Ahad, 26 Ogos 2012

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t.

 Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin di ucapkan kepada para pembaca seklian. Maaf kerana agak kelewataan untuk mengucapkan salam aidilfitri. :)
Alhamdulillah, tahun nie aku bersama dengan keluarga menyambut hari raya dengan sederhana sahaja. Kesederhaan itu yang terbaik daripada segala-galanya.* kenyit mata sikit *


jom cuci mata.. :)


Cik sha yang sempoi di pagi raya.. 
:) :) :)
tema kita tahun nie warna biru.. 



Siapakah si comel nie ?
comelnya dia.. 



ini lah pahlawan-pahlawan dalam keluarga aku..
ehh ada geng barulah abah.. kuikui
dari kiri ialah Riduwan ( abang ), Faizul ( abang ipar ), Firdaus ( anak saudara ),
 Idris ( abang ), Faizal ( abang ), si comel itu namanya Putra & jejaka handsome berbaju hitam itu adalah abah aku iaitu En. Ahmad. 

'' alolo.. meyh sini dekat atok , dialog abah kepada putra "
sempat lagi buat iklan si akhi idris nie.. kuikui




sesi salam bersalaman keluarga besar En. Ahmad 

Giliran si comel untuk bersalaman dengan atok tersayang.. :)
" salam atok cepat, dialog dari papanya.. hihi




Giliran keluarga kak long pula..
ngeeeeee~
ada gaya macam james bond tak ?
sudah-sudahlah tu abang long.. tak handsome ler.. kuikui
kebetulan tema tahun nie sama dengan keluarga kak long.. hehehe..
sukanya :) :)


selamat hari raya aku ucapkan kepada semua umat islam. semoga hari raya yang menjelma ini lebih banyak kita mengeratkan silaturahim sesama saudara yang jauh ataupun yang terdekat. 


Khamis, 23 Ogos 2012

Kenali Wanita itu

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan ke kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


ayu seorang wanita itu bila berjalan menundukkan wajah kerana ingin menjaga pandangan.. sekali gus ingin menjaga hatinya agar tidak terjerumus dengan permainan cinta..


kalau begitu aku kategori yang mana ekkk ?muehehehehe... :)

Khamis, 9 Ogos 2012

Dua.. Tiga.. sudah cukuplah membebel tu :)

Assalamualaikum w.b.t

Single is simple. Aku setuju dengan tiga ayat itu. kenapa ek ? Mungkin kerana aku dalam kategori itu kot. Mungkin... hehehe. Single is simple itu bagi aku membawa erti yang banyak dan berbeza. Untuk aku pula " single is simple" itu sukar nak di kongsikan. hehehe.. rupanya aku ini jenis yang perahsia. Perahsia yang tegar. hihi. :)

Apa motif aku tiba-tiba macam pemurah gila nak layan perasaan nie ? ok, sila baca laju-laju  dan tolong abaikan akan apa yang aku merepekkan sebentar tadi. Aktiviti aku seperti biasa ialah akan membaca koleksi-koleksi novel dan cerpen yang baru dan mampu membuatkan mata aku tak kelip-kelip.  *tak tidur*.. hehehe.. ianya sudah sebati dalam rutin harian aku.. huhu. sehari tak buka ''my hubby" jiwa resah gelisah aje.. kadang-kadang sudah macam kucing mati anak pun ada jugak.. kuikui. 

Jari- jemari lincah menekan keyboard " my hubby " lantas terus membuka link ini  http://ishaidiaz.blogspot.com. Kemudian aku terjah satu persatu koleksi-koleksi novel dan cerpen di blog tersebut. Terjah punya terjah hati aku tergerak nak baca karya cerpen cik penulis itu. Tanpa membuang masa kau terus meng"klik" link yang terpapar tajuk yang mahu aku baca itu. Cerpen 365 Menanti Cinta itu yang aku baca. Kesimpulan yang dapat aku simpulkan dekat karya itu ialah kesungguhan seseorang dalam mencari cinta yang sebenar hingga sanggup menghitung hari demi hari. Bila sahaja selesai membaca cerpen tersebut aku terjumpa "link" yang di kongsikan oleh cik penulis tersebut iaitu http://365harimenanticinta.blogspot.com.

OMD!!!! terkejut mak jemah tau. Mahu tak terkejut aku bila membaca link "365 menanti cinta" itu. Sama gila kisahnya dengan karya cerpen yang aku baca dekat blog cik penulis itu. Seriusly, kisah percintaan Encik yang memiliki link 365 Menanti Cinta itu sejibik sama. hoho.. terkaku aku sebentar dek kerana terkejut sedikit.  Sungguh aku tidak percaya masih ada juga insan yang bergelar lelaki seperti Encik Daniel Danish itu. Hurm~ apa pun boleh kalau ianya berkaitan dengan cinta. 

Muhasabah diri :- Tidak perlu terlalu taksub dalam mencari cinta kerana cinta itu akan hadir jua dalam diri tanpa kita sedar.  Janganlah mudah mencintai seseorang dengan berlebihan. Cukuplah mencintainya dengan sederhana sahaja. Kerana dengan cara bersederhana itu adalah lebih baik.

Rabu, 8 Ogos 2012

satu.. dua.. cukup sudahlah membebel tu.. :)

Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar sekejap sahaja sudah kita sudah berada di 21 ramadhan. macam dalam mimpi aje kan ? hehehe..  pejam celik.. pejan celik.. dah nak raya. aku sendiri pun tak sedar lagi seminggu lebih nak raya.  kuih raya pun tak buat lagi. mungkin banyak kuih tujuk aje kot. rumah pun tak kemas langsung. kalau ada pun mungkin ruangan dapur aje yang nampak macam kemas sedikit. ruangan lain masih tidak sempat  kerana kekangan masa yang terhad bersama tenaga yang kurang. sudah tu pula abang-abang yang tersedia ramai maleh pulok nak membantu. nak tak nak aku buat muka seposen untuk mendapatkan bantuan dari mereka.  kesian kan ? huhu.. saje aje aku buat begitu.. nak pancing diaorang.. kuikui. sesungguhnya ketahuilah wahai abang-abangku yang adikmu nie suka nak pancing kamu dalam diam. 


ehhh.. kenapa comel sangat gambar nie ?
aiseyyyy... tembamnya pipi dia.. 
motif aku ?
sudah semestinya sedang menanggung rindu dengan anak buah terbaru..
serius memang aku rindu dengan anak abang aku.. huhu
acik usu rindu kat putra tau.. :(