Sabtu, 12 November 2011

hai-hai

Assalamualaikum semua..
harap korang sihat-sihat sentiasa..


tinggal lagi seminggu aje tarikh yang ditunggu-tunggu.. jantung aku pun semakin berdebar-debar dan makin kencang degupannya.. adussshhhhhh... takut tahap apakah ini ? huhu.... 
tarikh 14 november 2011 merupakan tarikh penting untuk adik bongsu aku. nak tau kenapa ? kerana tarikh itu dia akan menduduki peperiksaan SPM. fuhhhhhhhhh~ adik aku yang nak duduki peperiksaan spm aku yang gelisah semacam.. ada rupa macam kak limah pun ada juga aku nie.. hehee.. melawok jap :P


minggu nie juga merupakan minggu terakhir untuk aku study smart.. haisssssshhhhhhh aku rasa seram bebenor... dulu-dulu masa duduki peperiksaan spm perasaan itu sering juga menganggu aku tetapi perasaan itu makin galak menakutkan aku.. entah kenapa aku rasa sebegitu pun aku tak pasti... huhu... harap jihad yang akan ku tempuhi itu akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t amin..


p/s: doakan kejayaan aku tau! 


ok bye
>.<


Rabu, 9 November 2011




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku







Ahad, 6 November 2011

Sepi tak bertepi..

Assalamualikum..


selamat hari raya aidil adha untuk umat islam..
mood aku pagi nie terasa nak menulis putis pula.. hehe
 entah angin apa pun aku tak tau.. sudah lama sebenarnya aku tak menulis puitis bagai..
oklah tanpa membuang masa jom layan puiti aku yang tak seberapa nie.. 
dengarkanlah.....


Sepi tak bertepi..
aku kini bagai angin yang berlalu sepi..
aku jua bagai ombak yang ganas di lautan deras..
malahan aku jua bagai layang-layang yang berterbangan laju di awan sana..


Sepi tak bertepi..
sungguh luluh hatiku bila persengketaan di antara kita berlaku..
begitu sukar untuk menerima ujian yang diberikan oleh diri-NYA itu..
kini aku cuba mengagahkan diriku agar aku kuat menghadapi semua itu..


Sepi tak bertepi..
aku lalui hari-hari yang mendatang dengan perasaan yang berkecamuk..
perasaan yang sukar untuk digambarkan dan dikongsi bersama..
perasaan yang  boleh membunuh aku dalam diam..


Sepi tak bertepi..
ku singkap satu persatu kenangan yang ligat bermain di mata hatiku itu..
sungguh!!!!!!!!!!
sungguh aku tak sanggup untuk mengenangkan semua itu..
semua itu kerna aku tak kuat untuk terus mengenangkannya..


Sepi tak bertepi..
aku berharap ada sinar yang akan menyinari diriku kelak..
sinar yang membawa beribu erti dalam kisah hidupku agar aku dapat melaluinya tanpa sepi di hati..











Khamis, 3 November 2011

no idea !!

Assalamualaikum..


aku nak ucapkan terima kasih kat korang semua yang sudi membaca blog aku yang entah apa-apa merepek nie, hehe.. terima kasih juga yang sudi men ''follow'' blog aku yang tak seberapa nie.. =) kalau korang rasa blog aku nie best, korang folllow ler,, hehehe


sorry ea hari nie aku tak tau nak taip tajuk apa untuk entri kali nie.. lagi pun aku tak berapa sihat sejak kebelakangan nie.. Allah sedang uji kesihatan aku ketika nie.. dan insyaAllah semuanya akan beransur pulih.. doakan aku tau!! 


Dua minggu lagi peperiksaan besar yang juga bermakna dalam hidup aku akan bermula. aku takut sebenarnya.. yup!!!!!! aku takut kerana aku rasa aku tak mampu nak menjawab kesemua kertas peperiksaan itu nanti.. walaupun fizikal dan mental aku sudah bersedia tetapi entah mengapa aku rasa takut yang teramat sangat.. semoga Allah permudahkan aku dalam menjawab kesemua kertas peperiksaan itu dengan tenang.. amin.  



kepada adik-adik yang bakal menduduki spm , selamat menjawab dan semoga berjaya dengan cemerlang.





jom layannn..
harap korang suka  dengan video nie
:)