Rabu, 28 Mac 2012

gundah gelana

Assalamualikum w.b.t.


perasaan aku sekarang sedang berkeceramuk. fikiran pula bagaikan asyik fikir yang bukan bukan sahaja. lebih tepat dan mudah untuk di katakan ialah asyik fikirkan benda-benda yang tak logik a.k.a tak pasti. haillaaaaaaaa... *muka macam nak kena lempang aje*. di sebabkan oleh itu juga lah secara automatik akan menjadi gundag gelana. otak kadang-kadang tidak dapat di proses dengan lancar lalu segera membuatkan keadaan aku yang sedia dan selesa akan bertukar kepada keadaan seperti cacing kepanasan. * saya takut dan geli sungguh dengan benda benda licin dan bersisik * geli dan takut yang teramat amat sangat. kehadiran penyakit gundah gelana ini boleh dikira dengan jari dan batu seremban kerana amat sukar penyakit ini untuk wujud dalam diri aku. haktuih.. * ayat macam nak minta makan kaki aje* hehehehe.. 








muka berkerut seribu..
habiss muko ese..
hilang sudah seri muko comel..
* sempat angkat bakul sendiri.. hehehe*



Ahad, 25 Mac 2012

aku ada aura ke ?

Assalamualaikum w.b.t.
 syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberikan kekuataan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupan di masa kini. 


alhamdulillah kini aku sudah mempunyai pekerjaan yang buat masa kini selesa untuk aku melaksankannya. gembira kerana pekerjaan yang aku perolehi merupakan satu tempat dengan kawan semasa aku form 6 dahulu. walaupun kami tidak rapat tetapi alhamdulillah sifat dan perangai kawan aku itu amat menyenangi hati aku yang kecil ini. terima kasih tuhan kerana memberikan aku seorang teman di kala aku susah dan senang.


okaylah kita tinggalkan kisah teman aku serta pekerjaan baru yang aku perolehi itu. kini aku nak kongsikan sedikit mengenai cerita di tempat kerja aku itu. baharu sahaja beberapa hari aku kerja kat situ kak yang dikenali sebagai kak fidah sudah dapat menghidu akan keauraan yang ada di dalam diri aku. padahal aku sendiri kurang yakin yang aku ada aura yang tersendiri. bila sahaja aku dapat ketahui yang aura yang aku miliki mampu membuatkan aku terluka dan gembira.. riak wajah aku di kala itu hanya mampu tersenyum sumbing saje. aku hampir tidak percaya akan kata-kata kak fidah itu. namun di dalam hati ada benarnya apa yang dikatakan oleh kak fidah itu. argghh!! entah benar atau tidak aura aku itu. harap-harap apa yang di perkatakan oleh kak fidah itu tidak benar sama sekali. 


kata kak fidah aura yang aku miliki ialah :-

  • terarah kepada warna hijau ( suke..suke..suke.. )
  • sangat setia dalam dunia percintaan *masih single.. tak mau fikir cintan-cinton lagi*
  • seorang yang penyayang
  • bila marah suka pendam dalam hati
  • emosi mampu di kawal jika dalam keadaan marah dan bla..bla..bla..bla..bla.. lagi

 

hijau itu cukup mendamaikan hati..



 

warna hijau yang mengasyikan mata untuk terus menatapnya..
alahai.. sempat bermadah bagai lagi aku nie..
hehehe.. :)


itu sahaja kot yang mampu aku kongsikan sedikit akan aura yang aku miliki. ayat yang paling tak mampu di terima akal aku ialah sesiapa yang mendapatkan aku dan di waktu yang sama meninggalkan aku akan menjadi sia-sia. itulah pengakhiran kata-kata kak fidah . aku yang mendengar di kala itu diam seketika kerana terkejut dengan ayat itu juga pernah di ucapkan oleh adik aku pada beberapa bulan lepas. dalam hati aku berharap agar apa yang di perkatakan oleh kak fidah itu hanyalah suatu kebetulan sahaja. ini kerana aku amat mempercayai dengan setulus hati akan takdir, jodoh, cinta, rezeki, ajal, ujian yang telah tertulis untuk diriku ini.


Khamis, 15 Mac 2012

Assalamualaikum w.b.t. 


sekarang ini sudah masuk ke pertengahan bulan tiga. hoho. ekceli aku berasa teruja nak katakan yang bulan ini genap setahun ulang tahun blog aku ini. woaaaa gembira aku kerana dapat berkongsi serba sedikit akan maklumat, cerita tentang kawan-kawan aku, tentang diri aku, keluarga tersayang aku dan juga aktiviti-aktiviti yang aku lakukan di dalam blog ini. hanya dengan menaip dan menulis hati aku akan menjadi tenang. bagaikan melihat benda-benda comel di hadapan mata begitu jugalah dengan hati aku. hehehe.. contohnya macam kat bawah nie.. :)




 

enhcik google bagi kebenaran ambil gambar nie..
hehehehe..
nyummy.. terliur bila melihat kek di atas.. 
n_n



SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA KEPADA CIK BLOG MAWAR PUTIH

Sabtu, 3 Mac 2012

T__T



" oh tuhanku..
tiada indah di malam yang ini..
melainkan dengan bermunajat kepadamu..
tiada indah suatu hari yang aku lalui..
kecuali dengan patuh kepadamu.. ''

petikan lagu dari devotees: Tika dini hari.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


bila sahaja aku membuka lagu ini di laptop aku.. hati aku bagaikan tersayat-sayat dengan liriknya. tambah pula dengan ujian yang masih tidak putus-putus untuk diri aku. mulalah hati ini berasa ingin menangis mengenangkan diri, serta dosa-dosa, masalah yang berlaku di sekeliling dirku serta dengan ujian yang tidak putus-putus daripada-Nya itu. tanpa sedar aku terfikir akan sesuatu yang di luar fikiran dan kemampuanku sendiri. Astarghfirullahalazim . semoga Allah tetapkan iman di hatiku. 


beberapa hari lepas aku asyik teringatkan sesuatu yang dekat dan hampir dengan diriku. perkara tersebut membuatkan air mata aku mudah sahaja untuk mengalir. di kala itu juga hati aku bagaikan direntap dan disiat-siat. hancur luluh hati aku bila tiba-tiba teringatkan hal yang aku mahu belajar untuk melupakannya. tidak sanggup rasanya membiarkan air mata ini menjadi sia-sia.. tidak mahu lagi membiarkan hati aku sakit.. aku kini cuba untuk melupakan hal-hal yang membuatkan aku menangis kelak. 






entahlah, kenapalah sejak akhir-akhir ini aku merasakan yang aku mudah untuk menangis.. mudah untuk mengenangkan sesuatu yang membuatkan aku kecewa.. arrrggghhhhhh!!!!! kenapalah perasaan begini yang ada dalam hati aku. aku tak nak perasaan macam nie. aku tak sukaaaaaa!!!! tak suka tau!! kalau boleh aku tak nak jadi lemah sangat dengan perasaan begitu.. aku takut aku tak kuat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.. aku takut aku tak dapat nak terima ketentuan yang tertulis untuk aku.. mulai hari ini aku kena buang jauh-jauh perasaan begitu dalam hati aku. yeah! buang jauh-jauh. aku nak jadi diri aku sendiri seperti keadaan aku di alam persekolahan iaitu kuat dan tabah dengan kritikal, masalah ,cemburu, marah dan sebagainya. aku rindu dengan keadaan diri aku yang itu. semoga Allah membantu aku untuk memperolehinya. amin ya rabbal alamin.