Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah akhirnya kembali juga bulan ramadhan yang di mana menghimpun segala rahmat yang begitu besar kepada kita yang terutama sekali ialah umat Muhammad yang di kasihi serta di sayangi oleh Allah s.w.t ini. sesungguhnya aku berharap agar ramadhan kali dapat memberi seribu manfaat, pahala yang berlipat ganda serta amalan yang setimpal untuk mencari redha dan keberkataan yang terkandung dalam bulan ramadhan kali ini.




Syukur tidak terhingga kerana ini adalah pengalaman ramadhan pertama yang memperlihatkan aku kepada situasi yang baru iaitu di alam perkerjaan. bunyi macam agak mencabar tetapi insyaallah semoga aku dapat melakukannya. 


Salam Ramadhan aku ucapkan kepada umat islam di seluruh dunia dan juga kepada pengunjung blog yang sudi membaca di teratak blog yang agak usang ini.. hehehe..