Rabu, 13 Julai 2016

Aku & Lagu

Assalamualaikum w.b.t

Agak-agaknya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat warga pengunjung yang sudi singgah lepak depan Pc sambil membaca karya di blog usang ini. 



Selamanya..
adalah cintaku kepada dirimu
mencintaimu seumur hidupku 
hanyalah padamu..

Waktu, dengarkanlah..
selalu dekatkanku dengannya
hingga ku menutup mata
satukanlah hati...

#Mewangi by Akim & the majistret#




versi instrument mewangi..
Haish, berganda-ganda rasa cinta dengan lagu ni..
fall in love babeh 😍😍😍😍😘😘😚😙

Lagu ini tidak pernah aku jemu untuk mendengarnya berulang kali. Kerana aku merasakan lagu ini dekat dengan jiwaku. Lirik lagunya sangat puitis sehalus sutera bila menghayati secara halus dan sepi. Tiap-tiap liriknya indah berirama membawa makna kata yang tersendiri. 

Entah kali yang ke berapa kalinya aku mendengar lagu ini.. ianya tetap indah dipendengaranku.. Walaupun lagu ini sudah hampir ke 2 tahun atau mungkin lebih dari itu ,sejak ianya popular di corong2 radio. Bagiku aku lagi ini seperti baru "hangat" di telingaku. Hurm, padahal banyak pilihan lagu yang boleh aku mendengarnya secara kerap akan tetapi lagu Mewangi ini tetap menjadi pilihan untuk aku mendengarnya hinggakan aku tegar untuk membuat "ringtone call ". Bila sahaja mendengar lagu ini, automatik hati aku jadi tenang. wow! 😉😉😉😄 bagaikan satu terapi untuk aku babe. Aku lebalkan lagu ini sebagai lagu berhantu.. muehehe 😂😂

Lebih indah lagi jika bakal imamku menyanyikan khas lagu ini bersama petikan gitar hanya buatku.. ahaha 😂😁

boleh tak nak request begitu?  hehe 😟😟
besaq nya angan-angau kau wahai cik sya.. huhu 😕😕


Tinta kasih,

Cik sya comot
10.06 mlm