Ahad, 10 Februari 2013

Dia selalu ada untukku

Assalamualaikum semua. Salam ahad dan selamat tahun baru cina aku ucapkan.

Alhamdulillah kerana Allah memberikan aku kesempatan untuk menulis pada ketika ini. Suasana yang agak bosan jugak bila mana tidak dapat keluar jalan-jalan bersama kawan di hujung minggu begini. Hujan memanjang membuatkan aku terperuk dekat rumah sambil melangut depan komputer tersayang. huhu~

Alhamdulillah kerana kini sudah mengenjah ke bulan februari yang juga merupakan sudah dua bulan kita memasuki ke tahun 2013 ini. Azam aku tak banyak untuk tahun ni kerana aku ingin menyambung azam aku pada tahun lepas yang belum di capai lagi. Oppss!! bukan ke selalunya soal azam-azam ni akan di perkatakan di awal tahu sahaja ? ada aku kisah ? bagi aku hari-hari kita perlu ada azam. tidak kiralah ianya besar atau kecil. asalkan ianya boleh memberi motivasi atau muhasabah pada diri kita pada ketika itu.

Tahun ni aku cuba untuk menjadi seorang insan yang segagah mungkin. Cuba untuk belajar melupakan sesuatu yang boleh membuatkan aku menangis hiba. Lelah bila melihat aku menangis hiba. Penat bila tiba-tiba teringatkan kenangan lalu hinggakan urusan diri sendiri di pinggirkan tanpa sedar. Buntu bila ianya berubah dengan pantas. Tetapi siapalah aku untuk mengeluh dan mengeluh dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuk aku itu. Hanya doa, zikir, dan sewaktu dengannya yang mampu memberikan ketenangan di hati aku ini. Keadaan sekeliling memaksa aku untuk lebih mementingkan diri sendiri.  Allahu akhbar! berat untuk aku ungkapkan perkataan mementingkan diri sendiri itu. Kerana sifat itu memang tak ada dalam kamus hidaup aku. Maafkan aku kerana terpaksa mengambil langkah untuk mementingkan diri sendiri. Wahai hati, aku berdoa agar suatu hati nanti akan ada sesuatu yang membolehkan kamu rasa gembira selalu. Insyaallah.:)



Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya
surah al-baqarah :- ayat 286  )