Isnin, 30 Mei 2011

faham..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari nie kita masih bernafas lagi dan ucap syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih membenarkan degupan jantung di hati kita masih berdegup lagi..

Faham?? apa yang ada sebenarnya dengan erti faham nie..

bagi sya erti faham nie sukar untuk dimengertikan?
kenapa sya berkata begitu? mesti korang pelik dan musykil kan?

maksud sya begini sebenarnya..
erti FAHAM kalau nak diterangkan bagi sya agak rumit sekali tetapi di dalam blog nie sya ingin sekali mengupas erti FAHAM yang sering menjadi isu dalam setiap kali menjalin hubungan persahabatan atau berkawan dan sebagainya. Itu tak termasuk lagi dalam hubungan percintaan dan pekahwinan.
hurmmmmmm~  kalo korang nak lebih faham apa yang sya nak kupaskan erti Faham nie sya dengan berbesar hati menjadikan diri sya untuk dikongsi bersama untuk anda memahami erti FAHAM sedikit sebanyak??

FAHAM..  acapkali juga kita sering mendengar dengusan kawan-kawan kita apabila mereka sedang menimpa masalah. Tidak kiralah masalah itu besar atau kecil. Istilah FAHAM itu akan timbul dengan serta merta tanpa ada rasa sedikit pun kekesalan di hati.. Terlalu mudah untuk mulut kita nie menuturkan istilah FAHAM nie.. kadang-kadang sya berfikir sejenak juga.. tidakkah mulut yang menuturkan ayat itu tidak berfikir sebelum ianya berkata sebegitu?? begitu laju saja mulut itu mengeluarkan perkataan sebegitu.. kenapa harus perlu katakan sebegitu andai diri kita sendiri agak sukar untuk memahami akan hal-hal dan masalah-masalah yang sedang dilandai oleh seseorang itu, tidak kiralah orang jauh, dekat atau tersayang.

Kenapa sya berkata erti FAHAM sukar untuk dimengertikan? apa yang mampu sya katakan di sini erti FAHAM mempunyai maksud dan maknanya yang tersendiri. Begitu juga dengan aura dalam diri kita nie.. tapi sya tak berapa percaya sangat dengan aura-aura nie.. sya percaya hanya dengan izin Allah s.w.t sahaja yang akan menonjolkan aura diri kita yang sebenar.


FAHAM.. Fahamkah kita andai diri kita sendiri ingin memahami diri seseorang itu? Fahamkah kita andai kita sendiri tidak faham akan diri kita yang sebenarnya? Fahamkah kita erti FAHAM yang sebenarnya?

Jawapan sya mudah sahaja untuk persoalan itu. InsyaAllah dengan hati terbuka sya akan berkongsi dengan anda apa erti FAHAM itu sebenarnya dan dengan izin Allah jua lah yang membuatkan hati sya terdetik untuk berkongsi di sini walaupun agak sukar untuk dikongsikan bersama sebenarnya dan sya sangat teruja untuk mengupas jawapan akan persoalan dan tajuk nie yang bermain di kotak fikiran sya nie..

1) bersediakah kita untuk menjadikan diri kita sebagai tempat untuk memahami diri seseorang itu?   

sebenarnya agak sukar untuk kita memahami diri seseorang itu. lebih-lebih lagi apabila berjumpa dengan sahabat yang baru kita kenal itu pun ketika di alam sekolah rendah, menengah, matrikulasi, pra-universiti, kolej mahupun daripada Universiti sekalipun adalah menjadi suatu perkara yang sukar untuk seseorang itu memahami sahabat yang dikenali olehnya itu. Perkara nie juga pernah sya alami hinggalah di saat sekarang nie. Malahan ianya juga tidak mustahil sekiranya diri kita nie jenis yang mudah untuk memahami diri seseorang itu yang dalam erti kata lain seorang yang peramah dan senang di ajak berbual yang boleh dikatakan  juga memberikan keselesaan kepada sahabat kita itu pada setiap kali berjumpa dan berborak. Dengan kepakaran yang kita ada itu juga dapat memjadikan hubungan sahabat kita akan rapat dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain tanpa ada perasaan hasad dengki di dalam sebuah persahabatan yang di bina kukuh itu yang pada asalnya ianya diperbuat atas dasar keikhlasan itu.

2) fahamkah kita andai kita sendiri tidak faham akan diri kita sendiri secara keseluruhan?
persoalan nie agak rumit untuk sya mengupaskannya tetapi itu tidak bermakna yang sya tidak memberi jawapan di atas persoalan sya itu. Bila difikir semula persoalan yang kedua nie macam tak logik pula kan dan disebabkan persoalan nie jua lah kawan sya mengalami masalah hati yang teruk.. sukar juga sya nak memujuk hatia kawan sya itu untuk menceritakan apa yang terbuku di dalam htinya itu dan apabila dia menceritakan masalahnya itu ianya sedikit sebanyak menjadikan sya berfikir untuk mendapat jawapan yang pasti. Bukan niat sya nak berfikir di luar kuasa Allah nie tetapi Allah jua mengalakkan kita untuk berfikir asalkan kita tidak berfikir di luar kemampuan dan batasan kita sebagai umat Nabi Muhammad nie. Alhamdulillah akhirnya sya dapat jua jawapan di sebalik persoalan kedua yang agak merunsingkan sya nie. Nak tau tak jawapannya ape?? cuba korang teka? teka dan fikirlah sendiri kalau ingin mengetahuinya dengan lebih tepat lagi tetapi di sini sya hanya bercerita dan membuat entri berdasarkan kisah hidup sya sahaja.. tiada kaitan di antara masih hidu ataupun sudah meninggal dunia.. da macam nak buat filem pulak,, hehehe :-) apa yang sya cakap nie serius tau.. tak main-main..  Jawapannya adalah bila kita membenarkan diri kita untuk memahami diri seseorang itu dalam pada masa yang sama kita juga akan lupa untuk memahami diri kita sendiri. Betul tak? nie cuma pandangan sya sahaja.. Kalau dengan orang kita ingin lakukan apa sahaja asalkan kita benar-benar diberi kepercayaan untuk fahami diri seseorang itu tetapi mengapa kita tidak mengambil peluang yang sedia ada untuk kita fahami diri kita sendiri. Banyak hikmah dan pengalaman yang dapat kita jadikan sebagai contoh dan teladan untuk diri kita sendiri. Di samping kita diberikan amanah dalam kepercayaan fahami diri seseorang itu pada masa yang sama kita juga dapat mentazkirahkan juga diri kita itu agar kita tidak pernah lupa akan diri kita yang sebenarnya dan kita bukanlah juga insan yang sempurna untuk melakukan semuanya.

3) fahamkah kita erti FAHAM yang sebenarnya?

rumit sangat lah persoalan ketiga nie untuk dijawab. apa-apa pun sya berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan segala persoalan nie terjawab dengan jawapan yang dapat memberikan anda selesa untuk membacanya. erti FAHAM dalam konteks pemahaman sya mudah saje.. kalau kita ikhlas untuk membenarkan diri kita sebagai tempat untuk seseorang ingin meluahkan sesuatu masalah tidak kiralah berat atau senang kita mestilah sentiasa membuka sedikit ruang di hati kita nie untuk menilai sejauh manakah masalah yang sedang dilami oleh insan itu dan tidak lupa kita mestilah memberikan kata-kata peransang dan motivasi sebagai "hadiah" untuk mereka meneruskan kehidupan seharian mereka dengan seceria mungkin. InsyaAllah.

secara kesimpulannya, apa yang dapat sya simpulkan dalam tajuk entri kali adalah semata-mata mahu korang berfikir? berfikir adakah kita FAHAM ertinya yang sebenarnya?
 dan jawapan yang paling tepat untuk sya katakan di sini adalah gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t nie sebaik-baik mungkin, ini kerana manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna di muka bumi nie.
erti faham adalah luas maksudnya dan apa yang sya luahkan di entri nie mengenai FAHAM adalah dalam konteks pemahaman diri sya sahaja..
maaf kalau ada yang terasa, marah, geram dan benci ketika membaca enti sya kali nie..

enjoy you reading okay!!!!!!!! =)