Selasa, 19 Jun 2012

renungan bersama

Assalamualaikum w.b.t


Bila seseorang lelaki menyatakan bahawa dia amat menyayangi akan si gadis yang di cintai..dia tidak akan pernah sesekali mahu bertindak untuk mengambil kesempatan terhadap si gadis tersebut. malahan seseorang lelaki tersebut akan memberikan perlindungan kepada si gadis itu dek kerana rasa cintanya yang mendalam. Walaupun hubungan ketika itu belum masih ada ikatan yang sah lagi. Tetapi percayalah kerana dia ingin menjaga si gadis itu seperti nyawanya sendiri.. Kerana dia ingin sekali menjaga rapi si gadis di bawah pemerhatiaannya sendiri . Ingin melindungi diri si gadis daripada di usik oleh mana-mana lelaki yang berhidung belang.. mungkin barangkali.. 


Pada masa yang sama juga untuk mendapatkan kepercayaan kepada si gadis yang di cintai bahawa dia mampu untuk melindungi apa juga keadaan si gadis tidak kira apa sekali pun ( insyaAllah ). Niat seseorang lelaki bila menyatakan bahawa dia menyukai seseorang wanita a.k.a si gadis pujaan hati, dia akan berusaha untuk mendapatkannya juga tidak kira halangan yang mendatang. Jika niat sudah di tekadkan di dalam hatinya maka dia akan cuba membuat sebuah keputusan yang paling tepat untuk membuka langkah bagi menyunting si gadis yang di sukai dan di cintai. Untuk kaum hawa, tidak perlu ragu-ragu untuk menerima sang jejaka sebegini kerana sudah pastinya masjid yang di bina kelak akan senantiasa aman, damai dan bahagia hendaknya. InsyaAllah.



p/s: kepada kaum wanita tidak perlu kita mencari pasangan kekasih yang kacak rupanya,, tidak perlu mencari pasangan kekasih yang kaya hartanya.. tidak perlu mencari pasangan kekasih yang berkarisma dan sebagainya. malah, carilah  pasangan kekasih yang dapat menjadi imam untuk solat kita.. yang dapat mencurahkan kasih sayang bersama agar dapat bertaut di pohon syurga. carilah pasangan kekasih yang dapat membimbing kita ke jalan yang Maha Esa. Insya Allah. yang juga dapat melipat gandakan pahala kita. InsyaAllah. 



Entri nie agak kelihatan tidak sesuai untuk di bicarakan. malah tidak sesuai mungkin kerana umur aku masih mentah untuk berbicara tentang hal begini. percayalah kerana entri yang di tulis nie merupakan gerak hati yang ikhlas untuk menaip lalu terus menulisnya. Ini hanya pada pemerhatian dan kajian yang di lakukan oleh sedikit di pandangan mata saya yang kabur dan cetek akan hal-hal yang berkaitan tentang cinta. satu sahaja yang saya percaya iaitu CINTA ITU MEMANG INDAH. INDAH JIKALAU DI PUPUK DENGAN PERASAAN CINTA YANG MENEBAL DI ANTARA PASANGAN KEKASIH MAHUPUN SUAMI ISTERI. 


* jikalau berpeluang bertemu dengan enchik cinta agak-agaknya apa reaksi aku ek ? hehehe.. bercanda lebih*


okay bye.. enjoy your reading
adiyous..  @_@