Ahad, 12 Mei 2013

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

beberapa hari lepas aku dengar lagu Umi oleh Dato Shake yang di putarkan oleh radio hot fm.. dengar dan terus mendengar tiba-tiba aje menitis air mata tanpa sedar.. Ya Allah. rindunya aku dengan arwah bonda tercinta. 

untuk korang yang masih ada wanita yang bergelar ibu, umi, mama, mummy, bonda dan sewaktu dengannya hargailah insan tersebut. Insan yang bergelar ibu itu cukup kuat sifat kasih dan sayangnya kepada anak-anaknya. Di anugerahkan dengan sifat yang tabah dalam membesarkan anak-anaknya.. memiliki ketulusan hati yang mulus dalam mendidik anak-anaknya.. sanggup mengorbankan banyak masa dalam rutin hariannya semata-mata mahu mendidik, menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan sebaik mungkin selaras dengan anugerah Illahi yang tidak ternilai untuknya itu. Hargailah mereka.. sayangilah mereka sekiranya mereka masih berada dengan kita. Luangkan sedikit masa untuk mereka.. ( kalau banyak pun tak apa.. bukannya luak pun masa yang ada tu.. hehe ) 

Ya Allah, Engkau ampunkan dosa ibuku di sepanjang hayatnya..
Engkau ampunkan jua dosa yang aku lakukan di sepanjang hayatnya..
tempatkanlah arwah ibuku di kalangan orang-orang beriman serta di kalangan para solihin dan solehah..
permudahkanlah segala urusannya di alamMu itu..
Engkau cucurilah rahmat ke atasnya.. amin ya rabbal'amin
    
Doaku sentiasa mengiringimu wahai bondaku.. Insyaallah dengan IzinNya