Ahad, 9 Jun 2013

teruja


Assalamualaikum guys.
salam ahad di hujung minggu begini. moga di kelilingi insan-insan yang disayangi.


Alhamdulillah kerana barang yang di beli sudah sampai melalui pos laju. hoyeh!! gembira tak terkata. teruja bila abang aku serahkan bungkusan plastik dari pos laju kepadaku pada hari khamis lepas. sangat-sangat teruja hinggakan aku koyak plastik tersebut dengan kasar sikit. lagi teruja bila tak sabar nak membacanya. teruja tahap tak pandang kiri kanan. hahaha.. hinggakan aku buat don't know bila abang aku yang lepak singgah dalam bilik aku tu aku tak pandang. hehe. Syukur kerana buku-buku karya kak rehan makhtar yang aku minat gila akan bait-bait patah penulisannya itu berjaya di miliki jua. 




di sebabkan teruja aku tak tahu nak baca mana satu. tiba-tiba je pening otak.. haha. finally. kesemua buku ni berjaya di habiskan selama dua hari. alhamdulillah, bertambah lagi ilmu yang aku dapat dalam buku novel a.k.a novel cinta begini. siapa kata dalam buku novel cinta begini tiada ilmu yang boleh kita kutip ? penilaian yang di buat oleh sesetengah orang tu sangatlah tak masuk akal tau ? cuba korang baca buku ini tersebut dan di situ aku berani katakan bahawa banyak yang boleh kita kutip. percayalah.. serius aku tak tipu. jawapan yang sangat tulus aku berikan di sini. :) :')

jawapan dari seorang peminat novel cinta yang tegar.. 
hehehe.. *masuk lif tekan sendiri, hee~*