Ahad, 1 Mei 2011

best kah menghadiri majlis kahwin..

Assalamualaikum

Diharapkan di pagi ahad nie membawa khabar yang gembira kepada anda-anda semua..
Apa ea nak cerita kat sini.. hehehe~  
apa-apa pon kita berbalik pada tajuk sebenarnye iaitu best kah menghadiri majis kahwin.. huhu
sebenarnya memang seronok pon menghadiri majlis kahwin nie. salah satunya kita dapat mengeratkan lagi hubungan siratulrahim. antara nye lagi  dapat kukuhkan hubungan kekelurgaan dengan acara bergotong-royong untk majlis tersebut.. di sebalik kebaikan dalam menghadiri malis tersebut ada juga keburukannya iaitu hubungan lelaki dan perempuan tidak mengikut batasan yang ditetapkan dalam islam.. pergaulan nie kadang-kadang di ambil enteng oleh sesetengan masyarakat kita pada hari nie tetap ibu bapa juga harus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap anak-anak mereka.. apa-apa pon ianya terletak pada cara pemikiran anak-anak itu sendiri di mana mereka sudah boleh berfikir secara waras dalam adat pergaulan sesama mereka itu.. yang pastinya ibu bapa perlu juga sesekali melihat dan memantau dengan siapakan yang digaul oleh anak-anak mereka ketika di majlis perkahwinan yang dihadiri tersebut.
Dalam kisah sya sendiri sya tidak gemar menghadiri majlis perkahwinan nie kerana keadaan ketika itu sudah semestinya ramai orang dan sesak kan?? hehehe.. tetapi korang semua jangan salah anggap akan apa yang sya katakan itu. Ini kerana sya tidak suka berada di dalam keadaan yang sesak dan ramai orang. Sebenarnya sya nie jenis orang yang cepat rimas dan tidak selesa .. hehehe~
sewaktu sya kecik-kecik dulu sya sering mengingkuti arwah ibu sya ke majlis perkahwinan. Pada ketika itu sya berumur 9 hingga 11 tahun. apabila arwah ibu mengajak sya untuk menghadiri sesebuah majlis perkahwinan perasaan sya memang suka gila. maklumlah waktu itu belum baligh lagi.. hehee~ tetapi sekarang bila umur meningkat remaja sya makin tidak gemar untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dan perasaan malu akan menjadi tebal bila menghadiri majlis tersebut kerana terlalu ramai sangat orang yang suka melihat muka orang termasuklah sya juga.. hihi~
Kebetulan pula hari nie di kawasan perumahan yang sya duduki nie ada majlis perkahwinan pulak dan seperti biasa abah sya akan pergi sebab jiran yang membuat majlis perkahwinan nie boleh dikatakan rapat juga dengan arwah ibu dan keluarga sya.. kesian pula sya tengok abah saya yang sekarang dah bergelar duda.. seperti kebiasaannya di mana sahaja abah sya akan pergi termasuklah di majlis perkahwinan abah akan sentiasa ditemanai oleh arwah ibu dan sekarang arwah ibu dah tak ada dan sya yang rapat dengan abah yang selalu diajak temaninya.. tetapi sya menolak sekeras-kerasnya akan perlawaan abah untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut dan tempat itu sudah semestinya digantikan dengan adik sya yang bongsu yang sememang tau akan sikap sya yang itu. Sya bersyukur kerana adik sya yang bongsu tidak kisah dengan sikap sya yang satu nie.. hihi~
kadang-kadang sya terfikir juga sampai bila sya harus mengelak untuk menghadiri majlis perkahwinan nie sedangkan perkara itu sudah terang lagi bersuluh yang sya akan termpuhinya juga.. hehehe
sya juga berharap agar sikap sya yang tidak gemar untuk menghadiri majlis perkahwinan ini akan terhakis sedikit demi sedikit.. insyaallah