Jumaat, 20 April 2012

aku di block ?

sampai hati kau block aku dalam laman sosial kan. kalau lah aku tahu akan perangai kau yang sebenarnya pasti aku tak akan berkenalan dengan kau dengan lebih rapat lagi. masih tergiang giang lagi ucapan perkenalan yang kau '' ikhlas berkawan '' dengan aku. akhirnya apa yang aku dapat di atas kata-kata kau itu. hanya sebuah kejutan besar yang amat mengamamkan buat aku. bukan sekadar tekejut biasa tahu.. nie terkejut babun. pergggggghhhhh memang terbaiklah kau block aku kan ? sungguh aku tak percaya akan sikap kau itu. 



di ataskan tindakan kau mem"block'' aku dalam laman sosial itu mood aku hari ini tak ceria seperti selalu. nak buat kerja mengeditan gambar pun tak fokus. kau membuatkan aku sebal tahu tak ? kau buat hati aku tak tenteram. kau juga membuatkan jiwa aku keceramuk. haisshhh.. geram sungguh aku orang seperti kau nie tau. kalau 10 orang macam kau memang hari hari makan hati berulamkan jantung. sungguh aku tak percaya yang itu diri kau.  I do not like people say there's no use thinking


belajar memasak+ rindu dengan masakan daripada air tangan seorang mak

Assalamualaikum w.b.t


sedap lauk sya masak nie. puji miza yang merupakan kawan baik + rakan sekerja aku sekarang. *dalam hati kembang setaman bila mendengar pujian ikhlas dari sahabat tersayang .. hehehe * untuk pengetahuan korang kan aku kalau bab bab nak menyuruh memasak aku masih boleh laksanakan lagi. aku juga bukanlah seorang wanita yang mahir bebenor dalam dunia memasak. tak macam kakak sulung aku yang mahir dan cekap dengan dunia memasak. itu kerana kakak sulung aku merupakan bekas chef di salah sebuah hotel terkenal di johor bahru pada suatu ketika dahulu. kini sekarang dia menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga anak, suami dan rumahtangga. hehehehe.. :) pada masa yang sama kecenderungan untuk belajar memasak dengan lebih mantop dan hebat memang ada dalam jiwa aku. apa yang membuatkan aku minat gila dengan masak memasak nie ekkk ? keterujaan nak belajar memasak datang dengan sendiri dalam jiwa aku ketika aku masih di sekolah rendah lagi iaitu semasa darjah 3 . ketika itu aku sekolah pada sesi petang. masa yang terluang di waktu pagi banyak aku peruntukkan untuk membantu arwah mak aku di dapur dan ke kedai untuk membeli barang basah atau kering untuk di masak. 



bila sahaja umur memasuki ke 12 tahun *sudah jadi anak dara pulok :) * aku mula serius dalam bab masak memasak ini. perasaan nak belajar ilmu baru nie semakin membuak buak dan penuh dengan keterujaan yang melampau. syookkkkkk ueeee dapat belajar main api, pisau, papan pemotong, dsd. :B
dengan penuh beraninya aku suarakan hasrat aku itu pada arwah mak aku yang tercinta. alhamdulillah arwah mak aku gembira bila mengetahui akan niat aku yang satu itu. akhirnya yang mengajar aku memasak tidak lain tidak bukan adalah abah aku. mesti korang pelik kan.. bukan ke aku suarakan hasrat nak belajar masak tu pada arwah mak aku ? kenapa abah aku pulak yang jadi cikgu aku kan ? hahahaha.. memang betul aku ada suarakan hasrat nak belajar masak bagai nie pada arwah mak aku tetapi pada masa yang sama arwah mak aku meminta pertolongan abah aku untuk ajar aku belajar memasak. kata arwah mak aku senang kalau abah  yang ajarkan. aku yang mendengar hanya muncungkan bibir aje. huhu.. * dalam hati takut.. takut kena marah dengan abah.. :( *



menu masakan yang paling di gemari oleh keluarga aku..
udang masak sambal beserta petai..



peristiwa dan kenangan untuk aku belajar memasak itu sudah lama tempohnya berlalu. pejam celik pejam celik hampir dalam 9 tahun peristiwa itu berlalu. Subahanallah, begitu aku merindui akan perasaan dan kenangan aku ketika itu. di sepanjang tempoh aku hidup ini jugalah aku selalu dapat merasai masakan daripada air tangan arwah mak aku. walaupun kehidupan aku dahulu sederhana, rezeki Allah selalu ada untuk keluarga aku. aku masih ingat lagi pesan arwah mak kepada aku iaitu "walaupun kehidupan kita sekeluarga sederhana, gaji abah tak besar, tak kaya macam orang lain.. kita perlu sentiasa bersyukur dengan pemberian Allah kepada kita dan kita perlu sentiasa banyakkan bersabar dengan ujian yang Allah duga untuk kita itu ".


InsyaAllah akan aku sentiasa ingat akan pesanan arwah bonda tercinta aku itu. sejak mak aku sakit dan di masukkan ke dalam wad, aku sudah tidak dapat lagi untuk merasai masakan daripada air tangannya itu. segala tugas yang selama ini yang di pegang serta di laksanakan oleh arwah mak aku sudah di ambil alih secara automatik di bahu aku. Subahanallah, begitu berat tanggungjwab yang aku pikul. * tiba-tiba sahaja air mata menitis lebat ketika menulis part nie. hati penuh sayu sekali gus menyebabkan air hingus meleleh keluar.. erkk.. pengotornya aku.. huhu*


alhamdulillah kerinduan untuk merasai masakan daripada air tangan mak akhirnya dapat juga aku merasainya pada hari ini iaitu ketika makan tengahari bersama miza. bekalan makanan daripada masakan maknya sedikit sebanyak dapat menjadi penawar aku yang terlalu merindui air tangan daripada seorang insan yang bergelar 
MAK