Selasa, 10 April 2012

ikhlas ku ucapkan..

Assalamualaikum w.b.t


terima kasih aku ucapkan kepada jejaka S yang pernah aku kongsi serba sedikit di dalam blog aku dahulu. kedengarannya mungkin nampak pelik tetapi aku sendiri tak tahu mengapa dan sebab apa yang membuatkan aku untuk mengucapkan dua patah perkataan ini hanya untuk dirinya. adakah kerana dia sudah berpunya ? ohh!!! tidak sama sekali. malah aku gembira dengan perkhabaran itu kerana dia sudah menemui insan yang benar-benar memahami dirinya itu. aku juga sentiasa berdoa agar beliau dapat menemui jodoh yang sesuai untuknya. 


kepada jejaka S aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi meminjamkan pendengaraanmu kepada aku pada suatu ketika dahulu iaitu di mana aku hampir tewas dengan perasaan sedih yang pernah aku lalui dahulu. terima kasih kerana sudi menaikkan semula semangat untuk aku terus hidup. walaupun pada hakikatnya ketika itu aku hampir-hampir lemas dan lemah. terima kasih juga kerna tidak berasa jemu melayan kerenahku yang suka bertanya. terima kasih kerana ikhlas berkawan dengan aku. terima kasih kerana sudi memberi kata kata semangat dan nasihat agar aku dapat melalui kehidupanku ini dengan sebaik mungkin. Insya Allah. 





jujur aku katakan bahawa perkenalan singkat yang tidak di sengajakan di laman sosial membuatkan aku berasa bersyukur ke hadrat Illahi di atas perkenalan singkat itu. aku bersyukur kerana di pertemukan dengan seorang teman seperti dirimu. pada masa yang sama juga aku tabik dan hormat akan keperibadian dirimu itu. walaupun sesekali kau ada mempersoalkan mengapa aku tidak membahasakan dirimu "abang". aku hanya mampu tersenyum. tersenyum kerana aku tidak mampu untuk berkongsi jawapan di atas persoalanmu itu. aku ada sebab-sebab tertentu untuk tidak menjawab persoalamu itu. malahan kau hormat dengan pendirianku tanpa terus mempersoalkannya lagi. terima kasih kepada jejaka S kerana dapat memahami diriku. kepada jejaka S, terima kasih ku ucapkan kerana ikhlas berkawan denganku. 


harapan aku agar dirimu akan menemuai kebahagian yang dirimu tercari cari selama ini dan semoga dirimu berada di bawah lindungan rahmat daripada Allah s.w.t.





begitu juga dengan diriku..
segalnya ku serahkan di tangan tuhan yang mengetahui akan apa yang terbaik untuk diriku..
amin.