Khamis, 9 Februari 2012

pekerjaan baru..

Assalamualaikum.


hari ini genap seminggu aku duduk di rumah atau dalam erti kata lain ialah menganggur a.k.a tanam anggur bak kata budak-budak sekarang. hehehe. hari pertama duduk di rumah memang seronok. seronok sebab sudah tidak bekerja lagi. tetapi di dalam keseronokan yang aku alami tidak lama kerana di sebalik keseronokan itu  tersimpannya sebuah perasaan bosan. huhu  perasaan itulah yang aku paling benci. entah mengapa aku benci dengan perasaan begitu. :)




korang nampak tak tajuk entri aku itu. terkejut tak.. terkejut tak.. mestilah tak terkejut.. huhu.. mungkin kerana korang sudah biasa mendengarnya kan ? hehe.. terbaik kan.. *pinjam tagline boboiboy* hehehe. memang terbaik pun. :(




terbaik atau tidak itu belakang kira yang penting itulah pekerjaan aku sekarang. pekerjaan yang di mana tanpa sedar aku mudah untuk mendapatkan ganjaran pahala. asalkan dengan niat yang betul dan ikhlas. perkerjaan aku sebagai suri rumah tak bergaji memang memenatkan. penat tau.. =.=  *buat muka sedeyh sikit*. mahu tak penatnya hampir keseluruhan kerja aku kena buat. bangun pagi terus mengemas rumah, basuh baju, kemas bilik, memasak dan sebagainya. *tak sempat nak gosok gigi tau, huhu* eiiiiii mengotornya saya.. uhukzhukz.. tak apa lagipun kat rumah je kot aku pengotor kalau kat luar rumah aku tidak ea.. huhu




selain dari buat kerja-kerja itu ada kerja baru yang menanti aku. pekerjaan yang aku tak gemar untuk melakukannya. sengaja tau abang aku nie suka-suki memberi arahan suruh aku  menggosokkan baju kerja dia. kalau seluar track tak apalah lagi.. nie tidak baju kemeja jugak yang diarahkannya. mahu tak hangin aku. mahu tak mahu kena jugalah aku menggosok baju kerjanya. dalam hati siap sumpah seranah lagi.. hihi..




kepada abang aku yang tersayang. hurm~ sayang ke ? memang aku sayang pun. hehehe.. ^__^. sebenarnya aku tak berani nak mengaku yang aku sayang dekat abang aku ini. takut diketawakan. mahu tak malu muka aku nanti. kang tak pasal-pasal blushing.. huhu . aku nak bagi tahu yang aku tak berapa gemar sangat nak menggosok baju kerja a.k.a baju kemeja kau itu tetapi di sebabkan aku nak jadi adik yang terbaik dan rajin... *perasaan bagui jap, hehe* hakikatnya memang aku rajin pun..  :P. aku sanggup buat kerja yang aku tak gemarrrrrr itu sebagai satu cabaran untuk diri aku. cabaran ? * kesat air mata, huhu*  yup, aku nak cabar diri aku supaya rajin-rajinkan diri untuk menggosok baju kemeja. bunyi macam senget aje aku nie ? hehehe.. mahu tak sengetnya.. aku kata begitu supaya suatu hari nanti aku  tidak berasa kekok atau liat nak gosok baju kemeja nanti. kot-kotnya suatu masa nanti aku dapat seorang suami yang sentiasa berpakaian baju kemeja taklah menyusahkan aku sangat. sekurang-kurangnya aku da lah sedikit ilmu nak menggosok baju kemeja yang pada hakikatnya pada aku kureng . uhukzuukz tersasar daripada cerita mengenai abang aku tu.. huhu.. soorryyyyyyyyy!!!!!!!!




walaupun penat macam mana sekali pun aku suka dengan apa yang aku buat dan lakukan. sekurang-kurangnya dapat menghindarkan perasaan bosan aku yang tahap gila itu. paling tidak pun dapat menghindarkan aku daripada terus-terusan melayan kerinduan aku terhadap kawan-kawan aku di SMK SRI SKUDAI.. huuuuu.~ seriously, memang aku rindu dengan kawan-kawan aku. otak diorang gila-gila.. senang kata kalah otak aku yang kadang-kadang mereng nie.. dalam hati separuh menjerit nak bersemuka dengan diaorang.. huhu




cik tipppahh dengan mak anie...
hakzhakz..
gambar nie dekat utm..
masa tu ada seminar mengenai subjek stpm..
comellnyer kamu berdua..
:P






gambar yang ini pula semasa aku di lower six..
muka masing-masing ceria..
macam ada nur sahaja..
hehehe





aku suka gambar nie..
nielah geng aku..
:)


masa nie sedang menjamu kek coklat buatan cik tippah..
sedap tak terkata.. nyum..
cik tipah buat khas untuk satu-satunya kawan india kami iaitu mayou prieya.







dalam perjalanan ke melaka..
lawatan satu hari ke melaka anjuran pihak sekolah..
senyum sikit..
:)





taraaaaaaaaa~
selamat sampai ke melaka..
masa untuk berposing sakan ler..
hehehe..
dari kiri watie, aku, ain, afiqah dan akhir sekali ialah shafiqah.
sangat comel kalian semua..







i like this picture.
suka sangat-sangat sebab pemandangannya agak cantik jugak..
pening woo bila berdiri kat tengah-tengah jambatan kayu bergantung nie..
alamaknya pening kesudahannya..
tak silap aku masa nie kat taman mini malaysia..
tempat kat situ memang best.. superb..
kalau ada peluang nak pergi lagi..
:)


rindu kat korang ketat-ketat ..