iaitu rejam lembing dan lontar peluru. Kedua-dua acara nie memang aku minat sejak di bangku sekolah lagi.. hehe.. tetapi di dalam kedua-dua bahagian nie aku hanya memenangi pingat gangsa sahaja.. hehehe... untuk pertama kali nye aku dapat pingat dalam acara yang aku ambil tu.. hahaha.. kelakar bebenor..
aku sendiri pon terkejut juga tetapi rezeki menyebelahi aku untuk memenangi kedua-dua pingat itu walaupun hanya pingat gangsa sahaja dan aku bersyukur.. at list ada juga kenangan aku dalam sekolah ini.. kihkih.. maklum lah tahun nie merupakan tahun akhir aku bersekolah sebagai pelajar tingkatan 6.. hehe
Esok, jUMAAT/22.4.2011 adalah hari perdebatan ala parlimen anjuran cikgu hanis azura aku yang merangkap guru pengajian am 2 aku tu.. Walaupun aku mempunyai sedikit pengalaman dalam perdebatan ala parlimen itu tetapi aku masih tidak yakin untuk memperdebatkannya.. padahal dalam hati ini sebenarnya tak sabar nak berdebat dengan rakan sekelas aku itu.. hehehe~

Ahad, 17 April 2011

hujan dan air mata

Airmata.
Mengalirlah lagi.
Luahkan deritamu.
Seperti hujan.
Curahkan segala sengsara.
Biar pergi segala derita.
Moga datang sejuta bahagia.

Keringlah sudah airmata.
Cukuplah hujan mencurah rasa.
Kan ku buang segala
duka.
Agar bahagia bisa bertakhta.

Allahu Allah.
Hari ini mendung.
Hujan turun mencurah.
Hati berlagu hiba.
Langit suram lagi kelam.
Mentari sembunyi entah di mana.

Allahu Allah.
Aturan-Mu terindah.
Hujan bukan selamanya.
Cerah pasti datang.
Suria akan menyinar.
Menyapu segala duka.
Mengusir segala derita.
Mencipta sejuta bahagia.

Saat itu pasti tiba.
Aku kan terus mencari.
Hingga pasti

cerminan diri

Tatkala kudatangi sebuah cermin..
Tampak sesosok yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh,
Sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat..
Tatkala kutatap wajahnya..
Hatiku bertanya,
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya dan bersinar indah di syurga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahanam
Tatkala kutatap matanya,
Nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan..
Menatap Allah,
Menatap Rasulullah,
Menatap kekasih - kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yg terbeliak,
Melotot,
Menganga,
Terburai menatap neraka jahanam..
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata,
Apakah gerangan yang kau tatap selama ini ?
Tatkala kutatap mulutnya,
Apakah mulut ini yg kelak akan mendesah penuh kerinduan...
Mengucap Lailaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput ?
Ataukan menjadi mulut yang menganga
Dengan lidah menjulur,
Dengan lengking jeritan pilu yang akan mencopot sendi-sendi setiap pendengar ?
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah zaqum jahanam..
Yang getir penghangus,
Penghancur setiap usus !
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang ?
Berapa banyak dusta yang telah engkau ucapkan ?
Berapa banyak hati yang remuk dgn pisau kata - katamu yg menggiris tajam ?
Berapa banyak kata - kata manis semanis madu yg palsu engkau ucapkan utk menipu ?
Betapa jarang engkau jujur
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu

Bersabarlah wahai insan yang sedang menderita

Buat sahabat yang sedang diuji..
Bersabarlah..
Bukan Tuhan tidak tahu resah gelisah, luka duka, hancur luluh, perit pedih yang sedang engkau tanggungi.
Bukan Tuhan tidak tahu kesengsaraan yang terpaksa engkau galasi.
Bukan Tuhan tidak tahu kesedihan di dalam dadamu..
Bukan Tuhan tidak tahu betapa banyaknya airmata yang mengalir dipipimu.

Sesungguhnya Dia lebih mengetahui dan Maha Mengetahui.
Bersabarlah..
Percayalah dan yakinilah..
Dia ada rahsia-Nya yang tersendiri.
Dia ada perancangan-Nya yang tertentu.
Kita cuma hamba.
Semoga dengan ujian dan dugaan ini..
Menambahkan lagi rasa kasih dan kecintaan kita kepada-Nya..
Buat semua sahabat yang sedang diuji..
Bersabarlah kerana bersabar adalah kunci ketabahan untuk kita..

Khamis, 7 April 2011

Bulan peperiksaan..

Assalamualaikum..

Minggu nie aku penat sangat-sangat.. dah tu pula aku nie sering aje mengantuk..
rasa mengantuk itu jangan cakaplah.. tak kira di dalam kelas ke.. waktu belajar ke.. dan kadang-kadang waktu nak menjawab periksa pun aku boleh mengantok.. haaasiiiihhhh..
Apalah aku nie kan benda-benda macam nie pun nak ceciter kat blog nie kan.. hehe~

Hari selasa/05.04.2011
adalah hari aku mengambil peperiksaan MUET iaitu test speaking..
hari itu aku berasa gemuruh sangat-sangat.. tak pernah dalam sejarah hidup aku lagi yang aku nie gemuruh dan takut sangat-sangat.. tetapi pada hari itu maka terbuktilah akan ketakutan dan kegemuruhan diri aku itu.. perasaan takut dan gemuruh aku memang tak boleh digambarkan.. sehinggakan tiba giliran aku untuk berdebat dengan calon-calon muet aku itu, tiba-tiba sahaja mulut aku nie bagaikan  rapat berkunci.. padahal banyak benar yang ingin aku perdebatkan.. Selepas tamat sahaja test speaking itu kawan-kawanku yang juga calon-calon debat aku itu seakan-akan faham akan perasaan gemuruh aku pada ketika itu.. huhuhu~ kesian betul aku kan..   
Kalau nak diikutkan memang aku ingin berdebat bersama meraka tetapi apakan daya kekuataanku untuk berdebat bersama mereka hanya disitu sahaja..
apalah nasib aku pada hari itu.. rasa macam nak menangis sepuas-puasnya sahaja tetapi aku masih berpulang untuk menebusnya lagi iaitu aku masih ada test reading, writing dan listenig pada hari sabtu/ 16.04.2011 ini.. Harap-harap aku dapat membuat ujian muet itu dengan senang dan mudah.. amin..

minggu depan aku tidak ada kelas tutorial..
waaaaaa~ bestnye tak terkata.. hehehe~  aku bukannya ape sesekali aje tak da kelas tutorial rasa macam nayaman sangat-sangat.. bahkan beban penat yang aku tanggung berkurangan sedikit tetapi walaupun kelas tutorial tak ada, latihan tutorial tetap berjalan.. huhu..
demi ilmu pengentahuan walau sepenat macam mana pun aku tetap menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan padaku itu.. bagiku itu adalah amanah padaku di alam persekolahan nie..

Minggu depan dari tarikh 12-14.04.2011 aku ada peperiksaan penilaian kurikulum 2..
banyak bebenor aku nak membaca dan menghafalnya.. apatah lagi dengan subjek-subjek yang aku lemah untuk menguasainya iaitu pengajian perniagaan 1 dan bahasa melayu STPM.. harapharaplah aku dapat kuasai dua-dua subjek nie dengan secepat mungkin kerana lgi berapa hari, bulan, masa dan saat untuk aku menjalani pepriksaan stpm..

Insyaallah akan aku buat yang terbi untuk peperiksaan kedua kau nie..
i know i can do it!!!!!!!!!
chaiyok! chaiyok! chaiyok!..
don't give up..