Rabu, 16 Mei 2012

surat dari hatiku buat dirimu yang bergelar sahabat

Assalamualaikum w.b.t

tiada niat aku mahu menyusahkan dirimu. cukuplah sekadar menemani hidup aku yang makin hari makin kosong dek kerana ingin mencari arah yang benar untuk diriku. bukan juga aku mahu membiarkan dirimu menanggung beban dek di atas kesusahan dan ujian yang menimpa kepadaku. semuanya aku terima dengan hati terbuka. walaupun aku ketahui bertapa berat ujian tersebut . aku bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat sepertimu yang sering ada ketika aku susah, senang, jatuh tersungkur hingga ada kalanya membuatkan air mata di tubir mata deras laju membasahi pipiku. terima kasih juga aku ucapkan kerana menerima kekurangan dan kelebihan diriku di sepanjang kita berkawan. walaupun pada mulanya kita tidak berkenalan dengan rapat ianya akhirnya menjadikan di kau seorang kawan yang akhirnya ada ketika aku memerlukan insan yang bergelar kawan. syukur ke atas Illahi kerana kau sudi dan tidak merungut, mengeluh dan marah dengan sikapku yang mempunyai mood yang sering berubah ubah. berkenalan dengan kau membuatkan hari hari aku berasa seronok kerana kau tidak berasa jemu untuk membuatkan aku tersenyum dan ketawa. pada hakikatnya  kadang kadang membuatkan aku tercuit hati dengan keprihatinan yang di tunjukkan kau kepada aku. sesungguhnya aku bersyukur dengan anugerah Allah kerana menganugerahkan dirimu kepada aku. 


cik miza a.k.a cik adek manis

miza ingin selalu ada di sisi sha tidak kira sha senang, jatuh, marah, kecewa, terluka..
miza akan cuba untuk sentiasa di samping sha..
( dialog miza kepada aku a.k.a cik gadis pemalu )

kata-katanya itu membuatkan jauh di sudut hati aku tidak henti henti mengucapkan alhamdulillah kepada Maha Esa. Aku bersyukur sangat sangat.



cik gadis pemalu yang sempoi..


sejujurnya aku malu mahu berkata yang aku sayang dekat kau sangat sangat. walaupun kadang kadang di bibir kau ada mengeluarkan ayat ayat bermanja seperti " dear ", "darling" dan pada masa yang sama aku akan marah bila mendengar kata kata begitu kerana automatik aku berasa geli gemalan dengan ayat ayat sebegitu.. uisskkkk. *hakikatnya dia hanya bercanda sahaja, ehehe *. aku berharap moga ikatan persabatan kita berdua akan menjadi kukuh hendaknya. amin ya rabbala'lamin


Cik Gadis Pemalu sayang ketat-ketat pada cik adek manis.
:) :) :) :)