Khamis, 7 November 2013

Tinta untukMu

Tuhan..
Ku tadahkan tangan memanjat doa kepadaMu,
bersama-sama bait-bait kata yang ingin ku luahkan padaMu,
kesebakan menenggelamkan berjuta rasa di dalam dada,
meminta setulus hati agar Engkau mendengari doaku itu..

Tuhan..
diri ini Engkau uji adakalanya maha hebat,
hinggakan aku hampir rebah untuk berpaut,
titisan air mata mengalir lebat di pipi lesu..

Tuhan..
jiwa ini hampir tiada denyutnya,
tetapi aku berharap agar ianya tetap berdenyut sebelum masanya tiba,
ku pohon jangan matikan jiwaku itu,
teranginya dengan cintaMu yang abadi itu..

Tuhan..
tidak mudah untuk aku bangkitkan diri,
tidak mudah untuk aku terima sesuatu yang Engkau uji..
bukan juga aku mempertikaikan apa yang Engkau uji buat diriku..
cumanya aku perlukan sedikit ruang dan masa untuk menerimanya dengan hati yang reda serta ikhlas..

Tuhan..
aku tahu Engkau tidak akan membebankan umatmu..
tidaklah juga Engkau menduga seseorang hambamu dengan sia-sia saja..
kerana Engkau Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untuk hamba yang Engkau duga itu..

Tuhan..
tuntunlah hatiku agar sentiasa mensyukuri dugaan serta nikmat yang Engkau berikan padaku,
agar sentiasa aku mengingati diri ini agar Engkau ada untukku..
akan sentiasa ada untukku..
kerana takdirMu itu cantik..




Jatuh bangun oleh In-team