Ahad, 6 Mei 2012

tawar hati.

Assalamualaikum w.b.t

 salam berhujung minggu aku ucapkan kepada korang yang mungkin kini sedang bergembira dengan insan-insan tersayang. 


sejak kebelakang nie kerap aku di asak dengan soalan soalan yang aku "kureng selesa" nak mendengarnya di cuping telinga aku yang nipis nie.. huhu. tak lain tak bukan adalah soalan "bila sha nak kahwin ".. "bila sha nak ada boypriend".. bila sha...... hissshhhhh.. umur aku muda lagi kot nak pikir benda tu. duit dalam bank tak penuh lagi. ilmu yang ada pun tak banyak mana pun. orang di sekeling sibuk menyakat dan menyoal aku tentang perkara nie. tension! tension! aku tahu tak. ce cuba tanya soalan yang buat aku tak stress. menci..menci..mencilah macam nie. asyik muka aku aje yang kena asak dengan soalan macam nie. ce cuba tanya soalan nie pada adik aku. hehehehe.. konpem dia nak punyer.. hehehe.. *kesian adik aku.. tak pasal-pasal dia tersangkut dalam dilema aku nie* dilema ke ? entahlah.. yang aku tahu hati aku tak fikir langsung akan hal hal begini. aku nak cari kehidupan yang dapat menjadikan hari hari aku penuh dengan nikmat gembira dan bahagia. InsyaAllah.


bila di asak dengan soalan soalan yang membekukan otak kau nie.. automatik aku merasa tawar hati untuk mengenal erti cinta. pada erti kata lain ialah cinta. yang ada dalam hati aku sekarang adalah perasaan cinta pada  keluarga, diri dan sahabat shabat yang sentiasa ada di samping aku susah, senang, jatuh, bangun, dan sebagainya


 



perasaan untuk kenal dengan cinta belum hadir dalam hati aku. biarlah Allah sahaja yang menentukan yang terbaik untuk aku. kerana aku tahu sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.