Rabu, 14 Disember 2011

alhamdulillah.. berakhir sudah zaman persekolahan aku

Assalamualaikum..


kabare semua..
huihuihui......  gembira sakan aku sekarang.. hahaha.. nak tau kenapa ? ce teka ce teka.. hahaha... alhamdulillah akhirnya berakhir sudah tempoh pengajian aku di peringkat STPM nie.. hari nie juga merupakan kertas peperiksaan yang terakhir.. syukur sangat-sangat kerana dapat melalui peperiksaan dan pembelajaran di tingkatan 6 dengan selamat . lepas nie mesti aku rindu gila-gila kat kawan-kawan baik . (ayat tak macam poyo jer, hehe ). banyak juga kenangan yang ada kat sekolah itu..  yang pentingnya orang seperti aku agak sukar untuk melupakan sesuatu.. misalnya seperti zaman persekolahan aku.. hehehhee.. akan aku simpan setiap masa dan saat yang telah dijadikan sebagai kenangan itu tersimpan rapi dalam memoriku.. (ayat jiwang jer lebih,hihihi )


kadang-kadang macam tak percaya yang aku kini sudah "freedom". yup, memang aku da "freedom".. hahaha.. bagaikan dalam khayalan sahaja...  lagi 2 minggu lebih akan berakhirnya tahun 2011. waaaaaaaaaaaa............... tahun 2012 bakal menanti tiba.. sedar tak sedar umur pun makin meningkat.. huhu.. rasa macam sedih pulak.. aku rasa macam tu sebab tak puas dengan alam remaja aku yang berumur belasan tahun itu..  :(
nak sedihh pun tak bagus juga kan ? hehehe..
jadi apalagi enjoy sudah !!!! hehehe..
enjoy cara sendiri.. tak perlu nak melampau sangat enjoynya... kihkih




Selasa, 13 Disember 2011

P.E.S.A.N

Assalamualaikum..


 kita selalu dengar orang terdekat tidak kira jauh atau dekat selalu akan meningglkan pesanan atau boleh juga di kategorikan sebagai nasihat. agaknya telinga kadang-kadang rasa muak apabila mendengar pesanan yang ditinggalkan pada kita itu. huhu.. oklah, berbalik pada tajuk semula aku rasa macam ada sesuatu yang aku nak kongsikan pada korang iaitu pesan.. bunyi tajuk entri aku kali nie macam tak logik dek akal kan ? hehehehe.. mungkin korang macam da bosan aje membaca hasil tulisan aku kan.. tak apalah.. aku tak marah kalau itu yang korang anggap yang penting bagi aku setiap apa yang di tulis dan di baca itu juga merupakan sebuah ilmu. ilmu yang baru yang agaknya boleh di kongsi bersama-sama. 


kat sini aku ada beberapa senarai untuk PESAN pada diri aku..

  •     aku nak pesan pada hati aku yang kini aku sudah berinjak ke usia umur yang baru
  •     aku nak pesan pada hati aku yang aku nak menjadi seorang insan yang kuat dan tabah
  •     aku juga nak pesan pada hati aku yang aku sayang gila dengan keluarga tercinta aku
  •     aku juga nak pesan yang aku sayang akan diri aku sendiri
  •    aku juga nak pesan yang aku nie seorang wanita ( mesti mempertahankan maruah diri dan keluarga )
  •   aku juga nak pesan pada hati yang aku mesti berjaya untuk memberikan kegembiraan kepada     keluarga tercintaku
  • aku juga suka nak pesan pada hati aku yang aku suka dengan anugerah yang Allah berikan padaku
  •  malah, aku juga suka nak pesan pada hati bahawa lebih baik menyayangi diri sendiri sebelum kita menyayangi seseorang
  • seterusnya, aku juga nak pesan pada hati yang sesebuah rasa yang Allah berikan pada kita adalah besar nikmatnya.





comel tak ? gambar ini aku saja  letak kat ruangan nie 
untuk tatapan mata aje..
hehehe

Selasa, 6 Disember 2011

berusaha untuk mengejar sesuatu yang hilang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada korang semua.


agak lama juga aku tak berblogging.. hehehe.. rasa rindu pulak.. huhu =(
tajuk entri aku kali nie macam lain sedikit kan ? tak gitu.. hehehe..
mesti korang tertanya-tanya apakah benda yang membuatkan aku berusaha untuk mengejar sesuatu yang hilang itu kan ? rahsiaaaaaaaaaaaaa.. hehehe...
sesuatu yang begitu dan begitu bermakna dalam diri aku sendiri.. moga-moga apa yang aku kejar itu akan mendapat jawapannya kelak.. amin..



gambar nie tiada kaitan dengan apa yang aku ingin kejar itu..
hehehehe..



selamat bercuti semua.