Isnin, 16 Julai 2012

setiap manusia tidak sempurna

Setiap manusia tidak pernah terlepas untuk melakukan sebarang kesilapan. begitu juga dengan aku. walaupun aku nie di kategorikan agak sengal tetapi niat di hati aku untuk melakukan sesuatu itu alhamdulillah masih tetap lagi. aku tak kisah kena marah sekali pun dek kerana gara-gara sikap aku begitu...


 tetapi.. tetapi usahlah sesuka hati aje marah dan menyindir aku depan customer. ingat aku tak ada hati dan perasaan ker. ingat aku tak ada maruah ke ??  kalau nak tahu perasaan aku macam tisu tahu tak !!!! mudah tercalar- balar. riak muka usahlah di katakan. sudah sah-sah menjadi malu yang teramat sangat. rasa nak menangis pun ada bila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh bos aku itu. dalam hati sudah berniat untuk berhenti kerja terus.. hehehe. 
 kecil hati bila bos aku mempunyai sikap begitu. hina sangat ke aku yang baru mengenal dunia pekerjaan ini. 
* ayatku teruk sungguh.. hihi*


sesungguhnya aku bukanlah seorang pekerja yang sempurna. malah aku juga bukanlah seorang manusia yang sempurna.. akan tetapi cuba untuk mencari kesempurnaan dalam diri sendiri,InsyaAllah.
 lagi pun aku baru aje kenal dengan dunia pekerjaan kerana aku memang tiada pengalaman bekerja. habis SPM abah tidak membenarkan aku kerja. sah-sahlah memang ilmu perkerjaan aku masih cetek lagi. ini siap berkata dengan riak lagi. entah kali ke berapalah agak-agaknya bos aku mendabik dada dengan penuh banggan kan ? huhu. Astarghfirullahal'azim, sabar jelah aku dengan perangai bos aku itu. ini sudah kali kedua aku terasa hati dengan kata-kata bos aku. sakitnya susah nak di luahkan. huhu. 


alhamdulillah, perasaan makan hati dengan kata-kata bos aku di dalam "jiwa" aku sudah makin hilang sedikit. semuanya gara-gara abang aku yang rajin menerjah ke bilik aku. dengan muka seselamba alam aje aku terus meluahkan pada abang aku. agak lega sedikit bila dapat meluahkan rasa amarah yang membuak akan sikap bos aku yang sesuka hati mengaibkan aku dengan pekerja lain di hadapan customer. terima kasih kepada abang aku yang rajin gila nak mendengar bebelan adikmu yang "amarah"nya jelas kelihatan di riak wajah. huhuhu. nampak sangatkan aku tak reti nak kawal perasaan marah tu... kuikui