Khamis, 18 Oktober 2012

Bangkitlah

Jika mendung di kaitkan dengan hujan,
Jika indahnya pelangi itu di kaitkan dengan warna-warna pelangi,
Jika menjerit mampu melepaskan amarah yang terbuku,
Jika ketawa di kaitkan rasa bahagia,
Jika kenangan di kaitkan dengan sebuah perjalanan hidup,


Adakah masih adanya sinar di sebalik mendung dan hujan itu,
Adakah masih adanya indah di sebalik warna-warna pelangi itu,
Adakah masih adanya sinar di sebalik perasaan amarah yang terbuku itu,
Adakah masih adanya ketawa di sebalik rasa bahagia itu,
Dan adakah masih adanya kenangan di dalam sebuah perjalanan hidup itu,


kalau kerana terluka engkau menangis,
jangan sesekali lupa menyeka air mata yang mengalir itu,
kalau kerana engkau jatuh tersungkur, 
jangan sesekali untuk bangun sendiri,
kalau bahumu rebeh sebelum tiba masanya,
jangan sesekali lupa mengurutnya perlahan untuk membetulkannya semula,
kalau amarahmu menguasai diri,
jangan sesekali lupa meredakannya dengan basahan air wudhu serta zikir,