Jumaat, 22 Julai 2016

Debt

Assalamualaikum w.b.t buat warga blog canvas biru ni. Salam jumaat buat kalian juga.. Subahanallah, Maha Suci Allah. Segala puji-pujian adalah milik Allah. Hidup dan matiku hanya kepadaMu kerna Engkau yang menjadikan aku. 

Alhamdulillah kerana berpeluang mempunyai masa untuk mencoretkan cerita di dalam blog ini dan aku berharap anda yang membaca ini, memperolehi manfaat. 

Hutang tidak digalakkan dalam islam kerna hutang juga dipersoal tika mana bila kita mati nanti tidak sempat untuk menjelaskan hutang-hutang yang ada. Masyaallah, takut sungguh bila mendengarnya. 

Terdetik di dalam hatiku untuk bercerita tentang "Hutang" di dalam blog usangku ini. Sedikit perkongsian daripadaku.
Jujurnya aku mempunyai hutang yang agak banyak.. banyaknya jumlah itu tidaklah sebanyak seorang usahawan yang mahu meminjam wang kepada bank.. tetapi hanya sekadar itu sahaja yang mampu aku nyatakan akan status aku yang mempunyai hutang. 

Di usia muda iaitu 22 tahun iaitu 2 tahun yang lalu.. aku sedar aku terlalu mengikut nafsu dan kata hati untuk melaburkan duit untuk sesuatu yang aku merasakan dapat mengubah sisi hidup yang lebih selesa.. Padahal jika difikirkan semula rasanya banyak dah aku boleh menyimpan.. entah-entah dah boleh buat deposit rumah dah.. huhu 😂😂😂😂😂😅😅

Itulah manusia, alpa, lalai dan terlalu ikut kata hati.. biasalah masa tu jiwa muda... semuanya mahu dicuba.. bila sudah mencuba terus mengalah.. dan aku tidak malu untuk mengakui yang aku mempunyai hutang di usia muda belia ini. 

" dan benarlah kita merancang, Allah s.w.t juga merancang akan tetapi perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat hamba-hambanya... dan Dia uji kerana Dia ketahui kemampuan hamba-hambanya.. "

Hutang-hutang yang ada ini aku cuba untuk menjelaskannya dengan segera. Jujurnya ada rasa bebanan iaitu tekanan mental. Tekanan yang datang sangat menguji ketahanan hati. Jiwa yang keras sahaja yang boleh lalui tekanan yang diterima. Bohonglah jika tiada titisan air mata yang membuatkan aku menangis di malam hari. Sebu dan hambar bila tekanan itu bergabung dengan titisan air mata. Tekadku hanya satu iaitu aku mahu menjelaskan hutang-hutangku dengan cepat. Aku sanggup kerja keras agar dapatku pastikan separuh dari duit gajiku dapat menjelaskan hutang2. 

Bagiku dengan hutang yang ada ini membuatkan aku bertambah matang dalam mengendalikan urusan kewangan dan masa depanku. Inilah pengajaran yang aku perolehi. Kini aku berusaha untuk menjadi seorang manusia yang jimat cermat dan menabung bagi kukuhkan kewanganku agar lebih stabil. Ini kerana aku sudah merencanakan impianku di dalam mindaku. Aku mahu memenuhinya walau mengambil masa yang lama. Semuanya atas izinNya, amin 😊😊☺☺

Manusia jika tidak di datangkan dengan musibah.. Dia tidak mampu untuk melihat makna erti kehidupan dari sudut kaca matanya yang sebenar.. Dalam musibah yang Allah berikan buatku, aku bersyukur kerana dipilih untuk menghadapi musibah ini dengan hati yang lapang dada tanpa rasa ngilu di hati. Dalam mempelajari untuk menjadi hambaNya yang mensyukuri akan nikmat dan anugerahNya.. Alhamdulillah, terima kasih padaMu Ya Allah.