Ahad, 29 Januari 2012

tak sabar sangat-sangat..

Assalamualaikum.

selawat dan salam aku ucapkan ke Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabat baginda.
salam ahad aku ucapkan kepada korang semua.


hati aku sekarang rasa macam tak sabar sungguh. apa yang membuatkan aku tak sabar eh ? hurm~ berfikir sejenak.. hehehe.. sebenarnya aku tak sabar nak tunggu akhir bulan 2 nanti.. amat mendebarkan bagi aku untuk menghitung detik, saat, minit, masa dan hari. sungguh menerujakan. sabarlah wahai hati pasti  saat dan hari yang ditunggu-tunggukan itu akan berkunjung tiba. *hati separuh menjerit saat ini*





comelnya..


ada kejutan kegembiraan untuk aku..
tungggguuuuuuuuuuuuuu...
hehehe..



Ahad, 22 Januari 2012

bilalah agaknya encik cinta nak datang!!

Assalamualaikum.


hehehehe.. kita ketawa sekejap. otak aku sekarang sedang tak berapa betul sangat. terlalu banyak sangat yang perlu dilakukan pada ketika ini. di sebabkan itu jualah tak semena-mena keluarlah tajuk entri yang melewer itu. hehehe. peace no war sekejap :)


kalau aku kata sekarang nie hati aku ada taman bunga korang percaya tak ? hihi.. *rasa macam nak lempang laju-laju aje mulut nie..* :P of course korang akan percayakan ? hehe.. honestly, aku cakap yang sekarang hati aku ada taman bunga cuma tiada kumbangnya sahaja. macam tu boleh ke ? hoho.. kalau gitu nampaknya aku ada hati dengan siapa? woaaaaaaaa... takut tu.  tetapi percayakah korang kalau aku kata yang hati aku nie keras. keras macam konkrit kah ? adalah sikit-sikit macam konkrit. okay apa daripada tak ada kan ? hehehe.. kau ada ? hehehe


bilalah agaknya encik cinta nak datang ek ? kalaulah boleh di hitungkan harinya agak-agaknya bila ea tarikhnya.. kihkih.. ada nampak macam gedik tak ? huhu.. sorrylah entri aku kali nie nampak gedisssss sedikit kerana hati rasa teruja nak bercinta selepas membaca novel online.. hehehe.. 
nampak tak permainan aku kat situ.. hehehe.. saja sebenarnya aku nak pancing korang baca entri aku yang melewer ini.. :B


bosan tahap dewa tau. sudahlah ada penyakit baru. huhu. penyakit susah nak tidur malam. hailaaaaaaaa.... sungguh kasihan mata aku yang rabun nie. ada rupa macam panda kadang-kadang.




pesanan cinta kasih pertama : entri nie aku buat saja-saja untuk berkongsi cinta aku di atas keterujaan selepas membaca novel di link penulisan2u.com.. :)


pesanan cinta kasih kedua: hati teruja sangat nak bertemu dengan encik cinta yang sebenarnya.. hakzzzzzzzzz.. gatainya saya. rasa nak hentuk-hentuk aje kepala nie dengan bantal peluk. :(


pesanan cinta kasih ketiga:  ayat entri iaitu mengatakan bilalah encik cinta nak datang itu mungkin nampak macam over dan mungkin difikiran korang aku nie agak terdesak dalam mencari cinta tetapi di sini aku mahu jelaskan bahawa aku tak terdesak kerana aku hanya suka-suka aje.. hehehe :)



nak cincin macam gini boleh tak ?
jari manis teringin nak merasa pakai cincin semahal nie..
hehehe.. *perasaan jap*



Sabtu, 14 Januari 2012

Ingin mencari Cinta Hakiki sebelum mengenal cinta manusia..


Assalamualaikum..
Hari ini jari-jemari aku teringin sangat nak menulis mengenai tajuk besar yang aku tulis itu.. InsyaALLAH dengan izin Allah.

Acapkali kita mendengar perkataan cinta. Adakalanya cinta yang digapai itu indah sekali. Adakalanya cinta itu akan mengecewakan kita. Kadang-kadang seseorang yang sedang menyulam perasaan cinta itu asyik melayan kasih dan cintanya itu. Hinggakan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Bunyinya nampak kelakar tetapi itulah realiti yang sebenarnya. Apabila penyakit ‘’angau’’ mula menerpa pada hati tingkah laku seseorang manusia itu tidak mampu untuk dikawal oleh akal lagi. Persoalannya benarkah cinta yang dicurahkan itu akan membawa bahagia kepada seseorang ?

‘’Aku cintakan engkau”.. ‘’aku sayang dekat engkau’’.. ‘’ i love you so much’’.. ‘’saranghae’’.. ‘’aku suka dekat engkau’’.. ‘’ wa ai nie’’.. dan sebagainya. Perkataan begini selalu kita mendengarnya. Apa tidaknya sang jejaka tidak berasa malu untuk mengungkap perkataan itu kepada kekasihnya. Pada masa yang sama hati sang kekasih berbunga-bunga bahagia dan indah pabila mendengar ungkapan yang dilafazkan oleh sang jejaka. Malah, hati kecil berkata... ‘’ sweetnya bila dia kata begitu’’.. hehehe.. bergurau seketika ea.. aku pun suka juga bila seseorang jejaka berkata begitu tetapi lebih indah lagi bila seseorang jejaka itu mempunyai ikatan sah denganku.


Okay kita bersambung semula. Perasaan cinta yang dipupuk dalam erti kata ‘’cintan-cintun’’ ini kalau di lihat secara halus akan memudaratkan diri kita tanpa kita sedar. Memudaratkan ? yup, cuba kita berfikir sejenak seseorang yang bercinta bukan sahaja rasa bahagia, indah, ketawa dan sebagainya tetapi bahagia yang di cipta itu akan membawa luka pada hati.. terluka kerana pasangannya bersifat curang, terlalu mengongkong, berlagak bagus, dan sebagainya. Kerana hati terlalu sayang pada pasangan kekasih, hati menjadi merana dan terluka. Kasihan sungguh hati yang suci dan tidak berdosa itu. Lebih tepat lagi gigit jari nampaknya.

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah ertinya seperti membenarkan dirimu dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal.



Kalau di lihat secara kasar dan mendalam aku suka untuk berkongsi yang seharusnya kita perlu mencintai Allah kerana cinta yang dijanjikan olehNya adalah bersifat kekal dan abadi. Begitu juga dengan kasih Rasulullah kepada umatnya tidak terhingga. Jika kita tekadkan niat untuk mencari cinta hakiki iaitu cinta Allah, InsyaAllah kita akan menemuinya dengan mudah. Semuanya akan terlaksana dengan Izin daripadaNya.



 gambar nie dari google ea.. hehe


Begitu juga dengan diri aku. Aku berusaha untuk mengenal dan mencari cinta hakikiNya itu. Tiap-tiap kali akalku seolah-olah bertanya pada hatiku. Tidakkah engkau ingin mencari cinta sebenarNya ? tidakkah engkau berupaya untuk mencari keredhaan dan kasihNya itu ? aku terdiam.. terdiam seketika untuk mencari jawapan di sebalik kebenaran kata hati aku itu. Hati aku mengakui akan kebenaran kata-kata itu. Itulah sebenarnya yang aku inginkan. Aku mahu mendapatkan cinta hakikat daripadaNya itu. Aku mahu merasai nikmat kasih dan cintaNya itu.  InsyaAllah, akan aku cuba mengapainya dengan perlahan-lahan.

Untuk ketika ini aku tidak mahu mendapatkan kasih dan cinta manusia yang tidak pasti itu. Aku berkata begitu kerana aku belajar daripada pengalaman kawan-kawanku. Begitu sedih aku mendengar kisah cinta mereka. Begitu meruntunkan hati bagi seorang wanita. Di sebabkan itulah aku berusaha mendekatkan diri aku untuk mengenal dan mencari cintaNya itu.

Semoga Allah memberiku hidayah dalam aku mencari cinta hakikiNya itu.. sesungguhnya aku adalah hambamu yang khilaf, lalai, alpa dan kerdil. Bantulah aku dalam mencari keredhaanMu itu Ya Allah. Tetapkalah niatku agar aku tidak akan sesekali lupa akan niatku yang satu ini. Amin ya rabbal’alamin.



ok. sampai disini sahaja..
sebelum itu jom kita renungkan ayat di bawah nie..


*Cinta yang dicurahkan oleh seseorang insan itu tidaklah sehebat mana pun jika hendak di bandingkan dengan kasih dan cinta Allah kepada hambanya.... ‘’


Khamis, 12 Januari 2012

selamat datang tahun 2012

Assalamualaikum.


sudah masuk tahun baru kan ?  macam tak percaya aje.. hehee..
rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapakan selamat tahun baru 2012. hehehe..
alhamdulillah tahun baru nie juga akan memperlihatkan revolusi kepada diri aku beserta dengan masa depan aku. yup!!!!!! me and it's my future.. hehehe.. InsyaAllah akan aku susun dan perkemaskan diri, rohani, fizikal dan jasmani aku untuk menghadapi kehidupan aku yang masih baru dan segar ini.. hihi.. sesegar embun nan pagi.. InsyaAllah.. pasti akan aku cuba memperlengkapkannya.. 




apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah aku mendapat penyakit baru ? penyakit apakah itu ? ce kongsi ce kongsi sikit.. huhu.. jap eh.. nak pikiaq jap.. banyak sangat masalah duduk menyemak dalam kepala nie.. huhu.. haaaaaaaaaaaaa... baru ingat. masalah itu adalah masalah yang berkaitan dengan hati. hati ? biar betul ? macam tak percaya sahaja.. :B
               penyakit hati yang aku hadapi nie agak parah dan kritikal.. huhu.. ada abang-abang dan kakak-kakak doktor boleh tolong rawatkan tak ? kalau ada yang sudi tolong email saya tau.. hehehe.. bercanda seketika ea.. :)

okaylah, hanya di sini sahaja yang mampu aku cerita..
insyaallah, kalau ada masa aku akan update entri2 aku.. hehe
kesibukan yang melampau sekarang.. 
kuikui
0.0