Khamis, 6 Jun 2013

Kejadian tak di duga part 1

Assalamualaikum.

Sungguhlah, hari ni oden rasa mood oden rosak sangat-sangat. rasa macam nak menangis ada.. meraung ada.. sebu pun ada.. semuanya ada. Macam-macam ado.. bak kata iklan astro ler.. kuikui..
Macam ni cito nyo.. aku beli barang online dahtu seronok sangat-sangat nak buat pembayaran.. tahu je lah.. seronok sangat dengan barang yang di beli tu.. kemudian , petang semalam oden pergi bank untuk di bank-inkan duit dekat the owner barang tersebut.. punyalah semangat nak bank-in tibo-tibo pulak mesin atm ada masalah.. sudahnya separuh daripada duit yang di bank-in tu hanya mampu terima separuh aje duit yang di masukkan tu .. haishh~ berpeloh-peloh oden dekat situ. jeling ke belakang.. alahai, gila ramai orang dekat belakang oden.. tekan dan usahakan sekali lagi.. pun samo jugak.. rasa macam nak bertukar jadi The Hulk pulak dokat sito.. OhaamaaiiiGeee~ goram bebenor rasonya oden waktu itu. 

Bengang tahap dewa ketika itu dan  oden pun porgilah jumpa si abang security guard dokat sito. Mak aihh.. makin takut aku bilo tengok muka abang guard tu. Masam bebenor.. 

nie dialog antara aku dengan abang guard..

Oden : hurm,, abang tadi saya cuba masukkan duit ni sekian.. sekian.. tapi kenapa eh duit yang saya masukkan ni tak di terima ? 

Abang guard : oh.. memang lah adik.. bukan aje dari hari ni.. dari dulu lagi tak boleh nak masuk seperti yang adik cakapkan tadi tu.

Oden : berkerut dahi hingga berlapis-lapis lapisan dekat dahi aku.. Ohmaiigee~ seriusly, rasa macam nak hempuk jer dengan bag sandang dekat bahu kanan ketika itu. Malu yang amat. Rasa macam nak sorok muka dekat belakang mesin atm jer.. sungguh muka aku pijar..

Abang guard : dari muka masam terus senyum dekat aku.. alahai~ * tapi aku tak cair pun.. hekhek :) * hati kebal sangat.. kuikui

Oden : senyum kelat ajolah.. 



rasanya macam ni muka blur aku.. 
abaikan gambar tak seberapa ni.. hee~
di ambil ketika di perpustakaan ketika tahun 2011..
means is waktu tu nak duduki stpm.. huhu


lalu aku terus ke kaunter bank untuk di minta penjelasan.tak boleh blah, lepas aku dah cerita akan masalah aku dekat seorang akak di kaunter tu di boleh buat muka dekat aku. huh! muka berkerut tau. Ya Allah, rasa macam-macam je oden waktu tu. Lopas dah selosai di kaunter tu oden terus ke kaunter yang terletak di aras 2 bank tu. 
Tunggu dan tunggu. Ting!! nombor giliran aku dah tiba. dan.. dan..dan ..dan ketiko ituloh oden ternampak sewajah lelaki tampan yang bakal oden berurusan nanti. Ya Allah, indah sungguh CiptaanMu. terpegun seketika kerana lelaki di kaunter tersebut sangatlah kacak. 
Mahu tak kacak sebab pakaian dia kemas yuu~berkemeja kuning siap bertali leher lagi tergugat iman tau.. hahaha . hekhok.. macam tak pernah jer tengok abang aku berpakaian sebegitu dulu.. hehe

bila sahaja tiba di depan kaunter.. aiseyman.. tergagap sebentar.. last-last mulut aku spontan berkata selamat petang dekat lelaki di kaunter tu sambil tersenyum manis sedikit. dan.. dan.. dan.. lelaki di kaunter tu senyum balik dekat aku. rasa macam tak percaya jer.. huhu.. 
mak aihh, apasallah aku gugup sangat bila jumpa lelaki spesis begitu.. ayoyo.. *adeh, jangan aku jatuh hati sudah.. hehe*


tunggu sambungan lah ek.. 
sebab banyak aku nak membebel pasal cito ni.. tunggu..
alohai, benda aku membeblel ni dah boleh buat cerpen puloks.. hahaha..