Ahad, 25 Mac 2012

aku ada aura ke ?

Assalamualaikum w.b.t.
 syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberikan kekuataan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi kehidupan di masa kini. 


alhamdulillah kini aku sudah mempunyai pekerjaan yang buat masa kini selesa untuk aku melaksankannya. gembira kerana pekerjaan yang aku perolehi merupakan satu tempat dengan kawan semasa aku form 6 dahulu. walaupun kami tidak rapat tetapi alhamdulillah sifat dan perangai kawan aku itu amat menyenangi hati aku yang kecil ini. terima kasih tuhan kerana memberikan aku seorang teman di kala aku susah dan senang.


okaylah kita tinggalkan kisah teman aku serta pekerjaan baru yang aku perolehi itu. kini aku nak kongsikan sedikit mengenai cerita di tempat kerja aku itu. baharu sahaja beberapa hari aku kerja kat situ kak yang dikenali sebagai kak fidah sudah dapat menghidu akan keauraan yang ada di dalam diri aku. padahal aku sendiri kurang yakin yang aku ada aura yang tersendiri. bila sahaja aku dapat ketahui yang aura yang aku miliki mampu membuatkan aku terluka dan gembira.. riak wajah aku di kala itu hanya mampu tersenyum sumbing saje. aku hampir tidak percaya akan kata-kata kak fidah itu. namun di dalam hati ada benarnya apa yang dikatakan oleh kak fidah itu. argghh!! entah benar atau tidak aura aku itu. harap-harap apa yang di perkatakan oleh kak fidah itu tidak benar sama sekali. 


kata kak fidah aura yang aku miliki ialah :-

  • terarah kepada warna hijau ( suke..suke..suke.. )
  • sangat setia dalam dunia percintaan *masih single.. tak mau fikir cintan-cinton lagi*
  • seorang yang penyayang
  • bila marah suka pendam dalam hati
  • emosi mampu di kawal jika dalam keadaan marah dan bla..bla..bla..bla..bla.. lagi

 

hijau itu cukup mendamaikan hati..



 

warna hijau yang mengasyikan mata untuk terus menatapnya..
alahai.. sempat bermadah bagai lagi aku nie..
hehehe.. :)


itu sahaja kot yang mampu aku kongsikan sedikit akan aura yang aku miliki. ayat yang paling tak mampu di terima akal aku ialah sesiapa yang mendapatkan aku dan di waktu yang sama meninggalkan aku akan menjadi sia-sia. itulah pengakhiran kata-kata kak fidah . aku yang mendengar di kala itu diam seketika kerana terkejut dengan ayat itu juga pernah di ucapkan oleh adik aku pada beberapa bulan lepas. dalam hati aku berharap agar apa yang di perkatakan oleh kak fidah itu hanyalah suatu kebetulan sahaja. ini kerana aku amat mempercayai dengan setulus hati akan takdir, jodoh, cinta, rezeki, ajal, ujian yang telah tertulis untuk diriku ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan