Selasa, 28 Februari 2012

PuTraJaYa-TereNgGaNu

Assalamualaikum w.b.t

fuhh!fuhh!fuhh!fuhh! kussss semangat. penat sedikit kerana baharu sahaja lepas berjampi dekat blog nie.. 
hehehehe.. senyum sedikit.. :)

Syukur alhamdulillah kerana perjalanan aku bersama keluarga tercinta dipermudahkan oleh Allah s.w.t. percutian bersama keluarga kali nie cukup menggembirakan, mengujakan, menyoronokkan, mendebarkan dan macam-macam perasaan yang bercampur dalam hati aku ini. percutian selama 4 hari 3 malam memang terbaik sungguh. percutian ini sudah lama dirancang oleh abang iparku yang sulung dan alhamdulillah akhirnya percutian yang dirancang itu berjalan dengan lancar. 

 Perjalanan yang aku serta bersama keluarga lalui cukup memenatkan dan mendebarkan. penat kerana perjalanan yang kami lalui banyak mengikut Highway. Paling mendebarkan bila melalui Karak Highway. pergggghhh.. memang terbaiklah lalu  kat situ. tak semena-mena perasaan takut dan gementar mula menyerbui kami sekeluarga. mencabar sungguh. rasa macam nak menjerit dan menangis aje aku bila dapat tahu yang abang aku merangkap pemandu membuat keputusan untuk melalui Karak Highway itu.:(

oklah kita tinggalkan dahulu cerita yang mendebarkan tadi. aku berharap sangat yang suatu hari nanti tidak akan melalui Karak Highway lagi.  macam-macam kisah yang aku dengar dari mulut abang iparku tentang Highway tersebut. gerun sangat-sangat.




meyh sini jamukan mata melihat gambar-gambar yang sempat aku ambil.. :)





di putrajaya selepas selesaikan dokumen penting di JPA,
bahagian perubatan. 
tempat yang aku bersama keluarga bergambar ini merupakan tempat yang di mana 
2 atau 3 tahun dahulu arwah mak aku bergambar di sini..
tiba-tiba rasa sayu pulak.. huhu




welcome to putrajaya
:)



bersama kak long tersayang..
:)



masjid terapung..
turut dikenali juga sebagai masjid tengku nur zahirah..
cantik pemandangan kat sini..



di pintu masuk masjid kristal bersama anak buah kesayangan
:)




inilah bilik tidur utama tempat homestay yang kami duduk dalam percutian 4 hari 3 malam nie..
cantik kan ??
mestilah cantikk..
adik tuan rumah nie pun boleh tahan handsomenya..
hehehe.. bercanda seketika :)



ini merupakan bilik kedua..
merangkap tempat tidur aku..
:)
bilik nie besar dan amatlah selesa sekali..
bila buka sahaja pintu bilik nie sudah terpampang tandas di hadapan biliik nie..
seee.. kan senang..




inilah kenderaan yang setia menemani kami sekeluarga dari jb-kuala terengganu..
tengokk.. siap senyum lagi..
hehehe :)




singgah sebentar di royal polo club di pahang sebelum pulang ke johor bahru..
sangat cantikkkkkkkkk...








sebelum bertolak balik ke johor bahru singgah sekejap di tepi jalan..
pekenan cendol dan rojak dekat kawasan pasar awam pekan..
cendol dan rojak yang aku makan tu memang sedap..
cukup menyelerekan..
pemandangannya cukup indah.. siap menghadap sungai lagi..
woaaaaaaaa.. sangat seronok..



gambar nie tak seberapa cantik sangat kerana angin kat kawasan situ kuat sangat..
sekali gus menyebabkan tudung yang dipakai tak berapa nak betul sangat..
apa-apa pun hati gembira kerana akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke masjid kristal..
alhamdulillah.. sungguh berpuas hati. :)