Khamis, 22 Oktober 2015

Sakit itu bukan untuk selamanya

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berkunjung ke blog yang kian sepi ini..
Sepi seperti hati sang pemilik blog ini, insyaallah akan diterangi dengan cahaya-cahaya cinta kepadaNya yang memiliki hati ini.. segalanya atas izinNya..

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagiNya yang memberikan kesihatan yang sihat serta kudrat untuk berkongsi rasa di ruangan blog usang ini.. satu kenikmatan yang tidak mampu untuk diluahkan kerana mempunyai sedikit masa dan tenaga untuk menconteng kata di ruangan ini.. moga-moga apa yang dikongsikan ada terselit manfaat untuk kita.. insyaallah

Bibir mudah untuk mengungkapkan kata-kata dek kerana lidah yang terlalu tajam.. kerana kata-kata hati merasa tersentap hingga adakalanya sukar untuk menghadam kata-kata yang didengari. Lebih padah jika seseorang itu jenis hatinya yang mudah terasa atau sensitif. Allahu, kerana kata-kata juga boleh membawa kepada pertelingkahan sesama kita sama ada kita menyedarinya mahupun tidak..

Malah aku juga tidak terkecuali diuji dengan kata-kata.
Perasaan itu tidak mudah untuk dipadamkan. Ambil masa yang lama untuk merawat kembali hati yang sakit itu. Bukan sakit kerana dikhianati cinta.. ( tidak terfikir untuk bercinta pada masa kini, huhu ) tetapi sakit kerana sebuah kata-kata. Sehinggakan di satu tahap aku bukan menjadi diriku yang sekarang. Segalanya bercampur aduk menjadi satu di dalam hati. Adakalanya akal tidak mampu berfikir secara waras kerana kata-kata yang seringkali berputar sejenak diruangan minda. hurm, ibaratkan seperti kekerapan lagu yang sama kita mendengar jika memasang 'earphone' di telinga dan aku gemar mendengar lagu mewangi oleh penyanyi Akim & The Majistret, hehe.. nak juga aku selitkan yae dok ? 

Kesakitan itu aku rawat dengan kesibukan bekerja, berzikir dan dekatkan diri padaNya.. adakalanya tidak terdaya mendengar kata-kata yang didengari. Bohong jika aku katakan tiada air mata yang menemaniku. Hampir setiap doa dan sujudku, air mata deras mengalir tanpa henti. Allah itu Maha Besar lagi Maha Penyayang. Sedikit sahaja Dia memberi ujian padaku jika dibandingkan dengan ujian yang Dia berikan kepada umat terdahulu. Aku ? Allahu, alhamdulillah kekuataan yang Dia pinjamkan kepadaku telah membawa aku kepada hati yang baharu bersama beberapa matlamat yang mahu aku jayakan. Insyaallah. Aku berdoa agar umur yang akan mendatang lagi 2 bulan dari sekarang ini mampu aku tunaikan walaupun sukar. Semoga Allah permudahkan niat dan urusanku, ameen.

Sakit itu bukan untuk selamanya.. di sebalik ujian kecil itu mungkin Allah mahu mengangkat darjat kita tanpa kita ketahui.. Boleh jadi juga itu sebagai tanda kasihNya yang mahu aku sebagai hambanya untuk lebih dekat dan dekat padaNya. Allahu, kenikmatan bila bersamaNya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun. Kenapa aku kata begitu? kerana nikmat cinta antara manusia jika dibandingkan dengan cinta PenciptaNya jauh berbeza dan kerana itu aku memilih untuk mencari cintaNya yang menjanjikan kedamaian serta ketenangan di dalam jiwa. CintaNya adalah cinta yang abadi yang juga penuh dengan keasyikan jika diselami hingga ke dasarnya.. Subahanallah.

Disebalik rasa sakit itu ada penawar.. dan penawar itu mempunyai jawapan di sebalik hati. Muhasabah diri, letak tangan di dada yang dimana jantung itu berdegup dan ketahuilah kita akan ketahui jawapannya. 

Jangan merasakan sakit yang dialami tidak kiralah dari sudut apapun sebagai penghalang untuk kita bangkit melangkah hari yang baharu. Ukirlah senyuman, pasang niat dalam hati dan berdoa. semoga tabah melalui dunia yang fana ini.



Sakit itu bukan untuk selamanya..