Khamis, 29 September 2011

cuba untuk menerima kenyataan..

Assalamualikum.. 
apa khabar semua.. harap-harap korang semua sihat-sihat hendaknya..
wow.. agak lama juga aku tak buat entri di blog aku nie..
maaflah.. bulan nie aku agak sibuk sedikit.. al maklumlah da nama pun pelajar, mestilah sibuk memanjang dengan buku-buku dan tugasan sekolah.. alhamdulillah akhirnya selamat juga aku menjawab peperiksaan percubaan stpm yang berlangsung selama 2 minggu lebih nie.. walaupun soalan yang dikeluarkan oleh PPD agak susah aku cuba menjawab dengan sebaik mungkin..


ok, berbalik kepada tajuk utama aku cuba untuk menerima kenyataan apa yang sedang atau bakal berlaku di sekeliling aku.. dan yang penting sekali aku cuba menerima apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka dan tenang.. InsyaAllah.. korang pun doakan jua untuk aku ea.. =)
hati aku nie sebenarnya tak sekuat mana pun.. mungkin aku sama macam korang jua tetapi aku pelik kenapa orang suka mengatakan aku nie seorang yang kuat.. kekuatan yang ada pada aku itu aku cuba sedaya upaya untuk membantu kawan-kawan yang amat kusayangi itu. sayang mereka terhadap diriku tidak mampu diungkapkan.. :B
InsyaAllah dengan kekuatan yang Allah berikan pada aku itu akan aku cuba untuk menerima kenyataan yang diuji olehNya itu.. insyaAllah