Jumaat, 31 Mei 2013

Jawapan itu ada padaMu

Assalamualaikum w.b.t.

Salam jumaat aku ucapkan kepada orang yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa ni. Sebenarnya aku tak ada benda dan idea yang mahu di ceritaka di sini cuma entah kenapa aku rasa macam terpanggil untuk menaip dan melanggut depan komputer aku ni.

 dalam sedar tanpa sedar aku seringkali berasa gelisah dan hampa. aku tiada jawapan yang tepat kepada dua persoalan tersebut. hati dan minda aku juga kadangkala bagai tidak mampu mencerna dan berfikir dengan seadilnya. mudah cerita tak mampu nak dihadam. nak kata aku berangan macam tiada sebab kukuh untuk aku berangan. takkan kot aku berangan nak naik pelamin kot.. hehehe.. gurau haa~. hati pula rasa kosong.. * dah macam lagu najwa latif~ kosong.. kosong.. kosong.. hehe * rasa sunyi usah katakanlah.. memang sunyi walaupun orang yang aku sayang dan rindu ada jelas di di sampingku. 


pelik.. pelik.. pelik.. 


perkara ini sering kali membolak-balikkan perasaan aku yang gemar sangat gelisah.. bila persoalan itu datang hati aku jadi lagi bertambah gelisah semacam. bukannya aku tak berdoa dan melakukan sewaktu dengannya. tetapi entahlah.. bukan mahu menolak takdir yang sudah Dia tetapkan itu cuma kadangkala aku mengeluh nipis aje. 

Ya Allah, seringkali aku berdoa dan merintih di dalam doaku..
membuak-buak doa-doa yang aku lantunkan kepadaMu hinggakan tanpa sedar lama aku duduk bersimpuh di tikar sejadah itu..
Ya Allah, Kau cicipkalah kekuatan dan ketabahan untuk aku, agar aku reda dan ikhlas akan apa yang bakal dan telah Engkau berikan kepadaku..
berikan jua nikmat ketenangan di dalam hatiku..
biaskan jua nikmat senyuman di wajahku agar aku sentiasa belajar bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan untukku..
Ya Allah, jika benarlah hatiku ini rasa kosong dan kesunyian, aku bermohon agar Engkau pandukanlah hatiku ini agar tetap berada di jalanMu..
bantulah aku dalam melengkapi kekosongan dan kesunyian yang melanda hatiku itu..
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengatahui akan apa yang terbaik untuk hambaMu ini..