Selasa, 11 Mac 2014

Ya Allah, ringankanlah kesakitannya

Assalamualaikum semua. 

Seminggu lalu aku menerima khabar duka dari sahabatku. Satu mesej di terima di awal subuh dinihari pagi. Menjadi kebiasaan buat aku bila tersedar dari pagi perkara yang paling utama adalah melihat jam di skrin telefon cikai.. huu. Masih dalam keadaan mamai tahap  gaban. Mata masih terasa berat untuk di buka. Selepas melihat jam di skrin telefon, aku dapati satu mesej diterima. Selepas membacanya aku masih dalam keadaan blur lagi.. dalam hati berkata oohh.. kawan aku sakitlah.. bila kali kedua membacanya terus terbuka luas mata aku ketika melihat nombor dari mesej yang diterima itu. Allahu akhbar keadaan aku terus menjadi kelam-kabut, risau, takut, gelisah dan sebagainya. Segera berlari meluru ke tandas dan menunaikan solat subuh. Ya Allah, hati menjadi tidak tenang bila keadaan risau menguasai diri. Sungguhnya aku terkejut dengan khabar tersebut. Hinggakan aku menangis ketika solat. Apa tidaknya sahabat karib aku masuk hospital di sebabkan kemalangan. Sudah 2 hari barulah bagitahu aku perkara sebenarnya. Semangat aku hilang. Lemah saja badan semasa bekerja. fikiran aku pula asyik fikirkan keadaan sahabat aku itu. 



kenangan ketika kami bekerja di tempat yang sama suatu masa dahulu

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan sahabat aku itu. Walaupun dia dilanggar dua kali ketika kemalangan itu, dia tidak alami luka yang teruk. Cuma tulang belakangnya sahaja yang patah. Allah.. Allah. Allah.. sebak dada aku bila berpeluang menziarahinya di rumah selapas mendapat khabar darinya itu. Menitis air mata. Sangat-sangat sebak. Keadaanya hanya mampu berbaring tegak sahaja. Ya Allah, Engkau ringankanlah penderitaan sahabatku ini. itulah doaku di hati. 



gambar ehsan dari fb miliknya

Semoga kamu cepat sembuh wahai sahabatku. Insyaallah aku sentiasa ada bila mana kamu memerlukan aku. Insyaallah. Rindu mahu keluar bersama dengan kamu. Moga Allah ringankan kesakitanmu.. Tabahlah sahabatku. Allah itu ada untukmu. Allah itu Maha Pengasih. Redha terima ujian-Nya kerana semuanya ada hikmah di pengetahuan-Nya. usah bersedih dan mengeluh sahabatku. Bangkitlah untuk kembali sihat meneruskan hari-hari mendatang bersama senyuman di bibirmu. Allah sayang pada dirimu wahai sahabatku. 

Jumaat lalu iaitu 7 mac 2014 aku berkesempatan melawatnya dia rumah. Syukur alhamdulillah kerana hari demi hari dia sudah makin segar tidak seperti keadaannya yang pertama kali aku melihatnya. lesu dan tidak bermaya. tenang dan wajah itu kelihatan gembira menerima kedatangan aku. Alhamdulillah, aku juga berpeluang menyuapkan makanan kepadanya. rasa insaf seketika bila melihat penderitannya. tiba-tiba pula kenangan semasa aku menjaga arwah mak terbias di pandangan mata. Ya Allah.. Ya Allah.. kuatkanlah hatiku.. menahan rasa di hati aku kemam bibir seketika. rasa rindu pada arwah mak hadir tanpa dipinta. tanpa sedar air mata menitis dan terus menitis bila sahabatku itu mengusik aku dengan soalan-soalan yang sensitif.. huu.
mujurlah tak banjir. apakah soalan sensitif itu ? secret weapon ar.. !! hee :)

Lama jugalah aku berada di rumahnya itu. sempat juga temankan adiknya yang merengek mahu ke pasar malam berdekatan dengan rumahnya itu. katanya mahu beli laksam. bila dah terpacak dekat kedai yang jual laksam itu boleh dia kata dengan aku.. tak jadi beli laksam lah kak sya. adik nak beli nasi kerabulah. rasa nak makan nasi kerabu pulak.. ngeee~ geram pulak dengan budak ni tau. sabor jelah.. huu. 



Rahmat ujian dari kumpulan mestica

Dalam derita ada bahagia 
Dalam gembira mungkin terselit duka 
Tak siapa tahu 
Tak siapa pinta ujian bertamu 

Bibir mudah mengucap sabar 
Tapi hatilah yang remuk menderita 
Insan memandang 
Mempunyai berbagai tafsiran 

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka 
Walau terseksa ada hikmahnya 

c/o 
Harus ada rasa bersyukur 
Di setiap kali ujian menjelma 
Itu jelasnya membuktikan 
Allah mengasihimu setiap masa 
Diuji tahap keimanan 
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan 
Hanya yang terpilih sahaja 
Antara berjuta mendapat rahmatNya 

Allah rindu mendengarkan 
Rintihanmu berpanjangan 
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi 

c/o 

Segala takdir 
Terimalah dengan hati yang terbuka 
Walau terseksa ada hikmahnya 

repeat c/o 2x 

Allah rindu mendengarkan 
Rintihanmu berpanjangan 
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi 
Segala ujian diberi 
Maka bersyukurlah selalu.

 kuatkan dirmu sahabatku. lalui ujian ini dengan lapang dada. pasti ada ketenangan di dadamu itu. bahagia ada untukmu. kami sentiasa ada bersamamu sahabatku. bersabar dan sabarlah, semoga Allah mendengar doa yang kamu minta pada-Nya.