Isnin, 13 Februari 2012

merelakan

Assalamualaikum.


selamat petang aku ucapkan kepada kalian semua. 
petang-petang sebegini kalau dapat makan jemput-jemput ikan bilis mesti sedap..
 nyuumm..nyumm.. terliur air liur aku.. hehehe..


mengapalah entri aku hari ini nampak macam sedih aje. sesekali melihat ada gaya macam orang yang sedang "frust".. huhu. ''frust '' ke tak ''frust'' itu lain cerita ek ? kuikui.. 
buat masa sekarang aku ada tugas yang perlu dilaksanakan. tugas yang amat sukar. pada masa yang sama ianya turut melibatkan hati aku. 


Hatiku.. hatimu..
Menjadi satu cinta..
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku...
Tapi cinta bukan milik kita...
Semua harus berakhir..



haaaaaaa.. kan sudah keluar lirik lagu kisah hati nyanyian alyah.. hehehe.. :)
apa kaitannya lirik lagu kisah hati dengan entri aku hari nie ? pelik sungguh..
kaitannya begitu mudah kerana aku terlalu suka dengan lirik lagu ini. hebat sungguh penulis lirik lagu ini. sehinggakan sanggup menggunakan nama samaran iaitu manusia putih. okaylah kita tinggalkan sebentar akan lirik lagu kisah hati itu. kembali semula dengan entri yang aku buat sekarang. 


hurm~ kini baru aku sedar bahawa jejaka yang aku minati itu kini sudah dimiliki. huhu.. *sedih tau!*.  rasa macam nak sorok kat dalam almari sahaja bila aku tahu yang dia sudah berpunya. *macam budak-budak jer*. merelakan ? yup, aku nak habaq yang sejujurnya aku merelakan kau a.k.a jejaka pergi jauh dalam diriku.. aku nak buang jauh-jauh perasaan "minat" aku terhadap kau.. jauh sangat-sangat boleh tak ??
 kalau boleh biarkan ianya menjadi abu. huhu...




pesanan cinta kasih 1: mahu belajar melupakan orang yang aku minati itu..
pesanan cinta kasih 2: tidak mahu memikirkan terus akan dia
pesanan cinta kasih 3: mahu belajar untuk terima hakikat..
pesanan cinta kasih 4:  umur belum cukup untuk memikirkan hal kawen-mawen nie.. :P  
 *kalau di lihat secara logik memang sudah boleh kawen pun.. hihi*
pesanan cinta kasih 5: saya nie terlalu suka berahsia dan suka memendam







sesedih dan berduka macam mana sekali pun..
cuba-cubalah untuk senyum..
hanya dengan sebuah senyuman yang terukir manis di bibir kita..
 kadang-kadang ianya boleh mengembalikan semagat yang hilang untuk kembali pulih segera..